Categories
Dealer OneXOX Panduan Pengedar Onexox

KPI PENGEDAR ONEXOX

KPI PENGEDAR ONEXOX

Berikut adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) pengedar ONEXOX yang terbaru berkuatkuasa 01 Januari 2023. Semoga semua pengedar dapat memahami syarat yang telah ditetapkan oleh HQ ONEXOX.

SYARAT TERBARU KELAYAKAN PENERIMAAN INSENTIF PATUH SHARIAH

Bermula 1 Januari 2023, semua pengedar sedia ada (tidak termasuk Basic Dealer) adalah tertakluk kepada 3 pilihan KPI bulanan yang dinyatakan di bawah.

KPI 01

  1. KPI 01 (A) = 1 Pengaktifan ATAU RM200 Jualan Erecharge (hibah eRecharge)
    • Layak insentif Tier 1 – 6% sahaja.
    • Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.
  2. KPI 01 (B) = 1 Pengaktifan DAN RM200 Jualan Erecharge (pilihan hibah tunai)
    • Layak insentif Tier 1 – 10% sahaja.
    • Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.
  3. KPI 01 (C) = 2 Pengaktifan (pilihan hibah tunai)
    • Layak insentif Tier 1 – 10% sahaja.
    • Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.

KPI 02

  1. KPI 02 = 2 pengaktifan DAN RM250 Jualan Erecharge (pilihan hibah tunai)
    • Layak insentif tier 10%, 2%, 2%, 1%.
    • Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.

KPI 03

  1. KPI 03 = 20 pengaktifan (Pilihan hibah tunai)
    • Layak insentif tier 10%, 4%, 4%, 2%.
    • Nisbah 20 KPI 03 pengaktifan seperti di bawah:
      • 5 (LIMA) pengaktifan BLACK B39 & ke atas + 15 (LIMA BELAS) Prepaid (termasuk pengaktifan SIM + WAWA18 PERCUMA dengan Tambah Nilai RM10 & ke atas dalam bulan yang sama.
      • 1 (SATU) Pengambilan Peniaga Baharu (Basic Dealer ATAU Full Dealer) dalam bulan yang sama.
    • Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.

Semua pengedar baharu akan diberikan 3 bulan pengecualian KPI. KPI untuk pengedar baharu akan mula dikira bermula bulan keempat.

Para Pengedar diingatkan agar tidak melakukan target KPI di saat-saat akhir setiap bulan, kerana tempoh masa diberi dalam 30 hari setiap bulan (bagi melangkapkan syarat KPI) .Perkara ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti sistem isu dan sebagainya. Jika pengedar ingin teruskan juga bermaksud, pengedar telah bersedia menghadapi jika terdapat sebarang masalah.

BASIC DEALER (New Basic Dealer / Sedia ada)

  1. Tiada KPI bagi Basic Dealer.
  2. Basic Dealer SEDIA ADA & Baharu layak terima hibah 1 Tier 10% melalui E-Recharge sahaja.
  3. Jika Basic Dealer mencapai 100 pengaktifan, secara automatik akan menjadi Full Dealer dan akan mengikut KPI bulanan pengedar.
  4. Basic Dealer SEDIA ADA & Baharu dibenarkan untuk meminta kekal sebagai Basic Dealer jika dinaik taraf kepada Full Dealer ( Capai 100 pengaktifan) berdasarkan kriteria berikut :
    • Semua Dealer SEDIA ADA yang belum mencapai 100 pengaktifan (terkumpul), akan kekal sebagai Basic Dealer.
    • Basic Dealer SEDIA ADA sudah dinaik taraf kepada Full Dealer, tetapi TIADA Basic Dealer atau Full Dealer yang dilantik di bawah hierarki.
    • E-mel ke DMT@onexox.com.my dalam tempoh 14 hari selepas dinaik taraf kepada Full Dealer.

PENTING!!!

Kempen SIM + WAWA18 PERCUMA

Pengaktifan pelan ONEXOX Prepaid WAWA18 dikira sebagai 1 pengaktifan dengan tambah nilai minimum RM10 (one time off) ke atas dalam bulan yang sama dan 1 IC untuk 1 pengaktifan MSISDN

KPI TAHUNAN

Berikut adalah terma dan syarat KPI Tahunan Pengedar ONEXOX yang telah ditetapkan:

  1. Total setahun 24 activation ATAU,
  2. Total setahun jualan eRecharge adalah RM6000
  3. Jika gagal KPI tahunan, renew plan pengedar adalah RM225
  4. Jika melepasi KPI tahunan, renew adalah PERCUMA

Semua pengedar ONEXOX mesti memenuhi salah satu dari KPI pengedar ONEXOX yang telah ditetapkan di atas bagi menjamin penerimaan insentif secara berterusan

 

Dengan ini, syarikat amat berharap agar semua pengedar dapat menerima syarat baharu ini dengan positif, mengambilnya sebagai garis panduan untuk menjana pendapatan yang boleh dibanggakan dan memanfaatkan platform perniagaan mampu milik ini sebaik mungkin. Semoga pengiktirafan kepatuhan shariah ini memberi anda lebih keyakinan terhadap produk ONEXOX serta halatuju syarikat dan secara langsung mempermudahkan aktiviti jualan anda di luar sana.

KPI ini diadakan sebagai tanda komitmen anda kepada syarikat kerana dealer adalah sebahagian dari syarikat. Sebenarnya TIADA MASALAH KPI tetapi LEBIH MENGUNTUNGKAN DEALER UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

LIKE PAGE ONEXOX di FACEBOOKKPI PENGEDAR ONEXOX

JOM BINA INCOME SEBAGAI DEALER ONEXOX

Pendaftaran Serendah RM40

#KPI Pengedar Onexox

Categories
Panduan Pengedar Onexox

PAPARAN ROYALTI INSENTIF

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengedar simkad ONEXOX yang dikasihi. Sila ambil maklum bahawa terdapat perubahan pada paparan royalti insentif atau RI berhubung dengan pengenalan KPI terbaru bermula MAC 2022.

Perubahan paparan insentif ini melibatkan Monthly Royalti insentif di Onesys. Semua pengedar atau dealer XOX dikehendaki memantau segala pengiraan Royalti Insentif (RI) melalui perubahan paparan baru ini. melalui cara berikut iaitu:

  1. Login ke onesys
  2. Klik Incentive
  3. Klik Ri
  4. Klik monthly summary

Penerangan Paparan Royalti Insentif

Paparan Royalti Insentif di ONEsys dibuat berdasarkan capaian KPI dan akan berubah mengikut capaian KPI semasa.

Pencapaian KPI bergantung kepada target masing-masing iaitu  KPI 01, KPI 02, KPI 03. Sekiranya pengedar masih belum mencapai sebarang KPI, di bahagian Monthly Royalti Insentif akan memaparkan “KPI VOID” di penjuru atas.

Categories
Panduan Pengedar Onexox

PANDUAN PENDAFTARAN PENGEDAR BAHARU ONEXOX

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera kepada semua pengedar ONEXOX sekalian. Dalam post kali ini, pihak kami akan berikan step by step panduan pendaftaran pengedar baharu Onexox di bawah hierarchy anda. Sepanjang PKP ini, jika ada user anda ingin upgrade sebagai dealer ONEXOX, jangan panik dan jangan lepaskan peluang ini. Anda bantu user anda untuk upgrade sebagai pengedar sah ONEXOX dan guide dealer anda sehingga berjaya.

Bagaimana caranya?

Okay, langkah seterusnya anda hanya perlu ikut panduan di bawah. Mudah sahaja.

Berikut dilampirkan panduan pendaftaran pengedar baharu (sementara) yang perlu diikuti oleh setiap Dealer, MD dan AD bagi menjalankan proses pendaftaran pengedar baharu sepanjang tempoh PKP / PKPB / PKPP sehingga diberitahu kelak.

Langkah-langkah adalah seperti berikut :

  • LANGKAH 1 : Dealer emelkan Borang Pendaftaran Pengedar (Form A) kepada pengguna (bakal dealer).*
  • LANGKAH 2 : Pengguna emelkan semula Form A yang telah lengkap berserta gambar MyKAD depan belakang (emailkan ke dealer yg berkenaan).
  • LANGKAH 3 : Dealer emelkan Form A, MyKAD pengguna dan MyKAD dealer depan belakang kepada MD/AD.
  • LANGKAH 4 : MD/AD hubungi pengguna secara “VIDEO CALL” & “screenshot” untuk pengesahan.
  • LANGKAH 5 : MD/AD teruskan pendaftaran dealer baharu.
  • LANGKAH 6 : MD/AD emelkan Form A, MyKAD pengguna dan MyKAD dealer depan belakang ke submit@onexox.my (dalam masa 14 hari selepas pendaftaran berjaya).
  • Sila rujuk carta alir di bawah untuk lebih faham proses pendaftaran pengedar baharu ONEXOX sepanjang PKP.

panduan pendaftaran pengedar baharu Onexox

Selepas anda berjaya bantu user upgrade ke status pengedar, apakah tindakan yang perlu dibuat. Bimbing dealer anda sehingga berjaya. Anda juga boleh berikan tips kepada dealer anda bagaimana nak buat sales simkad Onexox semasa PKP ini. KLIK DI SINI untuk dapatkan panduan jual simkad Onexox semasa PKP.

Nota

* Dealer tidak perlu berjumpa pengguna untuk pengesahan.

* Template pengedar tidak perlu digunakan buat masa ini.

Like kami di FB untuk dapatkan info promosi Happy Hours dan update produk terbaru dari Onexox.

ONEXOX #XOXMalaysia #OutThereWeAreOne #ONEXOXBantu #Staysafe #Stayathome #OnexoxCares #KitaJagaKita #MenangBersama #JaringanPrihatin #LindungDiriLindungSemua

Categories
Panduan Pengedar Onexox

Cara Mudah Dealer ONEXOX Buat Jualan Simkad

Anda dealer ONEXOX? Adakah anda menghadapi masalah untuk jual simkad ONEXOX semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini? Jangan gusar dan bimbang! Anda sebenarnya tak perlu susah hati untuk dapatkan pelanggan ONEXOX. Kami akan bantu anda. Mudah sahaja dengan ONEXOX Online Store Affiliate Program.

Dalam artikel kali ini, admin akan bantu anda buat jualan simkad ONEXOX melalui online sahaja. Mudah sangat-sangat! Anda hanya duduk rumah dan tak perlu keluar jumpa bakal pengguna ONEXOX. Jangan risau tentang KPI pengedar kerana kami mudahkan anda dengan ONEXOX Online Store Affiliate Program.

Apa itu ONEXOX Online Store Affiliate Program?

  1. Program ini terbuka kepada semua pengedar Onexox Prepaid dan Onexox Black.
  2. Anda tak perlu runsing pasal stok sim dan anda tak perlu keluarkan modal sesen pun untuk simpan stok simkad di tangan anda. Jimat kos!
  3. Anda tak perlu nak buang duit minyak nak berjumpa dengan pelanggan.
  4. Anda tak perlu bazirkan masa nak berjumpa dengan pelanggan.
  5. Anda juga tak perlu risau berkaitan Akta PDPA kerana pendaftaran simkad jarak jauh.
  6. Kos pengeposan atau postage adalah percuma dan kos penghantaran ini ditanggung oleh syarikat.
  7. Tugas anda hanya lakukan promosi melalui media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain) atau dalam Messaging Apps seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
  8. Sekiranya ada pendaftaran, anda tetap mendapat insentif yang sama.

Bagaimana caranya?

Penggunaan QR kod

Anda boleh login ke onesys dan dapatkan QR kod. Seterusnya anda kongsikan QR kod melalui media sosial. Anda boleh rujuk video di bawah untuk lihat langkah-langkah penggunaan QR Kod.

Sebaik sahaja pengguna membuat pembelian melalui link affiliate atau QR kod anda, pengguna hanya perlu mengaktifkan simkad. Cara aktifkan simkad boleh rujuk video di bawah.

Anda juga boleh KLIK DI SINI untuk dapatkan panduan aktifkan simkad ONEXOX

Like kami di Facebook untuk dapatkan info update dan promosi terkini dari ONEXOX!

Categories
Panduan Pengedar Onexox

Pendaftaran Simkad Onexox Dalam Onesys

Makluman kepada semua pengedar sah Onexox berkenaan mekanisme terbaru Pendaftaran Simkad Onexox Dalam Talian melalui Onesys.

Pihak HQ Onexox telah mewujudkan satu fungsi baru pendaftaran simkad secara online di atas permintaan Pengedar bagi membolehkan Pengedar ONEXOX memuat naik stok simkad mereka sendiri di OneSYS. Simkad yang telah dimuatnaik boleh diaktifkan oleh pelanggan menggunakan eKYC dan pelanggan akan berada dalam hierarki Pengedar tersebut setelah pengaktifan SIMKAD berjaya.

OBJEKTIF

Objektifnya adalah untuk membolehkan Pengedar ONEXOX memperoleh pelanggan secara dalam talian dan mendaftarkan pelanggan yang jauh dari mereka. Dengan ciri ini, Pengedar tidak lagi terbatas pada pendaftaran secara bersemuka dengan hanya promote melalui media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain platform media sosial) atau dalam Messaging Apps ( WhatsApp, Telegram, dll), dan Pengedar tetap mendapat insentif yang sama.

Apakah fungsi utama ciri ini?

Ia berfungsi sebagai satu cara untuk ONEXOX memberi kelebihan kepada pengedar untuk mendaftar Kad SIM mereka dalam talian supaya pelanggan boleh melengkapkan pengaktifan melalui e-KYC apabila mereka telah menerima Kad SIM.

Ini akan membolehkan Pengedar untuk memperoleh lebih banyak pelanggan, pendaftaran Kad SIM tidak dilakukan secara bersemuka tetapi juga boleh dilakukan secara dalam talian.

Ciri baru ini adalah hanya untuk tujuan mendaftar kad SIM baru ke OneSYS. Pengedar berhak mendapat insentif seperti biasa hanya setelah berjaya mendaftar dan pengaktifan simkad.

PENTING!!

Ciri ini hanya boleh digunakan untuk ONEXOX Prepaid dan ONEXOX BLACK.

Fungsi ini tidak berlaku untuk pendaftaran eSIM dan nombor mudah alih (“MNP”).

Pengedar hanya boleh mendaftarkan Kad SIM baru dalam Stok Kad SIM mereka SAHAJA (SIMPACK hanya boleh dimuat naik sekiranya nombor siri dan MSISDN sama).

Pengedar perlu PASTIKAN sebelum mendaftarkan Kad SIM pada OneSYS, pelanggan perlu membuat pembayaran sepenuhnya terlebih dahulu.

Selepas Kad SIM berjaya dimuat naik dlm OneSYS, sebarang pembatalan / pemulangan eRecharge tidak diterima sama sekali.

Untuk pendaftaran Kad SIM Black Plan, e-Recharge akan ditolak dengan segera dari akaun Dealer.

Selepas Kad SIM dimuat naik dlm Onesys, Pelanggan perlu melengkapkan pengaktifan e-KYC sebelum tarikh luput Kad SIM yang dinyatakan pada Pek SIM. Sekiranya pelanggan gagal menyelesaikan pengaktifan dalam jangka waktu itu, Kad SIM akan dilipuskan dan tidak lagi sah untuk pengaktifan.

Kad SIM yang dimuat naik tanpa Pengaktifan SIM yang berjaya untuk pengesahan e-KYC secara automatik akan “Tidak Sah”. XOX tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda gagal dan / atau untuk mengaktifkan Kad SIM yang baru. Setelah item menjadi ‘tidak sah’, item tersebut tidak dapat diaktifkan lagi, selepas itu item tersebut tidak boleh digunakan, dikembalikan, ditukar.Sila rujuk Terma dan Syarat e-KYC kami untuk maklumat lebih lanjut.

Sekiranya Pelanggan gagal mengaktifkan Kad SIM sebelum tarikh luput Kad SIM, e-Recharge tidak akan dikembalikan kepada Pengedar.

Pemberitahuan SMS akan dikirimkan ke Pengedar setelah Kad SIM diaktifkan oleh pelanggan (Sama seperti Program Affiliate Dealer semasa bahawa peniaga akan diberitahu setelah pelanggan berjaya mengaktifkan SIM).

Pembayaran dan penghantaran Kad SIM akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pengedar.

Pengedar mesti memberitahu pelanggan bahawa mereka, mesti mengaktifkan Kad SIM melalui e-KYC sebelum tarikh luput pada Kad SIM.

Pengedar mesti memberitahu pelanggan bahawa XOX tidak akan mengembalikan wang atau Kad SIM sekiranya pelanggan gagal mengaktifkan Kad SIM mereka melalui e-KYC sebelum tarikh kad SIM tamat.

Like Kami di FB untuk dapatkan info dan promo terkini dari Onexox.

Categories
Panduan Pengedar Onexox

AMARAN PENDAFTARAN PALSU ONEXOX

SILA AMBIL PERHATIAN!!

Assalamualaikum & Salam Hormat,

Amaran Pendaftaran Palsu Onexox ~ Pihak syarikat mendapati bahawa terdapat beberapa pendaftaran palsu dikesan dibuat oleh segelintir pengedar menggunakan dokumen peribadi (MyKAD, pasport) yang telah disunting (edited). Aktiviti ini telah menyebabkan beberapa pengedar terlibat telah pun dikenakan tindakan iaitu PENAMATAN AKAUN PENGEDAR dan DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA untuk tindakan undang-undang. Sila ambil maklum bahawa pihak syarikat sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa seperti SKMM & PDRM dalam memerangi jenayah siber.

Pihak syarikat mengambil serius kes pendaftaran palsu atau fraud registration yang melibatkan nombor ONEXOX. Sila ambil maklum beberapa perkara penting seperti di bawah:

  1. Denda RM500 akan dikenakan bagi setiap nombor telefon yang didaftarkan dengan dokumen palsu.
  2. Jika application onexapp anda bermasalah, sila betulkan kedudukan cahaya atau tukar hp lain.
  3. Jika dokumen pengguna bermasalah atau rosak, pengguna perlu membuat penggantian mykad atau pasport yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara.
  4. Nombor telefon pengguna yang didaftarkan menggunakan dokumen palsu akan disekat.

Oleh itu sebagai peringatan, sila pastikan anda terus mengikut garis panduan yang ditetapkan syarikat dan SKMM bagi mengelakkan kesulitan. Ingin dijelaskan di sini, pengedar TIDAK BOLEH membuat pendaftaran menggunakan dokumen yang disunting (edited) walaupun maklumat yang disunting adalah asli.

Jika pengguna anda jauh, sila gunakan platform Online Affiliate Program yang telah diperkenalkan. Jangan sia-siakan usaha anda selama ini hanya kerana alasan “IC tak boleh scan”.

Sebarang rayuan tidak akan dilayan dan anda sebagai pengedar ONEXOX mesti berhati-hati & jangan terjebak. Terima kasih.

amaran-pendaftaran-palsu-onexox
Categories
Panduan Pengedar Onexox Panduan Pengguna Onexox

Panduan MNP Onexox

Pengenalan

Berikut kami sediakan panduan MNP atau kekalkan nombor lama anda ke Onexox. Anda boleh pilih sama ada menggunakan Prepaid ataupun Black Onexox. Sebelum proses MNP dibuat, anda mesti memenuhi syarat-syarat di bawah:

 

Pelanggan Pasca Bayar (POST PAID)
  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik akaun.
  2. Langganan dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  3. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.  Bayar bil terkini lebihkan sedikit bayaran RM3 ke atas bergantung pada penggunaan sebab proses MNP ambil masa 1 – 5 hari waktu bekerja.
  4. Bebas kontrak – Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa seperti pakej 1 + 3, pakej 1 +5 dan sebagainya. PENTING : Pelanggan mestilah membatalkan kontrak terlebih dahulu dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP ke Onexox. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.

 

Pelanggan Prabayar (PREPAID)
  1. Pastikan pelanggan ialah pemilik nombor tersebut.
  2. Sila pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan dalam keadaan aktif. (belum terminated)
  4. Pastikan langganan sedia ada mempunyai baki kredit minimum RM2 untuk caj pertukaran Telco ke Onexox.

 

Untuk MNP, semua maklumat berikut adalah perlu diberikan oleh setiap user :

  1. Nama penuh.
  2. Nombor kad pengenalan.
  3. Alamat lengkap.
  4. Nombor telefon yang ingin dikekalkan.
  5. Telco asal.
  6. Email yang aktif.

Seterusnya, anda ikut sahaja 4 langkah mudah di bawah untuk kekalkan nombor anda ke ONEXOX.

LANGKAH 1 : Pilih daftar Onexox Prepaid atau Onexox Black
LANGKAH 2 : Masukkan nombor handphone (nombor yang anda ingin kekalkan)
LANGKAH 3 : Pilih salah satu pakej Welcome Deal (promosi untuk pengguna prepaid onexox)
LANGKAH 4 : Buat bayaran secara Online Banking

 

Kekalkan Nombor Anda ke Onexox. Daftar Sekarang!

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG PANDUAN MNP ONEXOX
SOALAN 1 : Saya ingin kekalkan nombor lama, boleh tak saya tukar ke Onexox dengan mengekalkan nombor lama?

Sudah tentu BOLEH. Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)

SOALAN 2 : Bolehkah talian postpaid ditukarkan ke talian prepaid Onexox?

Ya boleh.  Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum bertukar ke Onexox.

1. Langganan tersebut dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian semasa.
2. Tanpa sebarang tunggakan bil. Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP.
3. Tidak terikat dengan apa-apa kontrak. Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.
4. Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar terlebih dahulu.

SOALAN 3 : Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk MNP?

Ianya bergantung kepada kelulusan Telco yang anda gunakan sekarang. Onexox hanya submit permohonan kepada Telco asal dan anda hanya perlu kelulusan dari Telco asal. SOP untuk proses MNP adalah 1 – 5 hari bekerja.

cara port in mnp onexox
Categories
Panduan Pengedar Onexox

Panduan Login ke Onesys.onexox.com

Berikut kami berikan detail panduan login ke onesys.onexox.com

Sebaik sahaja, akaun subdealer onexox diaktifkan, anda boleh akses ke sistem pengedar. Melalui onesys, anda boleh melakukan pendaftaran simkad baru, simkad MNP, jual topup, semak insentif, melihat hierarchy anda dan sebagainya.

Panduan Login

  1. Layari laman web http://onesys.onexox.my
  2. Masukkan ‘Mobile No’ (nombor telefon pengedar/nombor DREG, cth: 0106000XXX)
  3. Masukkan ‘Password’. (pengedar akan menerima password melalui email selepas perlantikan berjaya).
  4. Klik ‘Sign In’.
  5. Anda juga boleh tonton video di bawah, bagaimana nak login ke onesys.onexox.my

panduan-login-onesys-onexox1

Seterusnya, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik sahaja berjaya login, sila tukar password.

Panduan Tukar Password

  1. Klik ‘Account Manager’
  2. Klik ‘Change Password’
  3. Masukkan password baru dan sahkan sekali lagi kata laluan yang baru.
  4. Kemudian klik ‘Kemaskini Kata Laluan’.
  5. Selesai

panduan-login-onesys-onexox

 

#Panduan Login ke Onesys.onexox.com