Categories
Cara Topup Top Up Pin

Cara Topup XOX dan Cek Baki XOX

Home » Cara Topup » Cara Topup XOX dan Cek Baki XOX

Cara Topup XOX dan Cek Baki XOX by admin Onexox

Dalam artikel ini, kami akan berikan beberapa cara bagaimana anda sebagai pengguna prepaid atau Black Onexox boleh topup nombor anda. Anda sebagai pengguna prepaid dan Black talian XOX tidak perlu bimbang sekiranya kredit panggilan telah habis kerana terdapat pelbagai cara untuk membuat tambah nilai kredit dengan mudah. Berikut kami berikan beberapa cara topup XOX. Anda hanya perlu memilih salah satu kaedah di bawah ini mengikut keselesaaan anda.

Aplikasi Black

Fungsi applikasi ini adalah untuk membuat pembelian top up, pembayaran bil XOX, perkongsian data, minit panggilan dan sms, membeli Season Pass, membeli validity dan info terbaik untuk dapatkan promosi terbaru dari XOX.

  1. Muat turun aplikasi Black menggunakan Google Play Store atau Apple Store
  2. Daftar ID menggunakan akaun XOX anda, sekiranya belum pernah mendaftar sila klik butang Sign Up terlebih dahulu untuk membuat akaun. Anda juga diberikan percuma data Season Pass sebanyak 0.5Gb apabila anda install applikasi Black. Boleh rujuk di sini.
  3. Anda akan menerima link pengesahan melalui emel dan klik pada link tersebut untuk mengaktifkan akaun ID XOX
    Log masuk ke akaun anda menggunakan ID tersebut
  4. Setelah berjaya masuk ke aplikasi Black, klik pada icon Top Up dan pilih Me sekiranya ingin topup untuk talian sendiri atau pilih Other sekiranya ingin topup untuk talian lain
  5. Masukkan jumlah isian semula yang diperlukan
  6. Pilih Payment Method samada ingin menggunakan kad kredit atau perbankan internet dan klik butang Top Up

Portal SelfCare

Anda juga digalakkan untuk membuat pendaftaran akaun SelfCare ONEXOX. Kegunaan Selfcare XOX ini adalah sama seperti applikasi Black. Anda boleh topup secara online, menguruskan nombor anda dan lain-lain nombor favorite/subline dalam satu akaun selfcare.

  1. Log masuk ke akaun Selfcare XOX
  2. Pilih menu Prepaid Top Up
  3. Masukkan nilai tambah yang diperlukan dan kadar minima adalah sebanyak RM 10
  4. Pilih cara bayaran samada menggunakan kad kredit, online banking atau e-wallet dan klik butang Confirm
  5. Pilih jenis bank bagi membuat pembayaran sekiranya menggunakan online banking dan log masuk ke akaun bank yang berkenaan
  6. Buat bayaran berdasarkan nilai kredit yang tertera dan setelah selesai kredit tambah nilai anda dimasukkan secara automatik

Cara Topup XOX Melalui Sistem XOX Fast

Kaedah topup atau pembayaran bil melalui XOX Fast adalah sangat pantas. Sesuai dengan namanya.

  1. Layari laman web XOX Fast di https://xox.com.my/onlinestore/fast
  2. Masukkan nombor telefon XOX yang ingin ditambah nilai
  3. Masukkan alamat email
  4. Pilih jumlah tambah nilai yang diperlukan dan klik butang Send
  5. Buat bayaran secara online banking dan setelah selesai kredit anda akan dimasukkan secara automatik

Apps Boost

Anda boleh menambah nilai kredit prabayar anda menerusi aplikasi Boost menggunakan langkah berikut:

  1. Pergi pada paparan ‘Prepaid’.
  2. Seterusnya dan klik pada butang ‘Credit’.
  3. Anda akan dibawa ke paparan ‘top up mobile credit’.
  4. Masukkan jumlah tambah nilai yang diperlukan dan klik pada butang merah ‘Next’ di bawah bucu kanan paparan anda.
  5. Masukkan PIN transaksi 6 digit anda.
  6. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya setelah transaksi selesai
  7. Anda boleh mula menggoncangkan telefon bimbit anda untuk mendapatkan cashback dari Boost setiap kali anda top up. Seterusnya anda akan menerima mesej daripada pihak XOX setelah tambah nilai berjaya!

Menggunakan Nombor PIN dari MOL, terminal E-PAY, dan 7 Eleven

Melalui kaedah ini anda boleh mendapatkan nombor PIN 16 digit menggunakan MOL, terminal E-PAY, dan 7 Eleven
Cara topup menggunakan nombor PIN 16 digit adalah seperti berikut :

  1. melalui SMS : Taip rec<jarak>PR<jarak><16 digit no PIN> dan hantar ke 28899
  2. melalui USSD : Taip *132*1*16 digit no PIN# dan tekan butang Call
  3. melalui VOOPEE-XOX : Pergi ke My Balance dan masukkan 16 digit no Pin
  4. melalui IVR : Call 13322 dan ikuti arahan selanjutnya

Anda juga boleh tambah nilai kredit XOX pengguna Onexox yang lain dengan menggunakan USSD Code seperti berikut Taip *132*1*16 digit no PIN*nombor telefon rakan# dan tekan butang dail/call.

Tambah nilai melalui pengedar Onexox yang sah

Untuk kaedah ini, pengguna hanya perlu menghubungi pengedar Onexox yang sah dan membayar kepada dealer dengan nilai tambah yang diperlukan. Pengedar akan membuat tambah nilai terus ke telefon bimbit anda melalui sistem pengedar Onexox.

Cara Cek Baki XOX

Anda boleh menyemak baki kredit terkini dengan cara berikut melalui paparan pada applikasi Black, paparan di selfcare, melalui ussd menu *150# dan hubungi pusat khidmat pelanggan XOX di talian 12273. Anda juga boleh rujuk artikel kami di sini untuk cara semak baki akaun Black Onexox.

Anda ingin jadi pengguna simkad jimat Onexox? Anda boleh klik button di bawah untuk beli simkad Onexox. Tak perlu beli di kedai, pihak kami akan uruskan penghantaran sampai ke rumah anda. Percuma kos penghantaran.

Like kami di FB