2023 XOX Plan. Beli Simkad Onexox Prepaid dan Onexox Black. Daftar Plan Unlimited Internet XOX Dengan Highspeed Data dan Panggilan Tanpa Had. Data Buffet Onexox Boleh Hotspot Sampai 100GB
Dalam artikel kali ini, admin akan terangkan maksud paparan baki akaun prepaid simkad ONEXOX anda. Semoga pemahaman anda lebih jelas selepas membaca artikel ini.
Untuk lihat paparan baki, anda hanya perlu dail *150*1# dan paparan seperti di bawah akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit anda.
Berikut adalah sedikit penerangan mengenai baki akaun prepaid simkad ONEXOX
Item/Bilangan
Penerangan
1.
Data aktif yang anda sedang guna sekarang. Misalnya saya aktifkan 10GB untuk sebulan. Data ini diambil dari season pass.
2.
Tarikh luput talian. Tarikh ini sentiasa bertambah setiap kali kita topup
3.
Baki kredit yang ada. Jika anda buat panggilan, sistem akan tolak minit dalam season pass. Jadi kredit sedia ada anda tidak terusik
4.
Tarikh luput data aktif yang anda tengah guna sekarang. Kalau data habis sebelum tarikh luput, anda boleh add on data dari season pass. Tak perlu tambah kredit. Jimat kan?
5.
Data, minit panggilan dan sms akan tersimpan di sini. Anda boleh guna bila-bila masa. Anda juga boleh kongsikan dengan pengguna ONEXOX yang lain.
Beli Simkad ONEXOX PREPAID
Tunggu apa lagi? Ayuh dapatkan simkad ONEXOX Prepaid hari ini juga. Penjimatan di tangan anda.
Like kami di FB untuk dapatkan info terkini dan promosi menarik dari ONEXOX. Anda juga boleh klik DI SINI untuk dapatkan panduan beli simkad ONEXOX secara online. Mudah sahaja.
Dengan statistik pelanggan aktif mencecah angka hampir 3 juta pengguna sehingga kini dan peningkatan pendaftaran pengguna prepaid ONEXOX setiap hari, pihak kami sediakan beberapa panduan asas sebagai rujukan khususnya semua pengguna setia PREPAID ONEXOX.
1. CARA SEMAK BAKI KREDIT
Dail *150# atau hubungi khidmat pelanggan di talian 12273. (call percuma dari nombor ONEXOX). Contoh paparan baki seperti rajah di bawah. Anda juga boleh KLIK DI SINI untuk dapatkan info terkini paparan baki kredit simkad prepaid ONEXOX.
2. CARA SEMAK BAKI DATA menggunakan SMS
sila sms BAL dan hantar ke 22111
3. CARA TOPUP PIN menggunakan USSD CODE
*132*1*16.DIGIT.PIN# dan tekan button dail
4. CARA TOPUP PIN menggunakan SMS
sila sms REC PR 16.DIGIT.PIN dan hantar ke 22111
5. EASY MENU TERBARU (USSD CODE)
sila dail *150# . Ada banyak pilihan menu.
6. CARA TOPUP PIN KE NOMBOR RAKAN menggunakan USSD CODE
*132*1*16.DIGIT.PIN*01xxxxxxxx# dan tekan button dail
7. Cara TAMBAH FRIENDS & FAMILY menggunakan SMS
sila sms FNF ADD 01xxxxxxxx dan hantar ke 22111
Contoh : FNF ADD 0107111173
Nota: FNF sah untuk 10 nombor dari semua rangkaian
8. CARA SEMAK SENARAI FRIENDS & FAMILY menggunakan SMS
sila sms FNF LIST dan hantar ke 22111
9. CARA BUANG NOMBOR FRIENDS & FAMILY menggunakan SMS
sila sms FNF DEL 01xxxxxxxx dan hantar ke 22111
Contoh : FNF DEL 01119448641 dan hantar ke 22111
10. CARA KONGSI KREDIT KEPADA RAKAN
sila sms TRNS MA 01xxxxxxxx MA AMAUN 1234 dan hantar ke 22111
AMAUN = 3, 7, 15, 30 1234 = PIN TETAP
Contoh : TRNS MA 01113677775 MA 30 1234 htr ke 22111
11. CARA TEBUS LOYALTY POINT “LYT” menggunakan SMS
sila sms LYT RED SMS AMAUN dan hantar ke 22111
Contoh : LYT RED SMS 1000
12. CARA LANGGAN DATA menggunakan USSD menu
Dail *150#
Pilih nombor 3 dan pilih pakej dari season pass atau pakej standard.
13. CARA SHARE DATA, MINIT dan SMS
share SMS sila sms Share 0107992199 S50 1234 dan hantar ke 22111
share MINIT sila sms Share 0107992199 V50 1234 dan hantar ke 22111
share DATA sila sms Share 0107992199 D10 1234 dan hantar ke 22111
14. CARA DAPATKAN TEMPOH SAH 2 TAHUN 4 BULAN untuk pengguna baru
cara #1 : Langgan SP FAT10 (10GB + 10GB) @ RM50
Cara langgan sila sms SP FAT10 dan hantar ke 22111
Cara langgan sila sms SP FAT5M dan hantar ke 22111
ATAU
cara #4 : Langgan SP FATVOICE (333 MINIT) @ RM30
Cara langgan sila sms SP FATVOICE dan hantar ke 22111
Dengan langganan mana-mana pakej di atas, setiap pengguna baru akan dapat tempoh sah kredit 2 tahun 4 bulan serta merta. Promosi sah dalam tempoh 10 hari sebaik sahaja pendaftaran simkad berjaya.
17. BAGAIMANA NAK TAMBAH NILAI (TOPUP) NOMBOR ONEXOX.
Anda boleh tambah nilai melalui saluran-saluran berikut √. Dealer ONEXOX √. 7 Eleven √. Semua Terminal e-Pay √. Stesen minyak √. MOL √. MobilityOne √. Paylink √. Qiwi √. Online Banking melalui selfcare XOX √. Maybank2u
18. TALIAN KHIDMAT PELANGGAN
12273 (panggilan adalah percuma dari nombor ONEXOX) (24 jam setiap hari termasuk cuti umum)
19. CARA LANGGAN TEMPOH SAH KREDIT ATAU BELI VALIDITY
Beli validity 12 bulan sila sms VALID 12 dan hantar ke 22111
Beli validity 6 bulan sila sms VALID 12 dan hantar ke 22111
Sila rujuk gambar di bawah
20. CARA BELI SIMKAD PREPAID ONEXOX
Untuk beli simkad ONEXOX secara Online, anda boleh lihat panduan lengkap DI SINI.
Panduan Beli Data XOX ~ Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pelanggan setia ONEXOX. Dalam artikel kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan lengkap cara langgan internet XOX untuk pengguna simkad ONEXOX PREPAID. Sebagai pengguna prepaid, anda mempunyai TIGA pilihan langganan internet iaitu langgan STANDARD PACKAGE, langgan internet SEASON PASS atau langgan pelan UNL 35 (plan internet terbaru)
Nak Redeem Internet Percuma? Klik gambar di bawah…
Cara Langgan Pakej Standard
Untuk pakej standard, ONEXOX tawarkan beberapa pelan utama merangkumi pelan harian, pelan bulanan dan pelan mingguan. KLIK DI SINI untuk lihat detail pakej standard ONEXOX prepaid. Sebelum langgan data, pastikan kredit atau airtime telefon anda cukup untuk pakej yang anda ingin langgan. Langkah pertama, sila dail USSD menu *150#
Seterusnya, paparan seperti di bawah akan muncul.
Pilih nombor 3 (Internet)
Paparan di bawah akan muncul
Pilih Nombor 1 (Standard Package)
Seterusnya, beberapa Plan Standard Package akan muncul seperti di bawah
Ada beberapa list pakej standard internet ONEXOX yang akan ditunjukkan dalam menu di atas. Untuk lihat paparan pakej standard yang lain, anda hanya perlu masukkan angka 66 dan klik button Send.
Langkah terakhir adalah anda hanya perlu pilih pakej standard yang anda ingin langgan. Dalam contoh kali ini, pihak kami cuba tunjukkan kepada anda bagaimana kami langgan pakej RM15: 1GB/30 days. Untuk langgan pakej ini, pastikan telefon anda mempunyai kredit atau airtime bernilai sekurang-kurangnya RM15.
Pakej RM15: 1GB/30 days ~ bermaksud anda akan beli data 1 GB dengan harga RM15 dan data tersebut sah dalam tempoh 30 hari
Panduan Beli Data XOX
Untuk beli data, anda hanya perlu pilih nombor 1 (Yes)
Cara Langgan Internet Season Pass XOX
Berbanding dengan pakej standard, internet Season Pass ONEXOX adalah jauh lebih murah dan jimat. Berikut kami berikan panduan cara langgan internet Season Pass XOX
1. Dail *150# dan tekan button CALL
2. Pilih nombor 6 [Season Pass]
3. Pilih nombor 1 [Data Package]
4. Seterusnya pilih mana-mana pakej Season Pass yang anda ingin langgan.
5. Step terakhir, klik Purchase.
Cara Langgan Plan UNL 35 XOX
Plan UNL 35 adalah pelan prepaid terbaru dari ONEXOX. Pelan ini menawarkan data besar sehingga 50 GB dan 50 minit panggilan percuma kesemua Telco. KLIK DI SINI untuk lihat detail pelan Ultimate Data 35.
Untuk aktifkan plan ini, sila rujuk panduan di bawah.
1. Dail *150# dan tekan button CALL
2. Pilih nombor 3 [Internet]
3. Pilih 1 (Ultimate 35)
4. Data akan aktif serta merta.
Sebelum langganan, anda perlu cukupkan kredit (DA + MA) RM35 dan pastikan baki data aktif 0MB atau n/a
Nak Upgrade Plan ke ONEXOX BLACK? Anda guna data sampai muntah. Klik link di bawah untuk lihat review pakej menarik ONEXOX BLACK
Assalamualaikum wbr dan salam hormat kepada semua pengguna simkad ONEXOX prepaid. Dalam artikel kali ini kami akan berikan panduan langkah demi langkah CARA LANGGAN PLAN ULTIMATE DATA 35 XOX. Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, pelan ultimate 35 menawarkan data yang sangat besar dengan harga yang murah kepada pengguna XOX.
Dalam post kali ini, anda akan ditunjukkan cara langgan plan ultimate 35 menggunakan applikasi XOX Black, Easy Menu *150# dan menggunakan SMS.
Applikasi XOX Black
Untuk langgan plan data XOX melalui app Black XOX, sila ikut step di bawah:
Buka applikasi XOX Black.
Sebelum buat langganan, pastikan Data Subcription Balance 0 MB. Seterusnya, klik button Subscribe Now.
Seterusnya, klik Select Package.
Step yang terakhir, pilih pakej ESP UNL35 (51200MB).
Easy Menu *150#
Untuk langgan plan data XOX melalui easy menu *150*, sila ikut step di bawah:
Dail *150#
Pilih nombor 3 ( INTERNET ).
Seterusnya pilih nombor 1 ( ULTIMATE 35 ).
Seterusnya akan keluar paparan seperti berikut “RM35 : 3MBPS + unlimited hotspot for 30 days.
Nombor 1 dan klik send.
Selesai
Kaedah SMS
Sekiranya anda memilih kaedah SMS, sila ikut panduan di bawah:
Bagi pengguna baharu yang nak langgan Welcome Deal, sila gunakan kod sms SP UNL35 hantar ke nombor 22111.
Bagi pengguna sedia ada, sila gunakan kod sms DATA UNL35 dan hantar ke nombor 22111.
Apakah Plan Ultimate 35? Jom tonton video di bawah sampai habis…
Daftar Plan Ultimate Data 35 ONEXOX
Internet dan strim sepuasnya pada harga yang membingungkan!!!
Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua rakyat Malaysia. Dalam post kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan lengkap cara beli simkad ONEXOX Prepaid secara online.
Anda semua amat dialu-alukan untuk membeli simkad Onexox secara atas talian kerana ia menjimatkan masa anda, mengurangkan risiko jangkitan covid 19 dan PALING PENTING kami berikan percuma kos penghantaran.
Nota
Untuk pelanggan sekitar kawasan Lembah Klang, pembelian simkad secara online yang dibuat sebelum jam 11.00 pagi akan dihantar pada hari yang sama (kecuali hujung minggu dan cuti umum).
Untuk pelanggan bukan dari kawasan Lembah Klang, simkad akan dihantar melalui pos atau kurier. Anda cuma bayar harga pembelian simkad dan pelan yang ingin dilanggan sahaja. Tiada caj pos dan penghantaran adalah PERCUMA! Simkad biasanya akan sampai dalam tempoh 2 hingga 3 hari waktu bekerja.
Cara Beli Simkad ONEXOX
Untuk beli simkad ONEXOX Prepaid secara online anda boleh ikut setiap langkah yang diberikan di bawah. Mudah sahaja.
Seterusnya anda boleh pilih sama ada menggunakan nombor baru atau kekalkan nombor lama anda.
Klik SIGN UP NOW untuk beli Nombor Baru ONEXOX atau
Klik SWITCH NOW untuk daftar MNP (Kekal Nombor Sedia Ada)
Seterusnya sila pilih amaun topup yang anda ingin topup untuk nombor anda. Anda juga boleh abaikan step ini jika anda tak nak lakukan sebarang tambah nilai.
Langkah seterusnya sila pilih Exclusive Welcome Deals!
Untuk pelan ONEXOX Prepaid, anda MESTI beli bersama sekurang-kurangnya SATU pakej Welcome Deal yang ditawarkan supaya dapat tempoh sah 28 bulan secara PERCUMA!
Jika tidak, anda akan terlepas tawaran tersebut dan anda tak dapat menikmati tempoh sah panjang yang ditawarkan. Tempoh sah 28 bulan ini diberi sekali sahaja kepada semua pelanggan ONEXOX Prepaid yang baru mendaftar.
Langkah seterusnya, sila pilih nombor baru ONEXOX yang dipaparkan. Sekiranya anda ingin pilih lain-lain nombor, anda hanya perlu klik button REFRESH sehingga anda jumpa nombor pilihan anda.
Seterusnya sila isi Maklumat Pendaftaran Simkad ONEXOX dalam borang online yang disediakan. Sila pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap dan betul supaya tak berlaku sebarang isu dengan proses penghantaran dan pendaftaran simkad anda. Sila masukkan email yang aktif kerana maklumat tracking akan diberikan melalui email anda.
Sebelum klik button CHECK OUT, sila pastikan maklumat DEALER INFO adalah seperti di bawah. Ini bagi memudahkan pikah kami melakukan support sekiranya berlaku masalah.
Like kami di FB untuk dapatkan info terkini dan promosi menarik dari ONEXOX.
Bagaimanakah cara nak aktifkan simkad nombor baru (SP) ONEXOX yang anda beli melalui pautan affiliate XOX STORE. Simkad ONEXOX yang anda beli secara online tidak boleh terus digunakan tetapi perlu diaktifkan terlebih dulu.
Dalam posting kali ini, kami akan tunjukkan panduan step by step cara aktifkan simkad nombor baru ONEXOX prepaid dan ONEXOX Black. Mudah sahaja. Untuk aktifkan simkad, anda perlu download app XOX BLACK, kemudian sediakan kad pengenalan yang original dan lakukan face recognition (pengecaman muka) melalui smartphone anda.
Tonton video di bawah..
Bagaimana nak aktifkan simkad MNP (Kekalkan Nombor Lama). Anda boleh lihat panduan di sini >> CARA AKTIFKAN SIMKAD MNP
Like kami di Facebook untuk dapatkan info update dan promosi terkini dari ONEXOX!
Dalam posting kali ini, admin akan tunjukkan panduan step by step bagaimana pengguna prepaid Onexox boleh panjangkan Tempoh sah XOX dengan mengunakan applikasi Black XOX.
Pengguna prepaid juga boleh membeli validity dengan menggunakan kaedah SMS. KLIK DI SINI.
Sila ikut panduan di bawah untuk extend validity nombor prepaid XOX anda.
Pilih me(nombor sendiri) atau Other (untuk panjangkan lain-lain nombor prepaid Onexox)
Select package. Ada 2 pilihan, anda boleh pilih sama ada untuk lanjutkan tempoh selama 6 bulan atau 1 tahun.
Step yang terakhir, klik dan confirm Purchase.
Sekiranya anda berjaya beli tempoh sah Onexox, anda akan lihat perkataan Success! Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk panduan bergambar.
Anda ingin menjadi salah seorang dari pengguna ONEXOX?
Jom sertai kami hari ini juga sebagai pengguna ONEXOX. Sebagai pengguna ONEXOX, anda berpeluang menjana pendapatan pasif TANPA modal dalam program UGU. Selain menikmati kelajuan internet tanpa had, anda juga akan berpuas hati dengan segala data, minit panggilan dan SMS carry forward ke bulan berikutnya sekiranya tidak habis digunakan! Daftar sekarang sebagai pengguna Prepaid atau Black Onexox.
Dalam post kali ini, admin akan terangkan lebih detail panduan topup nombor ONEXOX. Kini sangat mudah. Terdapat banyak saluran untuk anda topup atau bayar bil Onexox Prepaid dan Onexox Black. Antara saluran-saluran berikut adalah:
Wakil Pengedar ONEXOX
7 Eleven
Semua Terminal e-Pay
Stesen minyak
MOL
MobilityOne
Paylink
Qiwi
Online Banking melalui selfcare XOX
Topup melalui Perbankan Online
Sekiranya anda membeli tiket tambah nilai dan anda akan menerima pin topup bernilai 16 digit, anda boleh merujuk panduan di bawah bagaimana untuk memasukkan pin topup nombor ONEXOX anda.
CARA TOPUP PIN menggunakan USSD CODE
Masukkan *321*16DIGITPIN# dan tekan button dail
Nak Redeem Internet Percuma? Klik gambar di bawah…
CARA TOPUP PIN menggunakan SMS
Taip sms REC PR 16.DIGIT.PIN dan hantar ke 22111
Cara topup menggunakan EASY MENU (USSD CODE)
1. Sila dail *150# .
2. Kemudian pilih nombor 2.
3. Untuk topup nombor sendiri, sila pilih nombor 1.
4. Jika anda ingin topup nombor Onexox yang lain, sila pilih nombor 2.
Cara topup Onexox melalui XOX Black App
Anda juga boleh download XOX Black App dari playstore. Melalui app ini, anda boleh terus topup atau bayar bil Onexox Black. KLIK DI SINI untuk muat turun applikasi Black XOX.
Dapatkan panduan login XOX Black App. KLIK DI SINI
Cara Topup atau Bayar Bil Online melalui XOX FAST
Cara topup ini adalah paling pantas. Untuk topup melalui XOX Fast. KLIK DI SINI
Video Panduan Top up XOX
Tonton video di bawah sebagai panduan topup nombor ONEXOX.
Daftar simkad Onexox Prepaid dan Onexox Black
Tahun 2021, Onexox menawarkan pelbagai lagi pakej dan plan menarik kepada setiap pengguna setia ONEXOX. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti internet terlalu perlahan, bayaran bil yang melambung tinggi dan tonton youtube sering tersangkut-sangkut, anda boleh bertukar ke plan ONEXOX.
Sebelum pihak kami jelaskan dengan lebih terperinci mengenai APN, anda boleh terus rujuk gambarajah di bawah untuk dapatkan cara setting APN simkad ONEXOX untuk peranti android dan juga apple.
Bagi pengguna ONEXOX, APN secara asasnya sudah tersedia daripada Celcom kerana ONEXOX adalah syarikat MVNO kepada Celcom. Dengan APN Celcom ini, pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet.
Namun begitu, ONEXOX juga turut meyediakan tetapan APN yang tersendiri. Sila rujuk gambar di bawah
Anda juga boleh buat tetapan APN secara manual sekiranya peranti android atau apple yang anda gunakan tidak dapat detect tetapan APN secara automatik.
Anda perlu edit APN sedia ada atau buat tetapan APN yang baru (Create new APN). Kemudian ‘Save’ dan aktifkan APN yang baru dibuat. Anda perlu restart telefon setelah mengubah tetapan APN.
1. APAKAH APN DAN FUNGSINYA?
Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet dan akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yang mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yang dimasukkan.
Tetapi ada peranti yang menggunakan firmware atau custom rom yang tiada database APN di mana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya ‘kosong’ di mana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.
Nota ; Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yang tersimpan untuk sambungan pelayan (server) telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.
2. KENAPA PERLU MEMBETULKAN APN?
Pernahkah anda tiba-tiba mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan ‘3G’ atau ‘H’. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yang dikenali sebagai APN.
3. BAGAIMANAKAH CARA NAK SETTING APN UNTUK SIMKAD ONEXOX?
Cara setting APN internet Onexox pada handphone.
1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names. 2. Klik di bawah dan pilih +New APN. 3. Setkan Name sebagai XOX. 4. Setkan APN sebagai XOX. 5. Klik di bawah dan pilih Save. 6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau. 7. Kemudian pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode. 8. Pilih WCDMA atau 3G only. 9. Restart semula handphone.
Berikut kami berikan beberapa setting APN untuk beberapa jenis smartphone yang ada di pasaran.
I-PHONE – Cara setting APN Onexox I-phone
ANDROID– Cara setting APN Onexox I-phone 1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names. 2. Klik dibawah dan pilih + New APN. 3. Setkan Name sebagai MY XOX atau ONEXOX 4. Setkan APN sebagai XOX. 5. Klik di bawah dan pilih Save. 6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau. 7. Untuk memantapkan kelajuan DATA, pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode. 8. Pilih antara network mode yang ada, pasti ada satu yg sesuai untuk anda. 9. Restart semula HP.
APN : XOX Internet mode: Http Username: none Password : none Authentication type : none Use Proxy: Yes IP Address Proxy : none Port No Proxy : 8080 Username Proxy : none Password Proxy : none MNC:19MCC:502
MODEL NINETOLOGY – Cara setting APN Onexox MODEL NINETOLOGY
APN…. setting >> More >> Mobile netowrks >> Access Point Names >> select your sim card >>press on the menu touch button >> new apn
Sila masukkan maklumat berikut : Name : XOX APN : XOX
kemudian save >> select >> reboot
MODEL BLACKBERRY – Cara setting APN Onexox BLACKBERRY
1. Masuk ke Option >> Advance Option >> TCP/IP 2. Pada bahagian “APN Settings Enabled” di check 3. Pada “APN:” isi dengan xox 4. “APN Authentication Enabled” JANGAN di check dan kosongkan saja “Username for APN” dan “Password for APN”
Kemudian OFF/ON telefon. Nota : ONEXOX tidak menawarkan perkhidmatan BIS.
ATAU sms SET dan hantar ke 20999. Service reply dengan internet configuration XOX dan CELCOM untuk Blackberry. *caj RM0.50 untuk satu sms
MODEL ASUS ZENPHONE – Cara setting APN Onexox ASUS ZENPHONE
1. Pull down the notification shade. 2. Select the button at the top right to be taken to the quick options menu. 3. Select Settings at the top right. 4. Select More. 5. Select Mobile Networks. 6. Select Access Point Names. 7. Tap the three dots at the bottom right and select New APN. 8. Name = xox 9. APN = xox 10 Others = Leave blank
MODEL OPPO – Cara setting APN Onexox Oppo Clover dan Oppo Find Mus
1. Select Settings 2. Go to Wireless & Network 3. Select APN 4. Select preferred sim card if dual 5. Select New APN 6. Name = xox 7. APN = xox 8. Save
MODEL OPPO 3G
1. Select Settings 2. Go to Wireless & Network 3. Enabled 3G = On 4. Data Enabled = On
MODEL LEVOVO – Cara setting APN Onexox Lenovo
Setting >> More >> Mobile netowrks >> Access Point Names >> select your sim card >>press on the menu touch button >> new apn
sila masukkan :
Name : XOX APN : xox dan SAVE
NOTA : Sekiranya anda menggunakan telefon pintar dual sim, anda haruslah memasukkan sim kad ONEXOX di slot sim 3G kerana perkhidmatan internet ONEXOX ialah 3G.
PERHATIAN: Untuk mendapatkan APN Setting bagi apa-apa model telefon, anda boleh terus menghubungi talian Customer Service 12273 or 1300-888-010. Panggilan talian customer service 12273 adalah percuma dari talian ONEXOX.
Rujukan : Cara Setting APN Simkad Onexox
2021, ONEXOX tampil dengan plan data buffet yang lebih OHSEM dan anda boleh hotspot kesemua data sehingga 100GB!!
Kebanyakan pengguna ONEXOX menjadikan handphone mereka sebagai MODEM dan hotspot data sepuas-puasnya. Anda boleh upgrade atau naik taraf plan prepaid atau plan Black sedia ada ke plan data buffet ONEXOX. Sangat JIMAT.
Dalam artikel kali ini, admin akan berikan sedikit panduan mudah bagaimana nak uji kelajuan internet telco atau lakukan XOX SPEED TEST dengan menggunakan 2 kaedah mudah iaitu:
uji kelajuan internet Onexox menggunakan applikasi SPEEDTEST
uji Onexox internet speed menggunakan app video youtube sahaja (paling basic)
Kaedah yang sama pengguna boleh guna untuk Speed Test Onexox Black.
Coverage Onexox
Sebelum kita buat ujian speed test, admin ada menerima beberapa soalan yang sama dari pengguna iaitu Onexox guna line apa?
Jadi, sebagai permulaan admin nak terangkan sedikit mengenai coverage yang digunakan oleh XOX mobile. Onexox menggunakan fasiliti dan coverage dari Celcom, syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia yang menawarkan rangkaian 4G LTE terbaik.
Hampir keseluruhan kawasan di Malaysia mendapat liputan atau coverage terluas dari Celcom. Jadi secara teorinya, di mana ada Celcom, di situ ada coverage Onexox.
Kaedah 1 : Applikasi Speed Test
Okay, sekarang anda boleh uji kelajuan internet Onexox menggunakan Applikasi Speed Test dari Ooka. Anda hanya perlu klik gambar di bawah.
Sebaik sahaja anda klik gambar di atas, anda akan terus diredirect ke server Onexox dan anda boleh lihat kelajuan internet XOX di kawasan anda. Semoga anda berpuas hati dengan coverage ONEXOX!
Kaedah 2: Applikasi Youtube
Kaedah ini paling asas dan mudah yang boleh anda lakukan.
Telefon anda mesti ada app YouTubekan? Okay, sila buka dan play mana-mana video yang anda suka. Kalau boleh, play video yang berdurasi lebih dari 10 minit. Lagi panjang durasi pun boleh.
Kemudian, lepas play, klik 3 titik bertindih kat bucu atas sebelah kanan. Tengok “Quality” yang dipilih secara AUTOMATIK oleh YouTube. Anda tengok je dan tak perlu tukar apa-apa. Kalau kurang dari 480p, internet anda agak lembap. Kalau 480p/720p/1080p, internet anda memang padu dan terbaik. Kesimpulannya, semakin besar angka tersebut, kekuatan internet anda semakin padu!
Tengok Angka Pada Menu Quality
Seterusnya anda anda boleh klik “back”. Sila perhatikan pula bar di bawah video (rujuk gambar di bawah). Bar tu menunjukkan setakat mana video dah play (warna merah), dan juga setakat mana video tu dah “load” (warna putih). Kalau warna putih jauh meninggalkan warna merah, ternyata internet anda power. Tapi kalau tak nampak bayang pun warna putih tu, video pun sangkut-sangkut, ternyata internet anda noob & lembap.
Tengok Garisan Merah dan Putih
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, selepas anda dah uji kelajuan internet Telco dan anda dapati internet anda noob & lembap, apa tindakan anda? Teruskan guna perkhidmatan telco tersebut atau teruskan bayar bil/topup untuk benda tak berkualiti? Atau anda jadi pengguna bijak dan tukar kepada telco yang lebih baik.
Anda boleh pilih untuk tukarkan telco yang lembap itu kepada ONEXOX. ONEXOX menawarkan pakej data yang berpatutan dan telus kepada setiap pengguna. Anda dapat menikmati pelan data dengan liputan yang meluas dan dapat layari internet dengan kelajuan tinggi.
ONEXOX PLAN
Sekiranya anda berminat melanggan simkad Onexox, anda boleh pilih mana-mana plan mengikut penggunaan dan bajet anda. Untuk daftar simkad Onexox, anda boleh klik button di bawah.