Categories
Prepaid Xox

ONEXOX PREPAID PLAN

Home » Prepaid Xox » ONEXOX PREPAID PLAN

 

PENGENALAN ONEXOX PREPAID PLAN

Onexox Prepaid adalah plan prabayar Onexox yang sangat jimat dan mempunyai tempoh sah kredit yang terpanjang di Malaysia. Simkad Onexox juga mempunyai kelajuan data 4G yang pantas dan liputan yang terluas di Malaysia.

KELEBIHAN

Validity atau Tempoh Sah Kredit 28 Bulan

Onexox Prepaid Plan

Kelebihan utama simkad Onexox Prepaid adalah tempoh sah kredit yang panjang sehingga 2 tahun 4 bulan. Selagi belum sampai tarikh tamat tempoh, nombor telefon anda akan kekal aktif dan anda boleh gunakan kredit tersebut dengan sepenuhnya tanpa ‘dipaksa’ topup setiap bulan hanya untuk kekal aktif seperti lain-lain telco. Simkad prepaid Onexox ini amat sesuai untuk pengguna yang inginkan penjimatan dan pengguna yang jarang melakukan topup!

Internet Berkelajuan Tinggi dan Tiada Pay-Per-Use

Onexox Prepaid Plan

Onexox mempunyai rangkaian perkhidmatan internet yang pantas dan liputan meluas di seluruh Malaysia.Plan internet ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Anda cuma pastikan membuat tetapan yang betul pada smartphone untuk dapatkan high speed internet. ONEXOX menawarkan plan data berkelajuan tinggi dengan 4G LTE. Dengan ini, semua pengguna simkad ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Di ONEXOX juga, tiada data ‘Pay Per Use’. Sekiranya kuota data telah tamat, maka tiada akses internet pay per use tanpa sengaja seperti telco lain yang akan berlakunya kehilangan kredit anda secara senyap! Jadi, jika kuota telah habis, anda boleh melanggan semula plan data dan tempoh aktif data akan diperbaharui dengan tempoh yang baru. Anda dapat apa yang anda bayar pada kelajuan maksimum tanpa had!

Blok Panggilan 30 saat

Onexox Prepaid Plan

Mengapa bayar lebih untuk panggilan pendek? ONEXOX menawarkan kadar blok panggilan 30 saat untuk anda nikmati lebih penjimatan. Untuk panggilan di bawah 10 saat, caj panggilan hanya 5 sen sahaja. Sangat jimat! Dalam tidak sedar, banyak kita membazir dengan panggilan bawah 10 saat dan dicaj oleh telco lain dengan kadar 1 minit! Kita tidak dapat mengawal panggilan agar tidak termasuk voicemail.

Plan Season Pass

Onexox Prepaid Plan

Melalui plan season pass Onexox, anda boleh kongsi data, minit & SMS kepada pengguna simkad Onexox yang lain sepuas hati anda. Bukan itu saja, semua baki data, minit & SMS yang tidak digunakan akan dibawa ke hadapan.

Onexox Prepaid Plan

Cara Dapatkan Tempoh Aktif 28 Bulan

Untuk dapatkan tempoh sah kredit 28 bulan, anda boleh pilih mana-mana kaedah di bawah. Ada 3 cara yang disediakan untuk panjangnya tempoh sah simkad anda!

1. Tambah Nilai RM50

Onexox Prepaid Plan

Tambah nilai atau topup nombor anda sebanyak RM50 dalam tempoh 30 hari setelah simkad diaktifkan.

2. Beli Welcome Promosi Pakej Deal

Onexox Prepaid Plan

Anda boleh beli salah satu pakej promosi Welcome Deal iaitu pakej khas untuk pengguna prepaid Onexox yang baru.

3. MNP ke Onexox Prepaid

Onexox Prepaid Plan

Anda boleh tukar atau port out dari telco lain ke Onexox Prepaid dengan cara MNP. Selepas berjaya port out, anda terus langgan pakej Welcome Deal untuk dapatkan tempoh sah 28 bulan

beli-simkad-onexox-prepaid
onexox-prepaid-plan

Hak Cipta Terpelihara XoxPrepaidPlan.com