Categories
Panduan Pengedar Onexox Panduan Pengguna Onexox

Panduan MNP Onexox

Pengenalan

Berikut kami sediakan panduan MNP atau kekalkan nombor lama anda ke Onexox. Anda boleh pilih sama ada menggunakan Prepaid ataupun Black Onexox. Sebelum proses MNP dibuat, anda mesti memenuhi syarat-syarat di bawah:

 

Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID)
  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.
  2. Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  3. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.  Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
  4. Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya. PENTING : Pelanggan mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke Onexox. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.

 

Pelanggan Prabayar (PREPAID)
  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.
  2. Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  4. Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.

 

Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :

  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal.
  6. Email yang aktif.

Seterusnya, anda ikut sahaja 4 langkah mudah di bawah untuk kekalkan nombor anda ke ONEXOX.

LANGKAH 1 : Pilih daftar Onexox Prepaid atau Onexox Black
LANGKAH 2 : Masukkan nombor handphone (nombor yang anda ingin kekalkan)
LANGKAH 3 : Pilih salah satu pakej Welcome Deal (promosi untuk pengguna prepaid onexox)
LANGKAH 4 : Buat bayaran secara Online Banking

 

Kekalkan Nombor Anda ke Onexox. Daftar Sekarang!

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG PANDUAN MNP ONEXOX
SOALAN 1 : Saya ingin kekalkan nombor lama, boleh tak saya tukar ke Onexox dengan mengekalkan nombor lama?

Sudah tentu BOLEH. Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)

SOALAN 2 : Bolehkah talian postpaid ditukarkan ke talian prepaid Onexox?

Ya boleh.  Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum bertukar ke Onexox.

1. Langganan tersebut dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian semasa.
2. Tanpa sebarang tunggakan bil. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.
3. Tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
4. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar terlebih dahulu.

SOALAN 3 : Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk MNP?

Ianya bergantung kepada kelulusan Telco yang anda gunakan sekarang. Onexox hanya submit permohonan kepada Telco asal dan anda hanya perlu kelulusan dari Telco asal. SOP untuk proses MNP adalah 1 – 5 hari bekerja.

cara port in mnp onexox