Categories
Panduan Pengedar Onexox

AMARAN PENDAFTARAN PALSU ONEXOX

SILA AMBIL PERHATIAN!!

Assalamualaikum & Salam Hormat,

Amaran Pendaftaran Palsu Onexox ~ Pihak syarikat mendapati bahawa terdapat beberapa pendaftaran palsu dikesan dibuat oleh segelintir pengedar menggunakan dokumen peribadi (MyKAD, pasport) yang telah disunting (edited). Aktiviti ini telah menyebabkan beberapa pengedar terlibat telah pun dikenakan tindakan iaitu PENAMATAN AKAUN PENGEDAR dan DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA untuk tindakan undang-undang. Sila ambil maklum bahawa pihak syarikat sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa seperti SKMM & PDRM dalam memerangi jenayah siber.

Pihak syarikat mengambil serius kes pendaftaran palsu atau fraud registration yang melibatkan nombor ONEXOX. Sila ambil maklum beberapa perkara penting seperti di bawah:

  1. Denda RM500 akan dikenakan bagi setiap nombor telefon yang didaftarkan dengan dokumen palsu.
  2. Jika application onexapp anda bermasalah, sila betulkan kedudukan cahaya atau tukar hp lain.
  3. Jika dokumen pengguna bermasalah atau rosak, pengguna perlu membuat penggantian mykad atau pasport yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara.
  4. Nombor telefon pengguna yang didaftarkan menggunakan dokumen palsu akan disekat.

Oleh itu sebagai peringatan, sila pastikan anda terus mengikut garis panduan yang ditetapkan syarikat dan SKMM bagi mengelakkan kesulitan. Ingin dijelaskan di sini, pengedar TIDAK BOLEH membuat pendaftaran menggunakan dokumen yang disunting (edited) walaupun maklumat yang disunting adalah asli.

Jika pengguna anda jauh, sila gunakan platform Online Affiliate Program yang telah diperkenalkan. Jangan sia-siakan usaha anda selama ini hanya kerana alasan “IC tak boleh scan”.

Sebarang rayuan tidak akan dilayan dan anda sebagai pengedar ONEXOX mesti berhati-hati & jangan terjebak. Terima kasih.

amaran-pendaftaran-palsu-onexox