Categories
Panduan Pengguna Onexox

Cara Setting APN Simkad Onexox

Sebelum pihak kami jelaskan dengan lebih terperinci mengenai APN, anda boleh terus rujuk gambarajah di bawah untuk dapatkan cara setting APN simkad ONEXOX untuk peranti android dan juga apple.

Bagi pengguna ONEXOX, APN secara asasnya sudah tersedia daripada Celcom kerana ONEXOX adalah syarikat MVNO kepada Celcom. Dengan APN Celcom ini, pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet.

Namun begitu, ONEXOX juga turut meyediakan tetapan APN yang tersendiri. Sila rujuk gambar di bawahcara-setting-apn-onexox

cara setting apn simkad onexox

Anda juga boleh buat tetapan APN secara manual sekiranya peranti android atau apple yang anda gunakan tidak dapat detect tetapan APN secara automatik.

Anda perlu edit APN sedia ada atau buat tetapan APN yang baru (Create new APN). Kemudian ‘Save’ dan aktifkan APN yang baru dibuat. Anda perlu restart telefon setelah mengubah tetapan APN.

cara-setting-apn-onexox

1. APAKAH APN DAN FUNGSINYA?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet dan akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yang mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yang dimasukkan.

Tetapi ada peranti yang menggunakan firmware atau custom rom yang tiada database APN di mana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya ‘kosong’ di mana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.

Nota ; Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yang tersimpan untuk sambungan pelayan (server) telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.

2. KENAPA PERLU MEMBETULKAN APN?

Pernahkah anda tiba-tiba mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan ‘3G’ atau ‘H’. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yang dikenali sebagai APN.

3. BAGAIMANAKAH CARA NAK SETTING APN UNTUK SIMKAD ONEXOX?

Cara setting APN internet Onexox pada handphone.

1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names.
2. Klik di bawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai XOX.
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik di bawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Kemudian pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode.
8. Pilih WCDMA atau 3G only.
9. Restart semula handphone.

Berikut kami berikan beberapa setting APN untuk beberapa jenis smartphone yang ada di pasaran.

  • I-PHONE – Cara setting APN Onexox I-phone

Cara Setting APN Simkad Onexox

  • ANDROID – Cara setting APN Onexox I-phone
    1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names.
    2. Klik dibawah dan pilih + New APN.
    3. Setkan Name sebagai MY XOX atau ONEXOX
    4. Setkan APN sebagai XOX.
    5. Klik di bawah dan pilih Save.
    6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
    7. Untuk memantapkan kelajuan DATA, pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network     Mode.
    8. Pilih antara network mode yang ada, pasti ada satu yg sesuai untuk anda.
    9. Restart semula HP.Cara Setting APN Simkad Onexox
  • GALAXY NOTE 2 – Cara setting APN Onexox GALAXY NOTE 2

APN : XOX
Internet mode: Http
Username: none
Password : none
Authentication type : none
Use Proxy: Yes
IP Address Proxy : none
Port No Proxy : 8080
Username Proxy : none
Password Proxy : none
MNC:19MCC:502

  • MODEL NINETOLOGY – Cara setting APN Onexox MODEL NINETOLOGY

APN…. setting >> More >> Mobile netowrks >> Access Point Names >> select your sim card >>press on the menu touch button >> new apn

Sila masukkan maklumat berikut :
Name : XOX
APN : XOX

kemudian save >> select >> reboot

  • MODEL BLACKBERRY – Cara setting APN Onexox BLACKBERRY

1. Masuk ke Option >> Advance Option >> TCP/IP
2. Pada bahagian “APN Settings Enabled” di check
3. Pada “APN:” isi dengan xox
4. “APN Authentication Enabled” JANGAN di check dan kosongkan saja “Username for APN” dan “Password for APN”

Kemudian OFF/ON telefon.
Nota : ONEXOX tidak menawarkan perkhidmatan BIS.

ATAU
sms SET dan hantar ke 20999.  Service reply dengan internet configuration XOX dan CELCOM untuk Blackberry.
*caj RM0.50 untuk satu sms

  • MODEL ASUS ZENPHONE – Cara setting APN Onexox ASUS ZENPHONE

1. Pull down the notification shade.
2. Select the button at the top right to be taken to the quick options menu.
3. Select Settings at the top right.
4. Select More.
5. Select Mobile Networks.
6. Select Access Point Names.
7. Tap the three dots at the bottom right and select New APN.
8. Name = xox
9. APN = xox
10 Others = Leave blank

  • MODEL OPPO – Cara setting APN Onexox Oppo Clover dan Oppo Find Mus

1. Select Settings
2. Go to Wireless & Network
3. Select APN
4. Select preferred sim card if dual
5. Select New APN
6. Name = xox
7. APN = xox
8. Save

  • MODEL OPPO 3G

1. Select Settings
2. Go to Wireless & Network
3. Enabled 3G = On
4. Data Enabled = On

  • MODEL LEVOVO – Cara setting APN Onexox Lenovo

Setting >> More >> Mobile netowrks >> Access Point Names >> select your sim card >>press on the menu touch button >> new apn

sila masukkan :

Name : XOX
APN : xox
dan SAVE

NOTA : Sekiranya anda menggunakan telefon pintar dual sim, anda haruslah memasukkan sim kad ONEXOX di slot sim 3G kerana perkhidmatan internet ONEXOX ialah 3G.

PERHATIAN: Untuk mendapatkan APN Setting bagi apa-apa model telefon, anda boleh terus menghubungi talian Customer Service 12273 or 1300-888-010. Panggilan talian customer service 12273 adalah percuma dari talian ONEXOX.

Rujukan : Cara Setting APN Simkad Onexox

2021, ONEXOX tampil dengan plan data buffet yang lebih OHSEM dan anda boleh hotspot kesemua data sehingga 100GB!!

Kebanyakan pengguna ONEXOX menjadikan handphone mereka sebagai MODEM dan hotspot data sepuas-puasnya. Anda boleh upgrade atau naik taraf plan prepaid atau plan Black sedia ada ke plan data buffet ONEXOX. Sangat JIMAT.

LIKE KAMI DI FB

Categories
Panduan Pengguna Onexox

Uji Kelajuan Internet Telco

PENGENALAN

Dalam artikel kali ini, admin akan berikan sedikit panduan mudah bagaimana nak uji kelajuan internet telco atau lakukan XOX SPEED TEST dengan menggunakan 2 kaedah mudah iaitu:

  • uji kelajuan internet Onexox menggunakan applikasi SPEEDTEST
  • uji Onexox internet speed menggunakan app video youtube sahaja (paling basic)

Kaedah yang sama pengguna boleh guna untuk Speed Test Onexox Black.

Coverage Onexox

Sebelum kita buat ujian speed test, admin ada menerima beberapa soalan yang sama dari pengguna iaitu Onexox guna line apa?

Jadi, sebagai permulaan admin nak terangkan sedikit mengenai coverage yang digunakan oleh XOX mobile. Onexox menggunakan fasiliti dan coverage dari Celcom, syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia yang menawarkan rangkaian 4G LTE terbaik.

Hampir keseluruhan kawasan di Malaysia mendapat liputan atau coverage terluas dari Celcom. Jadi secara teorinya, di mana ada Celcom, di situ ada coverage Onexox.

Kaedah 1 : Applikasi Speed Test

Okay, sekarang anda boleh uji kelajuan internet Onexox menggunakan Applikasi Speed Test dari Ooka. Anda hanya perlu klik gambar di bawah.

XOX SPEED TEST

Sebaik sahaja anda klik gambar di atas, anda akan terus diredirect ke server Onexox dan anda boleh lihat kelajuan internet XOX di kawasan anda. Semoga anda berpuas hati dengan coverage ONEXOX!

Kaedah 2: Applikasi Youtube

Kaedah ini paling asas dan mudah yang boleh anda lakukan.

Telefon anda mesti ada app YouTubekan? Okay, sila buka dan play mana-mana video yang anda suka. Kalau boleh, play video yang berdurasi lebih dari 10 minit. Lagi panjang durasi pun boleh.

Kemudian, lepas play, klik 3 titik bertindih kat bucu atas sebelah kanan. Tengok “Quality” yang dipilih secara AUTOMATIK oleh YouTube. Anda tengok je dan tak perlu tukar apa-apa. Kalau kurang dari 480p, internet anda agak lembap. Kalau 480p/720p/1080p, internet anda memang padu dan terbaik. Kesimpulannya, semakin besar angka tersebut, kekuatan internet anda semakin padu!

Uji Kelajuan Internet Telco Anda
Tengok Angka Pada Menu Quality

Seterusnya anda anda boleh klik “back”. Sila perhatikan pula bar di bawah video (rujuk gambar di bawah). Bar tu menunjukkan setakat mana video dah play (warna merah), dan juga setakat mana video tu dah “load” (warna putih). Kalau warna putih jauh meninggalkan warna merah, ternyata internet anda power. Tapi kalau tak nampak bayang pun warna putih tu, video pun sangkut-sangkut, ternyata internet anda noob & lembap.

Uji Kelajuan Internet Telco Anda
Tengok Garisan Merah dan Putih

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, selepas anda dah uji kelajuan internet Telco dan anda dapati internet anda noob & lembap, apa tindakan anda? Teruskan guna perkhidmatan telco tersebut atau teruskan bayar bil/topup untuk benda tak berkualiti? Atau anda jadi pengguna bijak dan tukar kepada telco yang lebih baik.

Anda boleh pilih untuk tukarkan telco yang lembap itu kepada ONEXOX. ONEXOX menawarkan pakej data yang berpatutan dan telus kepada setiap pengguna. Anda dapat menikmati pelan data dengan liputan yang meluas dan dapat layari internet dengan kelajuan tinggi.

ONEXOX PLAN

Sekiranya anda berminat melanggan simkad Onexox, anda boleh pilih mana-mana plan mengikut penggunaan dan bajet anda. Untuk daftar simkad Onexox, anda boleh klik button di bawah.

Categories
Panduan Pengguna Onexox

Internet ONEXOX Tak Stabil

Ada beberapa sebab internet Onexox sesuatu kawasan tak stabil. Kebiasaannya, bila kawasan anda mempunyai rangkaian 4G tetapi lemah (lebih kurang 1 bar), smartphone akan ‘turunkan’ kualiti rangkaian kepada 3G dan kadang-kadang kualiti rangkaian dinaikkan semula kepada 4G bergantung kepada signal 4G dan 3G yang diterima oleh smartphone anda.

Apabila ini terjadi, kelajuan internet akan menjadi sangat perlahan, dan biasanya telco akan dimarahi oleh pelanggan kerana memberikan servis yang tidak memuaskan.

Ada caranya untuk membantu sedikit sebanyak rangkaian yang lemah. Admin berikan tips apa yang boleh anda lakukan untuk ‘boost’ dan stabilkan signal, supaya kelajuan internet anda juga secara tidak langsung menjadi stabil dan sebagai bonusnya ia menjadi laju. Caranya mudah sahaja.

  1. Setkan APN yang betul
  2. Setkan Network Mode (setkan kepada signal yang paling stabil di tempat anda)

Setting APN

Pastikan anda ikut setting APN seperti di bawah untuk simkad ONEXOX.

setting-apn-xox

Network Mode

Kaedah ini boleh digunakan jika di tempat anda mempunyai rangkaian 3G yang tidak stabil, atau hanya mempunyai rangkaian 3G sahaja atau mempunyai rangkaian 4G yang sangat lemah. Caranya ialah anda hanya perlu setkan network mode kepada WCDMA only. Sebaik sahaja anda ubah setting, sila restart smartphone. Rujuk rajah di bawah.

Internet-ONEXOX-Tak-Stabil

Keputusan Ujian Sebelum Setting Network Mode Ditukar.

Internet-ONEXOX-Tak-Stabil
Speedtest Coverage 4G Yang Tidak Stabil

Keputusan Ujian Speedtest Selepas Setting Network Mode Ditukar Kepada 3G (WCDMA only)

Internet-ONEXOX-Tak-Stabil
Speedtest Coverage 4G Yang Tidak Stabil
https://www.facebook.com/subdealeronexox
Dapatkan Info Lanjut dan Like Kami di Facebook
Categories
Panduan Pengguna Onexox

XOX USSD CODE

PENGENALAN



XOX ussd Code ~ Perhatian kepada semua pengedar dan pengguna ONEXOX. Kami telah menyelaras easy menu USSD *150# sebagai USSD easy menu utama untuk semua pelanggan termasuk pelanggan ONEXOX PREPAID, BLACK dan NU Mobile.

Pelanggan kini boleh mendail *150# untuk memeriksa baki akaun, tambah nilai @ topup, membeli Season Pass, info Happy Hours dan menikmati banyak fungsi lain melalui USSD easy menu utama.

Saluran USSD *132# akan dimansuhkan mulai 14 Julai 2020 bermula jam 11:00 dan seterusnya pelanggan tidak akan dapat mengakses *132# selepas ini. Sekiranya pelanggan mendail *132# selepas tarikh dan waktu yang ditetapkan, pelanggan akan menerima permintaan/arahan seperti berikut:

“Hi! We have switched to *150# with more interactive features to serve you better. Check your balance, top-up and more with *150# now.”

Info Tambahan

Cara semak Baki Black Onexoxbeli-simkad-xox-black

Belum guna ONEXOX? Anda boleh beli simkad ONEXOX secara online dan percuma kos penghantaran!

Xox-ussd-code
Categories
Panduan Pengguna Onexox

Upgrade Plan Prepaid ke Plan Onexox Black

Proses ini dipanggil COBP (Change Of Business Plan). Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum proses upgrade atau tukar plan dari Onexox Prepaid ke Onexox Black

  1. Sebelum (upgrade ke plan ONEXOX BLACK, sila pastikan akaun ONEXOX Prepaid anda berstatus AKTIF. Status AKTIF bermaksud, simkad anda masih boleh membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk.
  2. Semak status akaun prepaid anda melalui ussd menu *132#.
  3. Pastikan TIADA LANGGANAN DATA AKTIF kerana data yang telah diaktifkan TIDAK BOLEH dibawa ke akaun ONEXOX BLACK. Data ini akan HANGUS apabila proses naiktaraf berjaya.

Item yang Tidak Akan Dibawa ke akaun ONEXOX BLACK

  1. Tempoh sah
  2. SMS percuma
  3. Data yang telah diaktifkan

Item yang Akan Dibawa ke akaun ONEXOX BLACK

  1. Loyalty Point
  2. Kredit yang belum digunakan
  3. Data, Minit & SMS yang berada dalam SEASON PASS

Untuk upgrade ke Plan Onexox Black, pihak kami perlukan semua maklumat seperti di bawah:

  1. Nama penuh (Pemilik Nombor)
  2. Nombor telefon yang anda nak upgrade
  3. Nombor Kad Pengenalan
  4. Plan Pilihan Upgrade Onexox Black
  5. Email yang aktif
  6. Bayaran Plan Onexox Black

Seterusnya whats app semua info di atas kepada pihak kami untuk proses upgrade

upgrade onexox prepaid

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh komen atau whats app dan pihak kami akan cuba bantu anda

cobp-onexox-prepaid
Categories
Panduan Pengguna Onexox

Aktifkan Simkad MNP Onexox

Anda perlu aktifkan simkad MNP Onexox yang anda terima dari HQ Onexox. Sila ikut panduan berikut untuk aktifkan simkad MNP anda:

LANGKAH 1:

Klik link ini => http://www.xoxprepaidplan.com/mnpstatus

LANGKAH 2:

Klik Port-in Sim Card Verification untuk mengesahkan anda telah terima simkad dan bersedia untuk buat MNP atau Port in.

Sila masukan Nombor handphone yang anda ingin kekalkan anda dan nombor siri simkad MNP yang berjumlah 18 digit/ICCID dan Klik menu Verify

Seterusnya, anda akan menerima TAC melalui SMS. Sila masukkan TAC dalam ruang berkenaan dan klik submit.

Setelah berjaya Verify, anda boleh check Port-in Status. Klik menu Port-in Status dan masukan nombor telefon dan nombor siri simkad/ICCID. Anda akan lihat Status – In Progress (rujuk rajah di bawah)aktifkan-simkad-mnp-onexox

panduan aktifkan simkad mnp onexox

LANGKAH 3:

Sekarang anda hanya perlu tunggu sms pengesahan port out dari telco asal. Jika anda terima sms pegesahan dari telco asal, sila jawab segera.

Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sama ada proses MNP success atau reject.

Jika pendaftaran berjaya, coverage telco lama anda akan hilang dan anda hanya perlu masukkan simkad MNP Onexox.

port in mnp ke onexox

PENTING:

Jika status Reject, anda boleh resubmit semula dengan cara klik pada menu Port-in Resubmission. Sebelum resubmit, anda mesti betulkan apa yang menyebabkan status reject. Jika ada pertanyaan sila call/whats app admin di talian 0107946587.

Sekiranya anda belum beli atau daftar simkad MNP, anda boleh klik button di bawah untuk lihat panduan kekalkan nombor lama anda ke Onexox.

cara port in mnp onexox
Categories
Panduan Pengedar Onexox Panduan Pengguna Onexox

Panduan MNP Onexox

Pengenalan

Berikut kami sediakan panduan MNP atau kekalkan nombor lama anda ke Onexox. Anda boleh pilih sama ada menggunakan Prepaid ataupun Black Onexox. Sebelum proses MNP dibuat, anda mesti memenuhi syarat-syarat di bawah:

 

Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID)
  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.
  2. Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  3. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.  Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
  4. Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya. PENTING : Pelanggan mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke Onexox. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.

 

Pelanggan Prabayar (PREPAID)
  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.
  2. Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  4. Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.

 

Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :

  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal.
  6. Email yang aktif.

Seterusnya, anda ikut sahaja 4 langkah mudah di bawah untuk kekalkan nombor anda ke ONEXOX.

LANGKAH 1 : Pilih daftar Onexox Prepaid atau Onexox Black
LANGKAH 2 : Masukkan nombor handphone (nombor yang anda ingin kekalkan)
LANGKAH 3 : Pilih salah satu pakej Welcome Deal (promosi untuk pengguna prepaid onexox)
LANGKAH 4 : Buat bayaran secara Online Banking

 

Kekalkan Nombor Anda ke Onexox. Daftar Sekarang!

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG PANDUAN MNP ONEXOX
SOALAN 1 : Saya ingin kekalkan nombor lama, boleh tak saya tukar ke Onexox dengan mengekalkan nombor lama?

Sudah tentu BOLEH. Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)

SOALAN 2 : Bolehkah talian postpaid ditukarkan ke talian prepaid Onexox?

Ya boleh.  Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum bertukar ke Onexox.

1. Langganan tersebut dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian semasa.
2. Tanpa sebarang tunggakan bil. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.
3. Tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
4. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar terlebih dahulu.

SOALAN 3 : Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk MNP?

Ianya bergantung kepada kelulusan Telco yang anda gunakan sekarang. Onexox hanya submit permohonan kepada Telco asal dan anda hanya perlu kelulusan dari Telco asal. SOP untuk proses MNP adalah 1 – 5 hari bekerja.

cara port in mnp onexox
Categories
Panduan Pengguna Onexox

ADUAN GANGGUAN COVERAGE ONEXOX

Signal ONEXOX lemah di tempat anda? Jangan risau, dalam tips kali ini kami berikan panduan cara nak buat aduan gangguan coverage ONEXOX di tempat anda. Kebiasaan gangguan coverage telefon disebabkan beberapa perkara seperti berikut iaitu:

  • Pengguna bertambah = line congested/sesak = berlaku intermittent = drop call.
  • Site mungkin down atau servis degraded, biasa terjadi bila site ada equipment faulty atau ada mangkuk vandalised site.

Mana-mana telco gergasi pun tidak dapat elak dua benda ni. Jadi bawa bertenang. Berikut kami berikan tips bagaimana nak buat aduan gangguan coverage ONEXOX di tempat anda. Sebelum anda buat aduan kepada customer service, terlebih dulu anda perlu periksa setting APN telefon pintar anda. Anda boleh rujuk link di bawah untuk dapatkan setting APN untuk simkad ONEXOX

CARA SETTING APN ONEXOXcara setting apn onexox

Sekiranya di kawasan anda mengalami signal yang lemah, anda boleh mengenalpasti terlebih dahulu dengan membuat semakan signal Celcom kerana ONEXOX menggunakan pencawang yang sama. Sekiranya Celcom juga mempunyai signal yang lemah, anda boleh berikan butiran yang kami perlukan untuk kami hantarkan aduan ini kepada pihak Celcom untuk tujuan penambahbaikan. Butiran yang diperlukan seperti di bawah :-

  • I/C number
  • Msisdn: nombor telefon yang menetap di kawasan tersebut.
  • Location Full address : (Alamat lengkap)
  • Landmark: (bangunan/menara berhampiran untuk dijadikan rujukan seperti hospital, sekolah atau lapangan terbang)
  • Phone Model: jenis model/nama telefon
  • Signal Bar: (2 atau 3 bar).
  • Mobile Data Signal
  • Error Message: (ie: no signal/ no coverage)
  • Date Occurred : (Tarikh gangguan coverage)
  • Time Occurred : (Masa gangguan coverage berlaku)
  • Frequency of occurrence : (kekerapan masalah berlaku)
  • Cell info displayed on phone : (3G/2G/E)

Anda boleh emailkan butiran di atas ke email cs@onexox.my. Sebaiknya anda cuba dapatkan 10 nombor yang menggunakan pencawang yang sama dari Celcom untuk mempercepatkan proses baikpulih di kawasan tersebut.

LIKE KAMI DI FBcara setting apn onexox

TIPS ADUAN GANGGUAN COVERAGE ONEXOX

Categories
ONEXOX BLACK Panduan Pengguna Onexox

RINGKASAN PENGGUNA 3 TELCO TERBESAR MALAYSIA DAN ONEXOX BLACK

Berdasarkan dari penyata suku pertama 2019 untuk 3 telco terbesar Malaysia, kami membuat analisa ringkas kegunaan pengguna dengan pelan ONEXOX BLACK (diletakkan dalam kategori pascabayar).

Telco 1: Celcom
Jumlah pengguna pascabayar (Postpaid) = 2.98 juta
Purata penggunaan data setiap pengguna = 14.8GB/bulan
Purata hasil setiap pengguna (ARPU) = RM84/bulan
Rujukan : https://www.malaysianwireless.com/2019/05/celcom-axiata-1q19/

Telco 2: Digi
Jumlah pengguna pascabayar (Postpaid) = 2.86 juta
Purata penggunaan data setiap pengguna = 10.2GB/bulan
Purata hasil setiap pengguna (ARPU) = RM71/bulan
Rujukan:https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/04/22/digi-q1-earnings-drop-11pt5pct-to-rm341pt5mil-4pt3-sen-dividend-declared/

Telco 3: Maxis
Jumlah pengguna pascabayar (Postpaid) = 3.26 juta
Purata penggunaan data setiap pengguna = 12.2GB/bulan
Purata hasil setiap pengguna (ARPU) = RM88/bulan
Rujukan:https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/04/26/maxis-q1-net-profit-up-53pt7pct-at-rm409m-from-preceding-quarter

 

ANALISA

  1. Data merupakan segmen / produk telco yang memberi hasil yang lumayan dengan margin yang besar. Ianya juga nadi untuk pengguna mencapai akses kepada komunikasi, media sosial, bisnes, urusan perbankan dan kerja harian.
  2. Dengan purata kegunaan data antara 10GB ke 15GB sebulan, kos 1GB jatuh kepada RM5.67 (Celcom), RM6.96 (Digi) dan RM7.21 (Maxis)
  3. Terdapat 2 pelan ONEXOX BLACK yg berikan kuota hampir sama jumlah dengan purata kadar asas penggunaan data oleh pengguna iaitu
  • B39 PLUS20: 12GB (RM59/bulan)
  • B39 PLUS50: 20GB (RM89/bulan)

Dengan kiraan sama di atas, kos 1 GB jatuh kepada RM4.92 untuk B39 PLUS20 dan RM4.45 untuk B39 PLUS50. Penjimatan pertama, kos data lebih murah di ONEXOX

Konsep burnproof di ONEXOX, semua baki DATA yang ada akan di bawa ke bulan hadapan. Bayaran topup plan boleh secara beransur-ansur dalam tempoh 30 dari tarikh plan renew day. Tiada pembaziran walau setiap bulan membayar. Apa yang dibayar boleh disimpan dan diguna sampai habis di ONEXOX.

#NoGimik #share #BurnProof

Rujukan : https://www.facebook.com/groups/FAQonexox/permalink/2126286140815475/

 

 

JADI, MENGAPA BAYAR LEBIH?? BERTUKARLAH KE ONEXOX BLACK HARI INI JUGA!! KELEBIHAN ONEXOX BLACK

  1. Data, minit, SMS yang tak habis guna, boleh bawa ke bulan seterusnya. (carry forward).
  2. Kadar panggilan PALING JIMAT (blok 30 saat).
  3. Sekiranya data & minit habis digunakan, anda boleh tambah add on melalui promosi Happy Hours.
  4. Data, minit & SMS boleh share kepada semua pengguna Onexox (prepaid @ BLACK).
  5. Bayaran bulanan yang mudah – hanya topup macam biasa di mana sahaja sama ada beli secara online atau offline.

 

 

onexox-black-plan-promo

 

Anda boleh pilih sama ada untuk gunakan nombor baru, kekalkan nombor lama anda atau upgrade nombor prepaid Onexox sedia ada ke pakej BLACK. Dapatkan simkad Onexox Black sekarang. Klik button di bawah untuk tempahan.

 

daftar-onexox-blackNOTA :

Klik DI SINI untuk bantuan pembelian secara online.ONEXOX-BLACK

Categories
Blog FAQ Panduan Pengguna Onexox

Bantuan Teknikal Simkad Onexox

Berikut kami berikan beberapa penyelesaian teknikal berhubung tetapan telefon sekiranya anda menghadapi masalah apabila menggunakan simkad Onexox.

1. HANDPHONE SAYA BOLEH BUAT CALL TETAPI TAK BOLEH SMS, APA MASALAHNYA?
Anda perlu lakukan setting pada handphone. Tukar nombor message centre.
Caranya…

Klik SMS >> Message setting >> Text message >> Message centre >> +60193900039
ATAU
Klik SMS >> Messaging settings >> Text mesage >> SMS Service Centre >> +60193900039

2. MASALAH TIDAK DAPAT SMS KE 22111 UNTUK TANYA BAKI DAN LANGGAN DATA INTERNET.
Sila ikut panduan berikut..

1.Klik ” SETTING”.
2. Klik “MORE”.
3. Klik “APP MANAGER”.
4. SWIPE ke kiri sehingga jumpa perkataan “ALL”.
5. SCROLL DOWN sehingga jumpa FOLDER “MESSAGING”
6. Klik “MESSAGING”
7. SCROLL DOWN sehingga jumpa perkataan “SEND PREMIUM SMS”.
8. Tukar arahan “NEVER ALLOW” ke “ALWAYS ALLOW”.
9. Selesai semuanya, klik “SAVE” dan tekan BUTTON “HOME”
10. “RESTART PHONE” kemudian periksa baki akaun anda dengan menaip teks “BAL” dan hantar ke 22111

3. HANDPHONE SAYA SEKEJAP ADA SIGNAL DAN SEKEJAP TAK ADA. HANDPHONE SAYA JUGA TAK DAPAT AKSES INTERNET BILA GUNA SIMKAD ONEXOX TETAPI KALAU GUNA SIMKAD CELCOM BOLEH ACCESS INTERNET. APA YANG PERLU SAYA BUAT?

Onexox menggunakan coverage Celcom. Di mana ada Celcom, di situ ada Onexox.
Jika simkad Onexox anda tidak ada signal atau sekejap ada sekejap tak ada atau signal sangat lemah, sila setting APN dan WCDMA pada handphone anda. Sila rujuk panduan melalui di bawah..

APN SETTING UNTUK MOBILE PHONE onexox
CARA SETTING SIGNAL MENJADI 3G/WCDMAonexox
NOTA : Sekiranya anda menggunakan telefon pintar dual sim, anda mesti masukkan simkad Onexox di slot sim 3G/4G kerana Onexox menggunakan signal 3G/4G.

4. BAGAIMANA CARA UNTUK JIMAT PENGGUNAAN DATA DAN ELAK DATA INTERNET DARI CEPAT HABIS KUOTA? ANDA PERLU UBAH SETTING UNTUK EMPAT APPLIKASI DI BAWAH..

Facebook setting:
1. buka FB
2. pilih app settings
3. pilih video auto-play
4. pilih off/wifi only

Telegram setting:
1. buka telegram klik bahagian atas sebelah kiri
2. pilih “setting”
3. pilih “when using mobile data”
4. hilangkan semua tanda “tick” dlm kotak

Whatsapp setting:
1. buka apps whatsapp
2. pilih “setting”
3. pilih “chat settings”
4. pilih “media auto-download”
5. pilih “when using mobile data”
6. hilangkan semua tanda “tick” dalam kotak

Play store settings:
1. buka play store
2. pilih “setting”
3. pilih “auto-update apps”
4. pilih “auto-update apps over wifi only”

5. MENGAPA HANDPHONE SAYA HANYA DAPAT SIGNAL ‘E’ SAHAJA DAN TAK DAPAT SIGNAL ‘H+’ SEPERTI HANDPHONE RAKAN-RAKAN SAYA?

1. Sila periksa coverage Celcom di kawasan anda, adakah dapat liputan 4G,3G,2G
2. Sila periksa handphone anda, adakah ia support fungsi 4G/3G. Terdapat banyak handphone klon di pasaran yang secara luarannya nampak canggih tetapi sebenarnya tidak support 3G. Langkah seterusnya, suba masukan simkad anda di handphone rakan anda yang berjenama lain dan jika ada perbezaan. Lakukan setting APN seperti berikut di bawah : (Ada handphone klon yang tak boleh setting apa-apa)

setting-APN-one-xox

setting-APN-one-xox

6. BAGAIMANA SAYA NAK SETTING APN ONEXOX UNTUK HANDPHONE?

Cara setting APN Onexox pada handphone.

1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names.
2. Klik di bawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai XOX.
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik di bawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Kemudian pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode.
8. Pilih WCDMA atau 3G only.
9. Restart semula HP.

7. SEKARANG SAYA DAPATI BANYAK SMARTPHONE YANG PELBAGAI VARIASI DI PASARAN. BOLEHKAH SAYA DAPAT KESEMUA SETTING APN UNTUK SMARTPHONE TERSEBUT?

Untuk dapatkan setting APN untuk pelbagai smartphone, sila klik DI SINIonexox

Rujukan : Bantuan Teknikal Simkad Onexox