2023 XOX Plan. Beli Simkad Onexox Prepaid dan Onexox Black. Daftar Plan Unlimited Internet XOX Dengan Highspeed Data dan Panggilan Tanpa Had. Data Buffet Onexox Boleh Hotspot Sampai 100GB
[PERINGATAN] Caj Tahunan Pengedar Onexox. Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera kepada semua pengedar ONE XOX sekalian.
Bermula Mac 2023, mana-mana pengedar (kecuali Basic Dealer) yang tidak mencapai KPI minimum setahun (iaitu 24 pengaktifan ATAU jualan Erecharge RM6,000 dalam setahun), akaun pengedar tersebut akan ditamatkan serta-merta. Pengedar boleh membuat semakan jumlah kiraan KPI tahunan melalui ONESYS dan klik pada menu KPI.
Bagi akaun pengedar yang telah ditamatkan pada Mac 2023, anda masih mempunyai tempoh masa 30 hari untuk membayar caj tahunan RM225 bagi mengaktifkan semula akaun pengedar ONEXOX. Sehubungan dengan itu, dealer atau pengedar ONE XOX yang tidak mencapai KPI minimum setahun digalakkan untuk membayar caj tahunan lebih awal sebelum akaun pengedar ditamatkan pada Mac 2023.
Kaedah Bayaran Caj Tahunan Pengedar ONEXOX
Berikut merupakan mekanisme yang boleh dibuat untuk membayar caj tahunan RM225 :
Melalui Email
Emailkan permohonan ke DMT@onexox.my
Proses 3 hari waktu bekerja
Melalui Onesys (PIN 225)
Perbaharui Caj tahunan melalui Pin 225 di Onesys. Klik Dealer Kits > Dealership > Annual Subscription
Pin boleh didapati melalui AD/MD
Bagi pengedar berstatus Aktif sahaja.
Namun diingatkan, bagi menerima insentif bulanan, pengedar masih perlu mencapai KPI bulanan yang ditetapkan. Klik DI SINI untuk dapatkan info KPI bulanan XOX.
LIKE KAMI DI FACEBOOK UNTUK DAPATKAN INFO DAN PROMOSI TERKINI DARI ONEXOX
Berikut adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) pengedar ONEXOX yang terbaru berkuatkuasa 01 Januari 2023. Semoga semua pengedar dapat memahami syarat yang telah ditetapkan oleh HQ ONEXOX.
Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.
KPI 03
KPI 03 = 20 pengaktifan (Pilihan hibah tunai)
Layak insentif tier 10%, 4%, 4%, 2%.
Nisbah 20 KPI 03 pengaktifan seperti di bawah:
5 (LIMA) pengaktifan BLACK B39 & ke atas + 15 (LIMA BELAS) Prepaid (termasuk pengaktifan SIM + WAWA18 PERCUMA dengan Tambah Nilai RM10 & ke atas dalam bulan yang sama.
1 (SATU) Pengambilan Peniaga Baharu (Basic Dealer ATAU Full Dealer) dalam bulan yang sama.
Semua pengaktifan yang layak mencapai KPI mestilah 1(SATU) IC per 1(SATU) MSISDN.
Semua pengedar baharu akan diberikan 3 bulan pengecualian KPI. KPI untuk pengedar baharu akan mula dikira bermula bulan keempat.
Para Pengedar diingatkan agar tidak melakukan target KPI di saat-saat akhir setiap bulan, kerana tempoh masa diberi dalam 30 hari setiap bulan (bagi melangkapkan syarat KPI) .Perkara ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti sistem isu dan sebagainya. Jika pengedar ingin teruskan juga bermaksud, pengedar telah bersedia menghadapi jika terdapat sebarang masalah.
Basic Dealer SEDIA ADA & Baharu layak terima hibah 1 Tier 10% melalui E-Recharge sahaja.
Jika Basic Dealer mencapai 100 pengaktifan, secara automatik akan menjadi Full Dealer dan akan mengikut KPI bulanan pengedar.
Basic Dealer SEDIA ADA & Baharu dibenarkan untuk meminta kekal sebagai Basic Dealer jika dinaik taraf kepada Full Dealer ( Capai 100 pengaktifan) berdasarkan kriteria berikut :
Semua Dealer SEDIA ADA yang belum mencapai 100 pengaktifan (terkumpul), akan kekal sebagai Basic Dealer.
Basic Dealer SEDIA ADA sudah dinaik taraf kepada Full Dealer, tetapi TIADA Basic Dealer atau Full Dealer yang dilantik di bawah hierarki.
E-mel ke DMT@onexox.com.my dalam tempoh 14 hari selepas dinaik taraf kepada Full Dealer.
PENTING!!!
Kempen SIM + WAWA18 PERCUMA
Pengaktifan pelan ONEXOX Prepaid WAWA18 dikira sebagai 1 pengaktifan dengan tambah nilai minimum RM10 (one time off) ke atas dalam bulan yang sama dan 1 IC untuk 1 pengaktifan MSISDN
KPI TAHUNAN
Berikut adalah terma dan syarat KPI Tahunan Pengedar ONEXOX yang telah ditetapkan:
Total setahun 24 activation ATAU,
Total setahun jualan eRecharge adalah RM6000
Jika gagal KPI tahunan, renew plan pengedar adalah RM225
Jika melepasi KPI tahunan, renew adalah PERCUMA
Semua pengedar ONEXOX mesti memenuhi salah satu dari KPI pengedar ONEXOX yang telah ditetapkan di atas bagi menjamin penerimaan insentif secara berterusan
Dengan ini, syarikat amat berharap agar semua pengedar dapat menerima syarat baharu ini dengan positif, mengambilnya sebagai garis panduan untuk menjana pendapatan yang boleh dibanggakan dan memanfaatkan platform perniagaan mampu milik ini sebaik mungkin. Semoga pengiktirafan kepatuhan shariah ini memberi anda lebih keyakinan terhadap produk ONEXOX serta halatuju syarikat dan secara langsung mempermudahkan aktiviti jualan anda di luar sana.
KPI ini diadakan sebagai tanda komitmen anda kepada syarikat kerana dealer adalah sebahagian dari syarikat. Sebenarnya TIADA MASALAH KPI tetapi LEBIH MENGUNTUNGKAN DEALER UNTUK JANGKA MASA PANJANG.