Categories
Blog

CAJ TAHUNAN PENGEDAR ONEXOX

[PERINGATAN] Caj Tahunan Pengedar Onexox. Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera kepada semua pengedar ONE XOX sekalian.

Bermula Mac 2023, mana-mana pengedar (kecuali Basic Dealer) yang tidak mencapai KPI minimum setahun (iaitu 24 pengaktifan ATAU jualan Erecharge RM6,000 dalam setahun), akaun pengedar tersebut akan ditamatkan serta-merta. Pengedar boleh membuat semakan jumlah kiraan KPI tahunan melalui ONESYS dan klik pada menu KPI.

Bagi akaun pengedar yang telah ditamatkan pada Mac 2023, anda masih mempunyai tempoh masa 30 hari untuk membayar caj tahunan RM225 bagi mengaktifkan semula akaun pengedar ONEXOX. Sehubungan dengan itu, dealer atau pengedar ONE XOX yang tidak mencapai KPI minimum setahun digalakkan untuk membayar caj tahunan lebih awal sebelum akaun pengedar ditamatkan pada Mac 2023.

Kaedah Bayaran Caj Tahunan Pengedar ONEXOX

Berikut merupakan mekanisme yang boleh dibuat untuk membayar caj tahunan RM225 :

  1. Melalui Email
    • Emailkan permohonan ke DMT@onexox.my
    • Proses 3 hari waktu bekerja
  2. Melalui Onesys (PIN 225)
    • Perbaharui Caj tahunan melalui Pin 225 di Onesys. Klik Dealer Kits > Dealership > Annual Subscription
    • Pin boleh didapati melalui AD/MD
    • Bagi pengedar berstatus Aktif sahaja.

Namun diingatkan, bagi menerima insentif bulanan, pengedar masih perlu mencapai KPI bulanan yang ditetapkan. Klik DI SINI untuk dapatkan info KPI bulanan XOX.

LIKE KAMI DI FACEBOOK UNTUK DAPATKAN INFO DAN PROMOSI TERKINI DARI ONEXOX

Categories
Blog Kempen

KEMPEN CHANGE OF BUSINESS PLAN (COBP) ONEXOX

Kempen Change of Business Plan (COBP) ONEXOX ~ Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pengguna simkad prepaid ONEXOX. Kami sangat gembira untuk mengumumkan pelancaran kempen Change of Business Plan (COBP)! Sehubungan dengan itu, bermula dari 17 Ogos 2021 sehingga 16 November 2021, semua pengguna prepaid ONEXOX dijemput untuk naiktaraf atau upgrade plan prepaid ke plan ONEXOX BLACK dan menikmati pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai pengguna BLACK.

Apa Yang Istimewanya COBP Ini?

Objektif utamanya adalah untuk mendorong pelanggan prabayar XOX untuk menaik taraf ke Pelan BLACK melalui Aplikasi BLACK dan pelanggan yang upgrade melalui applikasi BLACK akan menikmati promo diskaun khas BLACK Market RM10 dengan hanya RM1 melalui kempen Change Of Business Plan (COBP).

Selain itu, pengguna yang menaik taraf plan juga akan menikmati 5 lagi tawaran menarik bulanan yang hadir secara eksklusif di BLACK App.

Beberapa Fakta Menarik Kempen COBP

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai Kempen Change of Business Plan (COBP) Onexox ini

✓ Kempen akan dijalankan dari 17 Ogos 2021 – 16 November 2021.

✓ Peserta layak membeli “monthly one-time-deal” selama 6 bulan.

✓ Hanya layak melalui Aplikasi BLACK dan melalui kaedah pembayaran Kad Kredit atau Perbankan Dalam Talian sahaja.

Sebelum anda upgrade ke pelan ONEXOX BLACK melalui cara COBP (Change Of Business Plan), sila pastikan akaun ONEXOX Prepaid anda berstatus “ACTIVE”.

Semak status akaun anda melalui *150*1#

Pastikan juga tiada data aktif kerana data yang telah diaktifkan tidak boleh dibawa ke akaun ONEXOX BLACK. Data aktif akan hangus setelah proses upgrade berjaya.

Beberapa Tips Penting Sebelum Anda Upgrade ke Plan ONEXOX BLACK

Item yang Akan Dibawa ke akaun ONEXOX BLACK

Selepas upgrade kesemua item di bawah akan carry forward ke akaun ONEXOX BLACK

✓ Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS

✓ Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS

✓ SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS

✓ Kredit yang belum digunakan

Item Yang Tidak Akan Dibawa ke Akaun ONEXOX BLACK

Kesemua item di bawah tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK

✘ Data yang telah diaktifkan

✘ Tempoh sah

✘ SMS percuma

NOTA

  • Kempen terbuka kepada semua pengguna ONEXOX Prepaid bermula dari 17 Ogos 2021 hingga 16 November 2021! Jom sertai kempen hari ini juga.
  • Kempen ini tertakluk terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk baca terma dan syarat kempen, anda boleh KLIK DI SINI

Like kami di Facebook untuk dapatkan info update dan promosi terkini dari ONEXOX!

Categories
Blog Kempen

KEMPEN MERDEKA GIVEWAY ONEXOX

Kempen Merdeka Giveway Onexox ~ Assalamualaikum wbr dan Salam hormat kepada semua rakyat malaysia dan pengguna simkad ONEXOX yang dicintai. Bulan kemerdekaan muncul lagi di tahun 2021. Ayuh kita rakyat Malaysia bersama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara yang telah dicapai sejak sekian lama. Alhamdulillah kita terus hidup dengan aman damai dan sentiasa menghormati hak dan keistimewaan setiap bangsa di negara ini.

Sebagai merayakan bulan kemerdekaan pada tahun ini, ONEXOX melancarkan Kempen Merdeka Giveway untuk semua pengguna ONEXOX PREPAID dan ONEXOX BLACK. Kempen ini bermula dari 16 Ogos 2021 sehingga 19 September 2021!

Apa yang menariknya Kempen ini?

Jeng.. Jeng… Jeng….

Ini yang kami ingin beritahu anda semua. Oh ya, melalui dengan menyertai kempen Merdeka Giveaway pengguna berpeluang menangi wang tunai bernilai RM200! Jadi 100 pemenang bertuah.

Bagaimana Nak Sertai Kempen Merdeka Giveway ONEXOX Ini?

Mudah sahaja. Untuk sertai kempen ini, anda hanya perlu melakukan perkara berikut. Anda perlu membuat salah satu transaksi di bawah iaitu :

  1. Bayar bil atau top up RM30 ke atas (terkumpul/pembayaran sekali) – 1 penyertaan.
  2. Beli tawaran Welcome Deal setelah mengaktifkan talian ONEXOX Prepaid (Pendaftaran baru/MNP) – 3 penyertaan.

Kempen terbuka kepada semua pengguna ONEXOX Prepaid dan ONEXOX BLACK bermula dari 16 Ogos 2021 hingga 19 September 2021! Jom sertai kempen hari ini juga.

Nota

  • Pelan ESP30 tidak termasuk dalam kempen ini.
  • Kempen ini tertakluk terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk baca terma dan syarat kempen, anda boleh KLIK DI SINI

Beli Simkad Onexox

Anda boleh pilih sama ada menggunakan Onexox Prepaid atau Onexox Black. Kedua-dua plan mempunyai kelebihan yang luar biasa!

Onexox Prepaid

kempen merdeka giveway onexox

Untuk daftar simkad Prepaid XOX, anda hanya klik button di bawah. Anda boleh pilih untuk guna nombor baru atau kekalkan nombor lama anda. Dengan melanggan pakej welcome deal ONEXOX, anda akan dapat validity 28 bulan!

Onexox Black

Kempen Merdeka Giveway Onexox

Untuk daftar simkad ONEXOX BLACK, anda hanya klik button di bawah. Anda boleh pilih untuk guna nombor baru atau kekalkan nombor lama anda.

Like kami di Facebook untuk dapatkan info update dan promosi terkini dari ONEXOX!

ONEXOX #XOXMalaysia #OutThereWeAreOne #ONEXOXBantu #Staysafe #Stayathome #OnexoxCares #KitaJagaKita #MenangBersama #JaringanPrihatin #LindungDiriLindungSemua #kempenbenderaputih #MalaysiaBoleh #MerdekaGiveaway #Giveaway

Categories
Blog Kempen

PROGRAM JOMBANTU PELAJAR BERSAMA ONEXOX

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat, sukacita dimaklumkan bahawa satu program CSR yang diberi nama JOMBANTU telah dilancarkan bermula pada hari ini 11 Ogos 2021. JOMBANTU adalah satu program CSR yang diinisiatifkan bersama oleh XOX BERHAD dan ONEXOX SDN BHD bersama pengedar terpilih dan pengguna berdaftar bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan data untuk sesi pembelajaran dari rumah (PDPR).

Program ini terbuka kepada semua pengguna simkad ONEXOX dan XOX. Jom bersama kita hulurkan sumbangan di dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan demi meneruskan pembelajaran mereka.

Ayuh sertai JOMBANTU dan sumbangkan DATA anda menerusi ussd *150# atau Applikasi BLACK. Sumbangan kecil anda amat besar nilainya kepada mereka. Jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda!

Cara Sumbangan Program Jombantu Menggunakan Menu *150#

Program Jombantu Pelajar bersama ONEXOX

Untuk menyumbang data menggunakan ussd menu, anda perlu ikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Dail *150#
  2. Pilih nombor 8 ( JomBantu)
  3. Pilih nombor 2 (Donate data)
  4. Kemudian, pilih nombor 1 atau nombor 2.
    • Nombor 1 – sumbangan data secara one-off
    • Nombor 2 – sumbangan data setiap bulan
  5. Seterusnya, masukkan jumlah data yang anda ingin disumbangkan. Minimum data sumbangan adalah 0.1 Gb dan maksimum data untuk sumbangan adalah 10 Gb.
  6. Klik hantar dan tanggungjwab murni anda telah selesai.

Cara Sumbangan Program Jombantu Menggunakan Applikasi XOX Black

Untuk membuat sumbangan data melalui applikasi onexox Black adalah sangat mudah. Anda hanya perlu klik icon JOMBANTU seperti gambar di bawah dan ikut sahaja arahan yang diberikan.

Program Jombantu Pelajar bersama ONEXOX

Pihak ONEXOX mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kesemua pengguna Onexox yang sudi memberi sumbangan data kepada setiap pelajar yang memerlukan untuk PDPR melalui program jombantu bersama ONEXOX. Semoga Allah membalas jasa dan keikhlasan anda.

Program Jombantu Pelajar bersama ONEXOX

Daftar Pengguna Onexox Hari Ini Juga

Anda ingin jadi pengguna simkad jimat Onexox? Anda boleh klik button di bawah untuk beli simkad Onexox. Tak perlu beli di kedai, pihak kami akan uruskan penghantaran sampai ke rumah anda. Percuma kos penghantaran.

Like kami di FB untuk dapatkan info dan promosi terkini dari ONEXOX

Categories
Blog

Latarbelakang dan Sejarah XOX

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pengunjung. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan latarbelakang dan sejarah penubuhan syarikat XOX dan ONEXOX. Semoga info ini dapat membantu semua pengguna lebih mengenali XOX dan ONEXOX.

Matlamat Penubuhan Syarikat

Antara misi dan matlamat XOX ditubuhkan adalah untuk memperoleh 1 billion pelanggan di seluruh dunia dalam tempoh 10 tahun. Jadual di bawah menunjukkan info latarbelakang dan sejarah XOX.

TahunPenerangan
2005XOX ditubuhkan pada tahun 2005 untuk menjadi model perniagaan ‘Mobile Virtye Network Operator’ (MVNO).
2008XOX telah menandatangani perjanjian perkongsian bersama Celcom untuk menggunakan infrastruktur mudah alih Celcom untuk menjalankan perniagaan.

XOX dianugerahkan lesen individu ‘Network Service Provider (NSP) pada tahun 2008 yang membolehkan XOX melancarkan perkhidmatan MVNOnya.
2011Pada Julai 2011, XOX mencatat sejarah sebagai MVNO pertama yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebagai XOX Bhd (0165)
2014ONEXOX Sdn Bhd menjadi anak syarikat kepada XOX Berhad dan ONEXOX mula memasarkan segmen prepaid pada masa ini.

Dengan tempoh sah kredit terpanjang di Malaysia, ONEXOX semakin mendapat perhatian dari setiap pengguna prepaid di Malaysia.
2019Tahun 2019, XOX telah mencapai 2.5 juta pelanggan berdaftar di seluruh Malaysia

Pengiktirafan Shari’ah

Pada 9 September 2016, syarikat ONEXOX telah menerima Sijil Patuh Shari’ah. Sijil ini diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOX. Sijil ini memastikan tiada unsur-unsur penindasan dan gharar (ketidakjelasan/misleading). Sijil ini menunjukkan ketelusan ONEXOX dalam menjalankan perniagaan. Semua pengedar ONEXOX harus berusaha dalam menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang tulus. KLIK DI SINI untuk lihat PENILAIAN KEPATUHAN SHARIAH.

Sijil KPDNHEP

Syarikat XOX BHD dan ONEXOX SDN BHD juga diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Sebagai kesimpulannya kepentingan pengguna adalah terjamin.

Latarbelakang dan Sejarah XOX

Dapatkan simkad ONEXOX Prepaid dan Black hari ini.

Latarbelakang dan sejarah xox

Banyak plan menarik dan anda akan dapat penjimatan maksimum menggunakan simkad ONEXOX

Nota

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami bila-bila masa.

ONEXOX #XOXMalaysia #OutThereWeAreOne #ONEXOXBantu #Staysafe #Stayathome #OnexoxCares #KitaJagaKita #MenangBersama #JaringanPrihatin #LindungDiriLindungSemua

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.

Categories
Blog

ONEXOX Syarikat Telekomunikasi Patuh Syariah

Tahukah anda simkad ONEXOX merupakan produk MUSLIM. Paling menarik syarikat ONEXOX adalah syarikat telco pertama di MALAYSIA yang mempunyai PANEL SYARIAH. Terbukti ONEXOX Patuh Syariah. Pengiktirafan Patuh Syariah ini adalah satu langkah yang diambil syarikat ONEXOX untuk memastikan plan perkhidmatan ONEXOX berlandaskan tuntutan syariah. Untuk memenuhi kriteria patuh syariah, plan ONEXOX tidak mengamalkan sebarang bentuk penindasan seperti caj-caj tersembunyi, caj berlebihan dan sebagainya.

Siapakah CEO ONEXOX?

CEO-ONEXOX-PATUH-SYARIAH
CEO Syarikat Telekomunikasi MVNO ONEXOX,
En. Bobie Farid Bin Shamsuddin

Profil Syarikat

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. Ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

ONEXOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Di samping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi ‘sebenar’ mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar. Anda boleh klik button di bawah untuk lihat pelan pemasaran sebagai seorang pengedar simkad ONEXOX.

OBJEKTIF

  1. Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
  2. Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
  3. Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
  4. Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat setempat melalui program insentif pengedar.
  5. Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar dengan matlamat kerajaan.

Antara kriteria yang paling menarik, ONEXOX menyediakan perkhidmatan DATA INTERNET UNLIMITED SPEED (tiada sekatan kelajuan), carry forward dan panggilan tanpa had untuk beberapa pakej BLACK ONEXOX. Selain itu juga ONEXOX menawarkan tempoh sah kredit paling panjang di Malaysia untuk pengguna prepaid.

ONEXOX telah mencipta INOVASI TERKINI untuk plan PRABAYAR dan PASCA BAYAR di Malaysia. Ayuh sokong produk Muslim. ONEXOX Patuh Syariah!!

Categories
Blog Panduan Pengguna Onexox

Panduan Topup Onexox

Panduan Topup Nombor ONEXOX

Dalam post kali ini, admin akan terangkan lebih detail panduan topup nombor ONEXOX. Kini sangat mudah. Anda boleh tambah nilai nombor ONEXOX melalui website ini. KLIK DI SINI untuk topup nombor Onexox. Selain itu, terdapat banyak saluran untuk anda topup atau bayar bil Onexox Prepaid dan Onexox Black. Antara saluran-saluran berikut adalah:

  1. Wakil Pengedar ONEXOX
  2. 7 Eleven
  3. Semua Terminal e-Pay
  4. Stesen minyak
  5. MOL
  6. MobilityOne
  7. Paylink
  8. Qiwi
  9. Online Banking melalui selfcare XOX
  10. Topup melalui Perbankan Online

Panduan Topup Onexox

Sekiranya anda membeli tiket tambah nilai dan anda akan menerima pin topup bernilai 16 digit, anda boleh merujuk panduan di bawah bagaimana untuk memasukkan pin topup nombor ONEXOX anda.

CARA TOPUP PIN menggunakan USSD CODE

Masukkan *321*16DIGITPIN# dan tekan button dail

Nak Redeem Internet Percuma? Klik gambar di bawah…

internet-percuma-xox

CARA TOPUP PIN menggunakan SMS

Taip sms REC PR 16.DIGIT.PIN dan hantar ke 22111

Cara topup menggunakan EASY MENU (USSD CODE)

1. Sila dail *150# .

2. Kemudian pilih nombor 2.

3. Untuk topup nombor sendiri, sila pilih nombor 1.

4. Jika anda ingin topup nombor Onexox yang lain, sila pilih nombor 2.

Cara topup Onexox melalui XOX Black App

Anda juga boleh download XOX Black App dari playstore. Melalui app ini, anda boleh terus topup atau bayar bil Onexox Black. KLIK DI SINI untuk muat turun applikasi Black XOX.

Dapatkan panduan login XOX Black App. KLIK DI SINI

Cara Topup atau Bayar Bil Online melalui XOX FAST

Cara topup ini adalah paling pantas. Untuk topup melalui XOX Fast. KLIK DI SINI

Video Panduan Top up XOX

Tonton video di bawah sebagai panduan topup nombor ONEXOX.

Daftar simkad Onexox Prepaid dan Onexox Black

Tahun 2021, Onexox menawarkan pelbagai lagi pakej dan plan menarik kepada setiap pengguna setia ONEXOX. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti internet terlalu perlahan, bayaran bil yang melambung tinggi dan tonton youtube sering tersangkut-sangkut, anda boleh bertukar ke plan ONEXOX.

Like kami di Facebook untuk dapatkan info update dan promosi terkini dari ONEXOX!

Categories
Blog Pendapatan Pasif User Get User

Kelebihan Program User Get User

Apakah Maksud Program User Get User yang ditawarkan oleh Onexox?

User Telco Onexox sangat BERTUAH kerana dengan mendaftar simkad XOX yang berharga RM10, mereka boleh jana income pasif dengan mudah hanya menggunakan handphone sahaja. Rugi sangat kalau lepaskan peluang buat income tepi dengan cara yg sangat mudah ini. Bagaimana caranya? Apakah kelebihan program user get user? Apa yang LEBIH MENARIK melalui program User Get User (UGU), jika anda SYORKAN pada rakan anda guna prepaid ONEXOX, anda akan diberi komisyen 5% dari jumlah topup atau tambah nilai handphone mereka. Tidak kira di mana saja mereka topup, anda akan tetap dapat komisyen. Hebatkan? Pembayaran komisyen akan dilakukan setiap 15 haribulan.

Melalui program user get user, anda hanya rekemen lain-lain pengguna menggunakan talian Onexox dan anda

  • Tak perlu ada komitmen bulanan
  • Tak perlu ada KPI untuk melayakkan anda terima insentif user get user.
  • Anda hanya terima duit shj setiap bulan.

Anda cuma rekemankan saja, segala urusan pengaktifan, pendaftaran dan juga pengeposan adalah dealer anda yang uruskan. Sangat mudah tanpa perlu keluar modal dan pening kepala. Cuba anda bayangkan, jika rakan anda menggunakan simkad tersebut selama 10 – 15 tahun, selama itulah anda akan menerima pembayaran komisyen setiap bulan. Ini yang dikatakan pendapatan TANPA BATASAN melalui program User Get User!  Bonus akan dibayar pada 16hb berikutnya, dan jika bonus bawah RM50 akan dibayar melalui akaun topup dan jika melebihi RM50, akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda!

 

Okay, siapakah yang layak menyertai program UGU?

  1. Program ini terbuka kepada semua pelanggan ONEXOX sahaja.
  2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
  3. Pelanggan layak mendapat 5% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
  4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
  5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana DEALER/Agena yang sah untuk mendaftar dan langgan langganan.
  6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika dealer mendaftarkan langganan kenalannya.

 

Apakah KELEBIHAN Program User Get User?

Banyak kelebihan yang anda dapat dalam program UGU ini. Antaranya adalah

  1. 5% ganjaran ke atas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh  ONEXOX Sdn. Bhd. sahaja.
  2. Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan.
  3. Ganjaran terkumpul (RM1 dan ke atas sahaja) pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya diantara 16-20 haribulan (hari bekerja).
  4. Jumlah ganjaran dibawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.
  5. Jumlah ganjaran RM50 dan keatas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih.
  6. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
  7. Melalui program UGU ini, silap-silap kos panggilan, Internet dan SMS anda menjadi percuma seumur hidup!

Jom pihak kami tunjukkan kiraan ringkas bagaimana anda boleh buat duit mudah melalui program UGU ini.

Sebagai contoh anda membawa 20 rakan anda menjadi pengguna ONEXOX dan setiap seorang akan topup RM100 sebulan. Maka, dalam sebulan 20 rakan X RM100 = RM2000. Dan insentif anda adalah 5% daripada RM2000 = RM100! Semakin ramai anda rekemen orang guna simkad Onexox, income anda menjadi semakin tinggi.

Sebelum anda buat income mudah dalam program UGU, anda kena jadi pengguna simkad Onexox terlebih dulu. Untuk daftar simkad, anda boleh klik button di bawah. Harga simkad cuma RM10 sahaja. Tiada caj penghantaran dikenakan. Daftar sekarang dan buat duit dengan simkad ONEXOX.

Beli Simkad

Like kami di FB

Hak Cipta Terpelihara XoxPrepaidPlan.com

Categories
Blog Kempen

Redeem atau Tebus Loyalti Point XOX

Cara Redeem atau Tebus Loyalti Point XOX by admin Onexox

Onexox baru sahaja melancarkan kempen terbaru iaitu ‘Get Rewarded Campaign’ pada 10 November 2020. Dalam kempen ini, semua pelanggan Onexox boleh redeem atau tebus mata ganjaran (loyalti point XOX) dengan data sehingga 5GB. Sebelum ini, loyalti point hanya boleh ditebus dengan sms sahaja. Jadi rebutlah peluang yang sedia ada sempena ‘Get Reward Campaign’ dan tebus data dengan mata ganjaran yang telah anda kumpul selama ini.

Tempoh kempen ini bermula pada 10 November 2020 dan berakhir 31 Disember 2020. Sah untuk langganan data Mingguan & Bulanan melalui AIRTIME sahaja! *Tertakluk pada T&S maksud lyt xox

Cara Redeem atau Tebus Loyalti Point XOX

Anda boleh tebus mata ganjaran melalui mana-mana saluran di bawah :

  1. melalui SMS ke 23388 atau 22111
  2. melalui USSD *150#
  3. melalui BLACK App : http://www.xoxprepaidplan.com/appblack
  4. melalui Selfcare : http://www.xoxprepaidplan.com/selfcare

Soal jawab Get Reward Campaign

  1. Siapa yang layak untuk menyertai kempen ini?
    Semua pelanggan prabayar ONEXOX dan Nusantara Mobile yang mengaktifkan langganan data (Plan FAT mingguan / bulanan / XTRA Fat Plan) melalui airtime semasa tempoh kempen.

2. Bilakah tempoh kempen? mata ganjaran onexox
Tempoh kempen bermula 10 November 2020 dan berakhir 31 Disember 2020.

3. Bagaimana ia berfungsi?
• Pelanggan prabayar ONEXOX atau Nusantara Mobile mesti melanggan plan Data FAT Mingguan / Bulanan / XTRA Fat Plan melalui airtime semasa Tempoh Kempen.
• Pelanggan yang layak akan dapat menebus pakej Tambahan Data dengan menggunakan loyalti point mereka melalui Saluran Penebusan yang dipilih*, apabila langganan data berjaya dibuat (mingguan / bulanan / XTRA Fat Plan melalui data airtime) selama tempoh kempen.
• Setelah pelanggan berjaya menebus, loyalty point akan dipotong. (Sila rujuk Jadual), dan Data Tambahan yang ditebus akan dikreditkan ke dalam kitaran data aktif yang ada.

Data Add-On Packages (For PREPAID Only) Loyalty Points Needed for Redemption Redemption Code Via SMS
100MB 300 LYT D100
500MB 1,000 LYT D500
1GB 1,500 LYT D1GB
5GB 5,000 LYT D5GB

Loyalty Points VS Redemption Of Data Add-On Packages Denomination

Nota:
Hanya langganan data FAT Mingguan / Bulanan / XTRA Fat Plan melalui airtime sahaja selama tempoh kempen yang layak menggunakan loyalti points untuk menebus pakej Tambahan Data
* Saluran Penebusan: SMS (23388/22111), USSD, BLACKAPP, SELFCARE loyalty point xox

4. Bolehkah saya memindahkan tambahan data yang ditebus?
Pakej data tambahan yang ditebus tidak boleh dipindah milik. xox loyalty point redeem

5. Bolehkah data tambahan yang ditebus dibawa ke hadapan (carry forward)?
Pakej data tambahan yang telah ditebus tidak bole dibawa ke hadapan. Data tambahan tersebut akan dikreditkan ke dalam kitaran data aktif pelanggan yang ada. onexox loyalty point

6. Bolehkah saya menebus data tambahan dengan loyalti points sekiranya saya melanggan data Harian(Daily) semasa tempoh kempen? What is lyt in XOX?
Langganan data harian tidak layak untuk kempen ini. Hanya langganan data FAT Mingguan / Bulanan / XTRA Fat Plan melalui airtime yang layak untuk kempen ini.

7. Bolehkah saya menebus data tambahan dengan loyalti points jika saya melanggan langganan Data Mingguan dan Bulanan melalui Season Pass?
Langganan Data Mingguan dan Bulanan melalui Season Pass tidak layak untuk kempen ini. Hanya langganan data FAT Mingguan / Bulanan / XTRA melalui airtime yang layak untuk kempen ini. lyt xox

Cara tebus data percuma xox

Anda belum guna simkad prepaid Onexox? Daftar sekarang dan kumpul mata ganjaran (loyalti points) sebanyak mungkin untuk tebus data sehingga 5 GB. Anda boleh klik button di bawah untuk daftar sebagai pengguna prepaid Onexox. Pihak kami akan uruskan penghantaran sehingga ke rumah anda dan tiada caj penghantaran yang dikenakan.

Beli Simkad

Like kami di FB

Categories
Blog Prepaid ONEXOX

ONEXOX TEMPOH SAH 28 BULAN

Onexox Prepaid berikan anda tempoh sah sehingga 28 bulan. Anda inginkan simkad prepaid yang kekal aktif 2 tahun 4 bulan walaupun tidak topup? Jawapannya, anda boleh dapatkan simkad ONEXOX PREPAID! Anda boleh guna nombor baru atau kekalkan nombor lama. Sekiranya anda sedang menggunakan talian pasca bayar (bil bulanan) dari lain-lain telco dan anda ingin tukar ke ONEXOX PREPAID, kami boleh uruskan. Mudah sahaja!

Kenapa Telco Lain Tak Berikan Tempoh Aktif Simkad Yang Panjang?

Telco lain berebut-rebut bagi unlimited call dan unlimited data. Tetapi telco tersebut tak berani nak berikan peluang ‘Tempoh Sah’ yang panjang untuk pengguna habiskan data atau call yang ‘unlimited’ tu. Mengapa telco lain tak berikan tempoh sah yang panjang?

Telco lain tak berani lakukan apa yang ONEXOX buat. Kenapa? Jawapannya sebab kewajipan topup setiap bulan adalah ‘Lubuk Duit’ bagi mereka. Pengguna terpaksa topup selalu untuk gunakan data dan call yang unlimited tersebut.

SENARIO..

Anda pernah makan Buffet Ramadhan bayar RM100 untuk makan ‘Unlimited’ tapi rupanya bila kira balik tak sampai RM50 pun yang anda makan? Kisah ni sama macam offer unlimited dalam industri telco ni.

APA YANG ONEXOX BERI?

Sebagai contoh ONEXOX tawarkan anda bayar RMXX dan anda boleh makan selagi tak habis. Esok boleh datang lagi makan. Lusa boleh datang lagi. Selagi tak habis, makanlah apa yang anda dah bayar tu. Ehh.. kalau masih tak habis boleh kongsi dengan kawan tak? Ya boleh jer. Anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda. Yang penting apa yang anda bayar, anda boleh habiskan. Ini yang dikatakan semua minit panggilan, SMS dan data carry forward ke bulan depan sekiranya tidak habis digunakan. Perniagaan simkad di ONEXOX adalah berlandaskan kepatuhan syariah. Tidak ada penindasan! Anda boleh rujuk fasal kepatuhan syariah di sini.

Semoga pembacaan anda bermanfaat. Kami di ONEXOX sentiasa membantu anda untuk berjimat. Jom tukar simkad anda ke ONEXOX PREPAID. Topup sekali masa pendaftaran dan beli pakej Welcome Deal untuk dapatkan tempoh sah sehingga 28 bulan.

  1. Boleh beri anak-anak sekolah guna
  2. Boleh bagi mak ayah kat kampung guna
  3. Nak buat simkad kedua untuk backup pun boleh jika talian utama anda bermasalah

Kelebihan ONEXOX PREPAID

  1. Kredit, data, minit panggilan dan SMS boleh simpan sehingga 28 bulan.
  2. Semua data, minit panggilan dan sms dalam season pass juga boleh dikongsi dengan pengguna Onexox yang lain.

Bagaimana Nak Langgan ONEXOX PREPAID?

Mudah sahaja. Untuk tempahan dan langganan, klik button di bawah. Percuma kos penghantaran. Pihak kami serap kos penghantaran simkad ke rumah anda.

Beli Simkad

Jangan lupa LIKE FB kami di Facebook untuk dapatkan info dan promosi terkini dari Onexox