Categories
Panduan Pengguna Onexox

Uji Kelajuan Internet Telco

PENGENALAN

Dalam artikel kali ini, admin akan berikan sedikit panduan mudah bagaimana nak uji kelajuan internet telco atau lakukan XOX SPEED TEST dengan menggunakan 2 kaedah mudah iaitu:

  • uji kelajuan internet Onexox menggunakan applikasi SPEEDTEST
  • uji Onexox internet speed menggunakan app video youtube sahaja (paling basic)

Kaedah yang sama pengguna boleh guna untuk Speed Test Onexox Black.

Coverage Onexox

Sebelum kita buat ujian speed test, admin ada menerima beberapa soalan yang sama dari pengguna iaitu Onexox guna line apa?

Jadi, sebagai permulaan admin nak terangkan sedikit mengenai coverage yang digunakan oleh XOX mobile. Onexox menggunakan fasiliti dan coverage dari Celcom, syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia yang menawarkan rangkaian 4G LTE terbaik.

Hampir keseluruhan kawasan di Malaysia mendapat liputan atau coverage terluas dari Celcom. Jadi secara teorinya, di mana ada Celcom, di situ ada coverage Onexox.

Kaedah 1 : Applikasi Speed Test

Okay, sekarang anda boleh uji kelajuan internet Onexox menggunakan Applikasi Speed Test dari Ooka. Anda hanya perlu klik gambar di bawah.

XOX SPEED TEST

Sebaik sahaja anda klik gambar di atas, anda akan terus diredirect ke server Onexox dan anda boleh lihat kelajuan internet XOX di kawasan anda. Semoga anda berpuas hati dengan coverage ONEXOX!

Kaedah 2: Applikasi Youtube

Kaedah ini paling asas dan mudah yang boleh anda lakukan.

Telefon anda mesti ada app YouTubekan? Okay, sila buka dan play mana-mana video yang anda suka. Kalau boleh, play video yang berdurasi lebih dari 10 minit. Lagi panjang durasi pun boleh.

Kemudian, lepas play, klik 3 titik bertindih kat bucu atas sebelah kanan. Tengok “Quality” yang dipilih secara AUTOMATIK oleh YouTube. Anda tengok je dan tak perlu tukar apa-apa. Kalau kurang dari 480p, internet anda agak lembap. Kalau 480p/720p/1080p, internet anda memang padu dan terbaik. Kesimpulannya, semakin besar angka tersebut, kekuatan internet anda semakin padu!

Uji Kelajuan Internet Telco Anda
Tengok Angka Pada Menu Quality

Seterusnya anda anda boleh klik “back”. Sila perhatikan pula bar di bawah video (rujuk gambar di bawah). Bar tu menunjukkan setakat mana video dah play (warna merah), dan juga setakat mana video tu dah “load” (warna putih). Kalau warna putih jauh meninggalkan warna merah, ternyata internet anda power. Tapi kalau tak nampak bayang pun warna putih tu, video pun sangkut-sangkut, ternyata internet anda noob & lembap.

Uji Kelajuan Internet Telco Anda
Tengok Garisan Merah dan Putih

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, selepas anda dah uji kelajuan internet Telco dan anda dapati internet anda noob & lembap, apa tindakan anda? Teruskan guna perkhidmatan telco tersebut atau teruskan bayar bil/topup untuk benda tak berkualiti? Atau anda jadi pengguna bijak dan tukar kepada telco yang lebih baik.

Anda boleh pilih untuk tukarkan telco yang lembap itu kepada ONEXOX. ONEXOX menawarkan pakej data yang berpatutan dan telus kepada setiap pengguna. Anda dapat menikmati pelan data dengan liputan yang meluas dan dapat layari internet dengan kelajuan tinggi.

ONEXOX PLAN

Sekiranya anda berminat melanggan simkad Onexox, anda boleh pilih mana-mana plan mengikut penggunaan dan bajet anda. Untuk daftar simkad Onexox, anda boleh klik button di bawah.