Categories
Panduan Pengguna Onexox

Internet ONEXOX Tak Stabil

Ada beberapa sebab internet Onexox sesuatu kawasan tak stabil. Kebiasaannya, bila kawasan anda mempunyai rangkaian 4G tetapi lemah (lebih kurang 1 bar), smartphone akan ‘turunkan’ kualiti rangkaian kepada 3G dan kadang-kadang kualiti rangkaian dinaikkan semula kepada 4G bergantung kepada signal 4G dan 3G yang diterima oleh smartphone anda.

Apabila ini terjadi, kelajuan internet akan menjadi sangat perlahan, dan biasanya telco akan dimarahi oleh pelanggan kerana memberikan servis yang tidak memuaskan.

Ada caranya untuk membantu sedikit sebanyak rangkaian yang lemah. Admin berikan tips apa yang boleh anda lakukan untuk ‘boost’ dan stabilkan signal, supaya kelajuan internet anda juga secara tidak langsung menjadi stabil dan sebagai bonusnya ia menjadi laju. Caranya mudah sahaja.

  1. Setkan APN yang betul
  2. Setkan Network Mode (setkan kepada signal yang paling stabil di tempat anda)

Setting APN

Pastikan anda ikut setting APN seperti di bawah untuk simkad ONEXOX.

setting-apn-xox

Network Mode

Kaedah ini boleh digunakan jika di tempat anda mempunyai rangkaian 3G yang tidak stabil, atau hanya mempunyai rangkaian 3G sahaja atau mempunyai rangkaian 4G yang sangat lemah. Caranya ialah anda hanya perlu setkan network mode kepada WCDMA only. Sebaik sahaja anda ubah setting, sila restart smartphone. Rujuk rajah di bawah.

Internet-ONEXOX-Tak-Stabil

Keputusan Ujian Sebelum Setting Network Mode Ditukar.

Internet-ONEXOX-Tak-Stabil
Speedtest Coverage 4G Yang Tidak Stabil

Keputusan Ujian Speedtest Selepas Setting Network Mode Ditukar Kepada 3G (WCDMA only)

Internet-ONEXOX-Tak-Stabil
Speedtest Coverage 4G Yang Tidak Stabil
https://www.facebook.com/subdealeronexox
Dapatkan Info Lanjut dan Like Kami di Facebook