Categories
Panduan Pengguna Onexox Prepaid ONEXOX

CARA BELI SIMKAD ONEXOX PREPAID

Home » Panduan Pengguna Onexox » CARA BELI SIMKAD ONEXOX PREPAID

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua rakyat Malaysia. Dalam post kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan lengkap cara beli simkad ONEXOX Prepaid secara online.

Anda semua amat dialu-alukan untuk membeli simkad Onexox secara atas talian kerana ia menjimatkan masa anda, mengurangkan risiko jangkitan covid 19 dan PALING PENTING kami berikan percuma kos penghantaran.

Nota

Untuk pelanggan sekitar kawasan Lembah Klang, pembelian simkad secara online yang dibuat sebelum jam 11.00 pagi akan dihantar pada hari yang sama (kecuali hujung minggu dan cuti umum).

Untuk pelanggan bukan dari kawasan Lembah Klang, simkad akan dihantar melalui pos atau kurier. Anda cuma bayar harga pembelian simkad dan pelan yang ingin dilanggan sahaja. Tiada caj pos dan penghantaran adalah PERCUMA! Simkad biasanya akan sampai dalam tempoh 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara Beli Simkad ONEXOX

Untuk beli simkad ONEXOX Prepaid secara online anda boleh ikut setiap langkah yang diberikan di bawah. Mudah sahaja.

  1. Langkah pertama sila klik button atau scan QR kod di bawah
cara-beli-simkad-onexox-prepaid-QR
  1. Seterusnya, sila pilih ONEXOX PREPAID.
1-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Seterusnya anda boleh pilih sama ada menggunakan nombor baru atau kekalkan nombor lama anda.
    • Klik SIGN UP NOW untuk beli Nombor Baru ONEXOX atau
    • Klik SWITCH NOW untuk daftar MNP (Kekal Nombor Sedia Ada)
  1. Seterusnya sila pilih amaun topup yang anda ingin topup untuk nombor anda. Anda juga boleh abaikan step ini jika anda tak nak lakukan sebarang tambah nilai.
  1. Langkah seterusnya sila pilih Exclusive Welcome Deals!
    • Untuk pelan ONEXOX Prepaid, anda MESTI beli bersama sekurang-kurangnya SATU pakej Welcome Deal yang ditawarkan supaya dapat tempoh sah 28 bulan secara PERCUMA!
    • Jika tidak, anda akan terlepas tawaran tersebut dan anda tak dapat menikmati tempoh sah panjang yang ditawarkan. Tempoh sah 28 bulan ini diberi sekali sahaja kepada semua pelanggan ONEXOX Prepaid yang baru mendaftar.
2-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Langkah seterusnya, sila pilih nombor baru ONEXOX yang dipaparkan. Sekiranya anda ingin pilih lain-lain nombor, anda hanya perlu klik button REFRESH sehingga anda jumpa nombor pilihan anda.
8-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Seterusnya sila isi Maklumat Pendaftaran Simkad ONEXOX dalam borang online yang disediakan. Sila pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap dan betul supaya tak berlaku sebarang isu dengan proses penghantaran dan pendaftaran simkad anda. Sila masukkan email yang aktif kerana maklumat tracking akan diberikan melalui email anda.
9-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Sebelum klik button CHECK OUT, sila pastikan maklumat DEALER INFO adalah seperti di bawah. Ini bagi memudahkan pikah kami melakukan support sekiranya berlaku masalah.
7-cara-beli-simkad-onexox-prepaid

Like kami di FB untuk dapatkan info terkini dan promosi menarik dari ONEXOX.