Categories
Blog Kempen

PROGRAM JOMBANTU PELAJAR BERSAMA ONEXOX

Home » Kempen » PROGRAM JOMBANTU PELAJAR BERSAMA ONEXOX

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat, sukacita dimaklumkan bahawa satu program CSR yang diberi nama JOMBANTU telah dilancarkan bermula pada hari ini 11 Ogos 2021. JOMBANTU adalah satu program CSR yang diinisiatifkan bersama oleh XOX BERHAD dan ONEXOX SDN BHD bersama pengedar terpilih dan pengguna berdaftar bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan data untuk sesi pembelajaran dari rumah (PDPR).

Program ini terbuka kepada semua pengguna simkad ONEXOX dan XOX. Jom bersama kita hulurkan sumbangan di dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan demi meneruskan pembelajaran mereka.

Ayuh sertai JOMBANTU dan sumbangkan DATA anda menerusi ussd *150# atau Applikasi BLACK. Sumbangan kecil anda amat besar nilainya kepada mereka. Jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda!

Cara Sumbangan Program Jombantu Menggunakan Menu *150#

Program Jombantu Pelajar bersama ONEXOX

Untuk menyumbang data menggunakan ussd menu, anda perlu ikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Dail *150#
  2. Pilih nombor 8 ( JomBantu)
  3. Pilih nombor 2 (Donate data)
  4. Kemudian, pilih nombor 1 atau nombor 2.
    • Nombor 1 – sumbangan data secara one-off
    • Nombor 2 – sumbangan data setiap bulan
  5. Seterusnya, masukkan jumlah data yang anda ingin disumbangkan. Minimum data sumbangan adalah 0.1 Gb dan maksimum data untuk sumbangan adalah 10 Gb.
  6. Klik hantar dan tanggungjwab murni anda telah selesai.

Cara Sumbangan Program Jombantu Menggunakan Applikasi XOX Black

Untuk membuat sumbangan data melalui applikasi onexox Black adalah sangat mudah. Anda hanya perlu klik icon JOMBANTU seperti gambar di bawah dan ikut sahaja arahan yang diberikan.

Program Jombantu Pelajar bersama ONEXOX

Pihak ONEXOX mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kesemua pengguna Onexox yang sudi memberi sumbangan data kepada setiap pelajar yang memerlukan untuk PDPR melalui program jombantu bersama ONEXOX. Semoga Allah membalas jasa dan keikhlasan anda.

Program Jombantu Pelajar bersama ONEXOX

Daftar Pengguna Onexox Hari Ini Juga

Anda ingin jadi pengguna simkad jimat Onexox? Anda boleh klik button di bawah untuk beli simkad Onexox. Tak perlu beli di kedai, pihak kami akan uruskan penghantaran sampai ke rumah anda. Percuma kos penghantaran.

Like kami di FB untuk dapatkan info dan promosi terkini dari ONEXOX