Dalam artikel kali ini, admin akan terangkan maksud paparan baki akaun prepaid simkad ONEXOX anda. Semoga pemahaman anda lebih jelas selepas membaca artikel ini.
Untuk lihat paparan baki, anda hanya perlu dail *150*1# dan paparan seperti di bawah akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit anda.
Berikut adalah sedikit penerangan mengenai baki akaun prepaid simkad ONEXOX
Item/Bilangan | Penerangan |
---|---|
1. | Data aktif yang anda sedang guna sekarang. Misalnya saya aktifkan 10GB untuk sebulan. Data ini diambil dari season pass. |
2. | Tarikh luput talian. Tarikh ini sentiasa bertambah setiap kali kita topup |
3. | Baki kredit yang ada. Jika anda buat panggilan, sistem akan tolak minit dalam season pass. Jadi kredit sedia ada anda tidak terusik |
4. | Tarikh luput data aktif yang anda tengah guna sekarang. Kalau data habis sebelum tarikh luput, anda boleh add on data dari season pass. Tak perlu tambah kredit. Jimat kan? |
5. | Data, minit panggilan dan sms akan tersimpan di sini. Anda boleh guna bila-bila masa. Anda juga boleh kongsikan dengan pengguna ONEXOX yang lain. |
Beli Simkad ONEXOX PREPAID
Tunggu apa lagi? Ayuh dapatkan simkad ONEXOX Prepaid hari ini juga. Penjimatan di tangan anda.
Like kami di FB untuk dapatkan info terkini dan promosi menarik dari ONEXOX. Anda juga boleh klik DI SINI untuk dapatkan panduan beli simkad ONEXOX secara online. Mudah sahaja.