Categories
Data Buffet

Data Solid Tanpa Pecahan

ONEXOX BLACK menawarkan plan data yang solid tanpa sebarang pecahan. Pengguna boleh kawal sendiri penggunaan data. Pelan data ONEXOX sangat fleksibel untuk memberikan lebih penjimatan kepada pengguna dan lebih kawalan kepada pengguna untuk menguruskan penggunaan mereka sendiri.

Lihat Senario Pelanggan Di Bawah

Antara keluhan pelanggan yang biasa kami terima.

“Aku dah bayar suka hati aku la nak pakai macam mana ! Tak payah nak pecah-pecah !

Pecah data weekend laa, pecah data laju data slow lahh, pecah hotspot lahh dan macam-macam dia punya pecah

Aku nak pakai lah ikut suka hati, takde nak sekat2 atau nak pecah”

Berdasarkan keluhan-keluhan pelanggan seperti di atas kini ONEXOX hadir dengan plan BLACK dengan data yang solid, TANPA PECAHAN dan semua kuota akan dibawa ke depan sekiranya ia tidak habis digunakan. Tiada pembaziran berlaku.

MEMPERKENALKAN PLAN DATA SOLID TANPA PECAHAN

Bagi menyelesaikan masalah keluhan pelanggan seperti di atas, ONEXOX telah memperkenalkan Plan DB dengan data yang agak besar sehingga mencecah 100GB tanpa sebarang pecahan. DB bermaksud Data Buffet. Plan Data Buffet yang diperkenalkan oleh ONEXOX adalah B59DB dan B89DB.

Kelebihan plan Black B59DB dan B89DB adalah tak terhad penggunaannya untuk mana-mana apps. Dengan data yang diberikan tu kita sebagai pengguna boleh guna untuk mana-mana aplikasi, browser dan boleh guna bila-bila masa. Dengan Onexox Black, semua data takde capped speed. Pengguna bebas guna sampai habis kuota yang diberikan. Pelanggan juga tak perlu nak tunggu pukul berapa atau hari minggu untuk dapat guna data dengan speed yang maksimum.

Panggilan Tanpa Had

Untuk plan data buffet ini juga, panggilan adalah unlimited. Tiada had panggilan. Pelanggan boleh buat panggilan ke mana-mana rangkaian dan boleh berbual sampai lebam. Walau bagaimanapun, panggilan ke nombor 1 800 XX XXX dan 1 300 XX XXX tidak termasuk dalam syarat ini dan panggilan ke nombor-nombor ini akan dicaj.

Plan Data, Minit dan SMS B89DB

PLANB89DB
DataTotal Data Buffet 100GB
HotspotMaksimum Hotspot 100GB (unlimited user)
PanggilanUnlimited Ke Semua Rangkaian
SMS200 Ke Semua Rangkaian
PendaftaranRM89

Plan Data, Minit dan SMS B59DB

PlanB59DB
DataTotal Data Buffet 44GB
HotspotMaksimum Hotspot 44GB (unlimited user)
PanggilanUnlimited Ke Semua Rangkaian
SMS100 Ke Semua Rangkaian
PendaftaranRM59

Bagaimana Konsep Plan Data Buffet Berfungsi?

Untuk Plan B59DB

  1. Kuota awal 12GB + Unlimited Call + 100 SMS
  2. Bila baki data 1GB, 8GB ditambah secara automatik
  3. Tambahan 8GB boleh berlaku 4 kali dalam tempoh sebulan. Jadi jumlah data 44GB sebulan!

Untuk Plan B89DB

  1. Kuota awal 20GB + Unlimited Call + 200 SMS
  2. Bila baki data 1GB, 20GB blok ke-2 ditambah secara automatik
  3. Tambahan 20GB boleh berlaku 4 kali dalam tempoh sebulan. Jadi jumlah data 100GB sebulan!

Bagaimana Nak Langgan Plan DB

Plan ini sebenarnya sangat terhad. Anda boleh klik button Info Lanjut untuk langgan plan data buffet ONEXOX Black.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan plan data buffet ONEXOX black, anda boleh hubungikami melalui link whats app.

LIKE KAMI DI FB untuk dapatkan promosi terkini dari Onexox.

Categories
Data Buffet ONEXOX BLACK

PELAN DATA BUFFET B59DB ONEXOX

PENGENALAN

Happy dengan “Plan Upgrade”?? Tungguuuu, tarik nafas dalam-dalam dan sedia untuk melompat kerana yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Bermula 11 MAC 2020, pelan Data Buffet B59DB ONEXOX BLACK dilancarkan secara rasminya. Satu lagi kejutan dibuat oleh ONEXOX. Pelan ini adalah pelan data buffet yang terbaru selepas mendapat sambutan pelancaran pelan data buffet B89DB pada 15 September 2019 yang lalu. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di bawah:

  1. Bayaran bulanan mahal & tidak sepadan dengan kuota data
  2. Data Unlimited TETAPI kelajuan data hanya beberapa hari kemudian slow macam siput
  3. Ada pecahan data untuk youtube, whats app, facebook, instagram dan sebagainya
  4. Ada pecahan data hujung minggu & tengah malam
  5. Terikat dengan kontrak seperti 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun dan lain-lain.

Pelan Data Buffet B59DB ONEXOX BLACK inilah Pelan yang paling tepat sebagai pilihan anda. Pelan ini tampil dengan panggilan tanpa had kesemua telco, 100 SMS percuma dan Pelan data maksimum sehingga 44 GB. Data ini adalah highspeed dan tiada pecahan untuk youtube, whats app, facebook, instagram dan sebagainya. Wooow!! Anda boleh henjut penggunaan data ini sesuka hati anda.

Dapatkan Pelan Data Buffet B59DB Onexox
daftar-pelan-data-buffet-b59db-one-xox
Dapatkan Pelan Data Buffet B59DB Onexox berfungsi

Bagaimana Pelan Data Buffet B59DB Onexox berfungsi?

Secara mudah dan ringkas, setiap bulan anda akan mendapat data permulaan (BLOK PERTAMA) sebanyak 12 GB. Selepas penggunaan 12 GB yang pertama kurang dari 5 GB, anda akan menerima lagi 8 GB(BLOK KEDUA) seterusnya secara PERCUMA. Sekiranya tambahan 8 GB ini kurang dari 5 GB, anda akan menerima lagi 8 GB (BLOK KETIGA). Secara puratanya, tambahan 8 GB ini akan diberikan sebanyak empat kali dan anda boleh kira berapakah jumlah kesemua data yang anda dapat untuk setiap bulan termasuk dengan data permulaan 12 GB.

Analogi Buffet kat Hotel

Pelan Data Buffet B59DB Onexox Black
Analogi Makan Buffet di Hotel vs Data Buffet ONEXOX

Plan baru Data Buffet ONEXOX dah macam makan buffet kat hotel. Anda bayar sekali sahaja dan anda boleh tambah berkali-kali. Kalau anda makan macam tak cukup, anda masih boleh tambah lagi kan? Sampailah anda rasa cannot go(terlalu kenyang). Analogi ini samalah juga dengan buffet data ONEXOX. Sebelum data anda kosong, sistem akan tambah lagi 8GB, kemudian anda guna lagi dan sebelum data kosong, sistem akan tambah lagi 8GB.

Kesemua data tambahan ini adalah high speed dan bukan basic data. Paling menarik anda tak perlu buat bayaran tambahan. Bukan setakat data sahaja besar. Panggilan ke semua rangkaian adalah UNLIMITED!

Ciri-Ciri Pelan Data, Minit dan SMS B59DB

  1. 12 Gb + Buffet data maksimum sehingga 44 GB.
  2. Unlimited call ke semua rangkaian
  3. 100 SMS setiap bulan
  4. Internet berkelajuan tinggi 4G (Bergantung kepada liputan kawasan anda)
  5. Liputan terbesar di malaysia – Coverage Celcom
  6. TIADA ada pecahan data yang menghadkan penggunaan anda.
  7. TIADA pecahan data hujung minggu & tengah malam.
  8. TIADA kontrak. Anda boleh port out bila-bila masa
  9. Black list diterima
  10. Bayaran bulanan RM59 + 6% SST.

Bagaimana nak daftar?

Di atas permintaan ramai, pelan data buffet B59DB kini boleh didapati di ONEXOX AFFILIATE ONLINE STORE. Anda boleh beli simkad secara online. PERCUMA KOS PENGHANTARAN! Mudah sahaja!! Untuk pendaftaran simkad, anda boleh klik button di bawah.

Pelan ini adalah TERHAD. Anda boleh klik button whats app di bawah untuk dapatkan info lanjut. InsyaAllah pihak kami akan bantu anda dan beri panduan langkah demi langkah bagaimana nak daftar pelan terbaik ini.

Soal Jawab Plan Data Buffet B59DB ONEXOX BLACK

SOALAN:
Saya berminat daftar plan data buffet ini. Adakah saya mesti guna
nombor baru atau saya boleh kekalkan nombor lama?

JAWAPAN:
Ada 2 pilihan. Anda boleh pilih sama ada menggunakan nombor baru
atau kekalkan nombor lama anda ke pakej ini. Sekiranya anda ingin guna nombor baru, anda boleh pilih dari senarai yang kami berikan.

Sekiranya anda ingin kekalkan nombor lama, pastikan syarat-syarat
di bawah dipenuhi.

Syarat Kekalkan Nombor Lama (MNP-Mobile Number Portability)

Untuk pelanggan pasca bayar:
1. Pastikan anda ialah pemilik akaun.
2. Langganan anda dalam berkeadaan aktif tanpa sebarang tunggakan
bil dan tiada ikatan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
3. Jika anda mempunyai talian tambahan, kesemua talian mesti
dipindahkan bersama ATAU dipisahkan terlebih dahulu jika ada
diantara talian tambahan tidak mahu dipindahkan.
4. Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang
kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.

Untuk pelanggan prabayar:
1. Pastikan anda ialah pemilik langganan.
2. Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
3. Langganan anda dalam keadaan aktif.
4. Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang
kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.

Nota:
1. Proses pengaktifan mengambil masa 1-5 hari bekerja daripada tarikh
permohonan dibuat.
2. Pengedar kami tidak dibenarkan menjadi wakil anda untuk
berurusan dengan mana-mana pihak jika terdapat sebarang kesulitan
semasa permohonan MNP.