Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera kepada semua pengedar ONEXOX sekalian. Dalam post kali ini, pihak kami akan berikan step by step panduan pendaftaran pengedar baharu Onexox di bawah hierarchy anda. Sepanjang PKP ini, jika ada user anda ingin upgrade sebagai dealer ONEXOX, jangan panik dan jangan lepaskan peluang ini. Anda bantu user anda untuk upgrade sebagai pengedar sah ONEXOX dan guide dealer anda sehingga berjaya.
Bagaimana caranya?
Okay, langkah seterusnya anda hanya perlu ikut panduan di bawah. Mudah sahaja.
Berikut dilampirkan panduan pendaftaran pengedar baharu (sementara) yang perlu diikuti oleh setiap Dealer, MD dan AD bagi menjalankan proses pendaftaran pengedar baharu sepanjang tempoh PKP / PKPB / PKPP sehingga diberitahu kelak.
Langkah-langkah adalah seperti berikut :
- LANGKAH 1 : Dealer emelkan Borang Pendaftaran Pengedar (Form A) kepada pengguna (bakal dealer).*
- LANGKAH 2 : Pengguna emelkan semula Form A yang telah lengkap berserta gambar MyKAD depan belakang (emailkan ke dealer yg berkenaan).
- LANGKAH 3 : Dealer emelkan Form A, MyKAD pengguna dan MyKAD dealer depan belakang kepada MD/AD.
- LANGKAH 4 : MD/AD hubungi pengguna secara “VIDEO CALL” & “screenshot” untuk pengesahan.
- LANGKAH 5 : MD/AD teruskan pendaftaran dealer baharu.
- LANGKAH 6 : MD/AD emelkan Form A, MyKAD pengguna dan MyKAD dealer depan belakang ke submit@onexox.my (dalam masa 14 hari selepas pendaftaran berjaya).
- Sila rujuk carta alir di bawah untuk lebih faham proses pendaftaran pengedar baharu ONEXOX sepanjang PKP.
Selepas anda berjaya bantu user upgrade ke status pengedar, apakah tindakan yang perlu dibuat. Bimbing dealer anda sehingga berjaya. Anda juga boleh berikan tips kepada dealer anda bagaimana nak buat sales simkad Onexox semasa PKP ini. KLIK DI SINI untuk dapatkan panduan jual simkad Onexox semasa PKP.
Nota
* Dealer tidak perlu berjumpa pengguna untuk pengesahan.
* Template pengedar tidak perlu digunakan buat masa ini.
Like kami di FB untuk dapatkan info promosi Happy Hours dan update produk terbaru dari Onexox.
ONEXOX #XOXMalaysia #OutThereWeAreOne #ONEXOXBantu #Staysafe #Stayathome #OnexoxCares #KitaJagaKita #MenangBersama #JaringanPrihatin #LindungDiriLindungSemua