PENGENALAN

Dalam artikel kali ini, admin akan berikan sedikit panduan mudah bagaimana nak uji kelajuan internet telco anda tanpa menggunakan app “speed test”. Anda boleh test hanya menggunakan app video youtube sahaja

So, macam mana nak uji kelajuan internet telco anda? Telefon anda mesti ada app YouTubekan? Okay, sila buka dan play mana-mana video yang anda suka. Kalau boleh, play video yang berdurasi lebih dari 10 minit. Lagi panjang durasi pun boleh.

Kemudian, lepas play, klik 3 titik bertindih kat bucu atas sebelah kanan. Tengok “Quality” yang dipilih secara AUTOMATIK oleh YouTube. Anda tengok je dan tak perlu tukar apa-apa. Kalau kurang dari 480p, internet anda agak lembap. Kalau 480p/720p/1080p, internet anda memang padu dan terbaik. Kesimpulannya, semakin besar angka tersebut, kekuatan internet anda semakin padu!

Uji Kelajuan Internet Telco Anda
Tengok Angka Pada Menu Quality

Seterusnya anda anda boleh klik “back”. Sila perhatikan pula bar di bawah video (rujuk gambar di bawah). Bar tu menunjukkan setakat mana video dah play (warna merah), dan juga setakat mana video tu dah “load” (warna putih). Kalau warna putih jauh meninggalkan warna merah, ternyata internet anda power. Tapi kalau tak nampak bayang pun warna putih tu, video pun sangkut-sangkut, ternyata internet anda noob & lembap.

Uji Kelajuan Internet Telco Anda
Tengok Garisan Merah dan Putih

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, selepas anda dah buat simple test ni dan anda dapati internet anda noob & lembap, apa tindakan anda? Teruskan guna perkhidmatan telco tersebut atau teruskan bayar bil/topup untuk benda tak berkualiti? Atau anda jadi pengguna bijak dan tukar kepada telco yang lebih baik.

Anda boleh pilih untuk tukarkan telco yang lembap itu kepada ONEXOX. ONEXOX menawarkan pakej data yang berpatutan dan telus kepada setiap pengguna. Anda dapat menikmati pelan data dengan liputan yang meluas dan dapat layari internet dengan kelajuan tinggi.