[PERINGATAN] Caj Tahunan Pengedar Onexox. Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera kepada semua pengedar ONE XOX sekalian.
Bermula Mac 2023, mana-mana pengedar (kecuali Basic Dealer) yang tidak mencapai KPI minimum setahun (iaitu 24 pengaktifan ATAU jualan Erecharge RM6,000 dalam setahun), akaun pengedar tersebut akan ditamatkan serta-merta. Pengedar boleh membuat semakan jumlah kiraan KPI tahunan melalui ONESYS dan klik pada menu KPI.
Bagi akaun pengedar yang telah ditamatkan pada Mac 2023, anda masih mempunyai tempoh masa 30 hari untuk membayar caj tahunan RM225 bagi mengaktifkan semula akaun pengedar ONEXOX. Sehubungan dengan itu, dealer atau pengedar ONE XOX yang tidak mencapai KPI minimum setahun digalakkan untuk membayar caj tahunan lebih awal sebelum akaun pengedar ditamatkan pada Mac 2023.
Kaedah Bayaran Caj Tahunan Pengedar ONEXOX
Berikut merupakan mekanisme yang boleh dibuat untuk membayar caj tahunan RM225 :
- Melalui Email
- Emailkan permohonan ke DMT@onexox.my
- Proses 3 hari waktu bekerja
- Melalui Onesys (PIN 225)
- Perbaharui Caj tahunan melalui Pin 225 di Onesys. Klik Dealer Kits > Dealership > Annual Subscription
- Pin boleh didapati melalui AD/MD
- Bagi pengedar berstatus Aktif sahaja.
Namun diingatkan, bagi menerima insentif bulanan, pengedar masih perlu mencapai KPI bulanan yang ditetapkan. Klik DI SINI untuk dapatkan info KPI bulanan XOX.
LIKE KAMI DI FACEBOOK UNTUK DAPATKAN INFO DAN PROMOSI TERKINI DARI ONEXOX