Categories
Panduan Pengedar Onexox

Cara Mudah Dealer ONEXOX Buat Jualan Simkad

Home » Panduan Pengedar Onexox » Cara Mudah Dealer ONEXOX Buat Jualan Simkad

Anda dealer ONEXOX? Adakah anda menghadapi masalah untuk jual simkad ONEXOX semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini? Jangan gusar dan bimbang! Anda sebenarnya tak perlu susah hati untuk dapatkan pelanggan ONEXOX. Kami akan bantu anda. Mudah sahaja dengan ONEXOX Online Store Affiliate Program.

Dalam artikel kali ini, admin akan bantu anda buat jualan simkad ONEXOX melalui online sahaja. Mudah sangat-sangat! Anda hanya duduk rumah dan tak perlu keluar jumpa bakal pengguna ONEXOX. Jangan risau tentang KPI pengedar kerana kami mudahkan anda dengan ONEXOX Online Store Affiliate Program.

Apa itu ONEXOX Online Store Affiliate Program?

  1. Program ini terbuka kepada semua pengedar Onexox Prepaid dan Onexox Black.
  2. Anda tak perlu runsing pasal stok sim dan anda tak perlu keluarkan modal sesen pun untuk simpan stok simkad di tangan anda. Jimat kos!
  3. Anda tak perlu nak buang duit minyak nak berjumpa dengan pelanggan.
  4. Anda tak perlu bazirkan masa nak berjumpa dengan pelanggan.
  5. Anda juga tak perlu risau berkaitan Akta PDPA kerana pendaftaran simkad jarak jauh.
  6. Kos pengeposan atau postage adalah percuma dan kos penghantaran ini ditanggung oleh syarikat.
  7. Tugas anda hanya lakukan promosi melalui media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain) atau dalam Messaging Apps seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
  8. Sekiranya ada pendaftaran, anda tetap mendapat insentif yang sama.

Bagaimana caranya?

Penggunaan QR kod

Anda boleh login ke onesys dan dapatkan QR kod. Seterusnya anda kongsikan QR kod melalui media sosial. Anda boleh rujuk video di bawah untuk lihat langkah-langkah penggunaan QR Kod.

Sebaik sahaja pengguna membuat pembelian melalui link affiliate atau QR kod anda, pengguna hanya perlu mengaktifkan simkad. Cara aktifkan simkad boleh rujuk video di bawah.

Anda juga boleh KLIK DI SINI untuk dapatkan panduan aktifkan simkad ONEXOX

Like kami di Facebook untuk dapatkan info update dan promosi terkini dari ONEXOX!