Categories
Berita Bonus

Onexox Online Store Affiliate Program

Home » Berita » Onexox Online Store Affiliate Program

Sebagai penghargaan khusus kepada semua pengedar simkad ONEXOX, berkuat kuasa serta merta ONEXOX telah menyediakan sebuah platform digital untuk anda mendapatkan pengguna baru dengan lebih mudah secara online. Anda hanya perlu mendapatkan pautan URL anda yang tersendiri dan kongsikan kepada sesiapa sahaja. Pautan URL tersebut akan membawa bakal pengguna ke XOX ONLINE STORE.

 

Panduan Penggunaan

 

URL Promosi Yang Disediakan adalah seperti di bawah.
checkmark-bisnes-xox https://xox.com.my/onlinestore/dealer.php?dlr=DealerCode

Gantikan DealerCode dengan nombor ID ONEXOX anda.

Contoh :
Sekiranya nombor ID ONEXOX anda : DYSD4910

“Gantikan DealerCode dengan DYSD4910”

Link promosi anda akan kelihatan seperti di bawah
checkmark-bisnes-xox https://xox.com.my/onlinestore/dealer.php?dlr=DYSD4910

 

Langkah seterusnya anda boleh copy dan paste kan link promosi tersebut kat mana-mana sahaja seperti group what’s app group, facebook group, twitter, forum online dan sebagainya. Sekiranya ada tempahan simkad, user tersebut diletakkan di bawah hierarchy anda. Jika pengguna tersebut membuat pembelian SP atau MNP melalui link promosi anda, pengedar yang berkenaan layak untuk menerima hibah 5% bagi setiap tambah nilai yang dibuat oleh pengguna termasuk hibah langganan pakej FAT.

 

Kiraan Hibah

  1. Tier 1 = 5%
  2. Tier 2 = 2%
  3. Tier 3 = 2%
  4. Tier 4 = 1%

❗️NOTA:
Kiraan Hibah FAT sama seperti kiraan biasa.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk MEMO & FAQ.

 

Soalan Lazim(FAQ)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Online Store Affiliate Program?
✅ Online Store Affiliate Program direka khusus buat semua pengedar ONEXOX dan XOX. Merupakan platform digital bagi membantu pengedar mendapatkan pelanggan baru sama ada untuk pembelian pek permulaan atau MNP. Platform ini diperoleh daripada XOX Online Store dan transaksi melalui platform ini akan dikreditkan ke akaun pengedar.

2. Apakah objektif Online Store Affiliate Program?
✅ Untuk menggalakkkan pengedar mempunyai pautan URL mereka yang tersendiri dan memudahkan pengedar untuk mendapatkan pelanggan baru menggunakan platform digital. Selain daripada berjumpa terus dengan pelanggan, pengedar boleh menggunakan sepenuhnya kemudahan platform digital yang disediakan ini. Selain itu, kemudahan ini juga bagi mengurangkan fraud registration di kalangan pengedar yang tidak bertanggungjawab.

3. Bagaimanakan paparan portal Online Store Affiliate Program?
✅ Paparan portal adalah sama seperti Online Store yang sedia ada dan setiap pautan URL pengedar akan dipaparkan maklumat pengedar seperti kod pengedar, nama syarikat dan nama pengedar pada portal berkenaan untuk rujukan pelanggan. Pelanggan juga boleh mengekalkan nombor sedia ada dengan melakukan MNP. Proses pembelian pek permulaan dan MNP adalah sama seperti proses pembelian di Online Store.

4. Bagaimanakah cara untuk pelanggan mengakses ke URL pengedar?
✅ Rujuk Panduan Penggunaan seperti di atas.

5. Adakah program ini terbuka kepada semua pengedar?
✅ Ya.

6. Adakah pengedar mempunyai pautan URL mereka yang tersendiri?
✅ Ya. Setiap URL adalah unik dan setiap pengedar mempunyai pautan URL mereka yang tersendiri. (Rujuk Panduan Penggunaan)

7. Adakah setiap pembelian pek permulaan dan permohonan MNP dilakukan di dalam satu portal URL yang sama?
✅ Tidak. Pautan URL berkenaan adalah bagi pek permulaan (pelan SP FAT dan Baucar) sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat satu pautan di dalam portal berkenaan untuk MNP bagi URL pengedar tersebut.

8. Adalah pengiraan insentif normal ONEXOX digunapakai apabila pelanggan membeli dan mendaftar melalui pautan URL pengedar tersebut?
✅ Ya. Pengedar akan menikmati insentif tambah nilai dan ‘Special Incentive Season Pass FAT’ apabila mencapai sasaran minimum seperti yang ditetapkan. Rujuk KIRAAN HIBAH di atas.

onexox-affiliate-store-online