LAJU BETUL! 2 HARI LEPAS DAFTAR ONEXOX BLACK POSTPAID PLAN 44GB, TERUS UPGRED PLAN 100GB
Ini kisah Tuan SS. Tuan SS pun sama macam orang lain. Pengguna internet dan ada masalah telco asal yang tak berapa perform kelajuan internet. Bukan nak salahkan telco asal. Mungkin kawasan Tuan SS tak berapa elok coverage telco asal. Jadi tak berapa sesuai nak guna telco tu. Atau mungkin juga Tuan SS tak perasan plan yang dilanggan tu, ada kuota ataupun had untuk data kelajuan tinggi. Selebihnya adalah basic internet, yang kelajuannya bawah 100kbps. Jom terjah kisah tuan SS lepas daftar ONEXOX BLACK POSTPAID Plan 44GB, terus upgred plan 100GB.
Sama macam orang lain. Tuan SS pun agak ragu untuk tukar telco lain. Cuma bila baca tentang XOX kat Facebook, terdetik juga nak cuba. Mana tak nya, tengok orang cerita seronok guna XOX. Laju dan tak ada pecahan data. Nak hotspot semua data pun boleh. Tuan SS ni pengguna internet yang agak tegar juga. Banyak guna data sebulan-sebulan. Jadi dua pilihan untuk Tuan SS guna.
Tuan SS sebenarnya lebih sesuai untuk guna plan 100gb sebulan, tapi biasalah. Belum ada keyakinan lagi nak guna yang bulanan RM89. Takut coverage kat tempat tinggal tak stabil. Takut internet slow. Takut tak berbaloi, dan macam-macam lagi. Jadi Tuan SS nak cuba dulu. Tuan SS pilih yang 44gb sebulan, nak tengok kelajuan internet kat tempat tinggal beliau.
Alhamdulillah. Bila dah terima simkad, dan dah guna, Tuan SS sangat berpuas hati. Laju jer kata beliau. Tak sama macam telco sebelum ni. Esoknya, Tuan SS mesej lagi tanya kalau nak upgred yang 100gb, apa perlu dia buat? Eh! Baru sehari dah tanya nak upgred. Terkejut juga. Mungkin Tuan SS puas hati kot.
Maklum pada Tuan SS, biarlah sampai sebulan dulu. Sebab nak upgred yang 100gb ni, kena bayar RM89 plan 100gb pula. Dan kena bayar juga RM59 plan semasa. Bayaran ni akan dimasukkan dalam bil juga sebenarnya. Nanti bil akan jadi negatif. Tapi kena keluar duit banyak lah. Baru je sehari bayar RM59. Nak kena bayar RM148 lagi kalau nak upgred. Tuan SS setuju. Tapi dah banyak data dia guna. Tanya juga buat apa data banyak betul guna ni?
Tuan SS bagitau dia guna untuk download game PS4. Fuh! Boleh tahan juga tuan SS guna internet. Hari kedua, Tuan SS mesej lagi. Tuan SS cakap nak upgred plan 100gb. Data 44gb sebelum ni dah habis. Wah! 2 hari guna 44gb? Kalau macam tu 100gb pun tak cukup nak guna. Bukan tahap biasa tuan SS ni.
Tuan SS bagitahu bukan selalu guna banyak data macam tu. Jarang sangat. Sebab kena duduk rumah lama, download game sampai habis data 44gb. Tuan SS pun sanggup bayar RM148. Nak upgred plan 100gb. Tuan SS faham yang bayaran tu masuk dalam bil nanti. Seronok sangat bila dengar Tuan SS puas hati guna internet dari onexox ni. Dah lama tak merasa internet mobile yang laju.
Kalau tak cuba, memang Tuan SS tak tahu. Dan Tuan SS pun memang niat nak cuba. Sebab tu langgan plan 44gb dulu. Alhamdulillah Tuan SS puas hati. Lepas 2 hari, terus upgred plan 100gb. Seronok rasa bila dengar dalam 2 hari dapat guna 44gb dengan optimum. Setiap orang berbeza penggunaan dia. Ada orang, 10gb sebulan pun dah cukup. Ada orang, 100gb sebulan masih tak cukup.
TUAN SS MULA SEDAR KELEBIHAN ONEXOX BLACK
Apa pun, fahami tahap penggunaan sendiri, dan langganlah plan yang takde sekat kelajuan internet. Kita nak guna internet dengan laju jer. Takde sangkut-sangkut. Tapi kena pastikan coverage kat tempat kita support onexox. Kalau coverage tak ok, data internet kelajuan tinggi tu takkan berfungsi. Kena jelas yang tu. Kalau ramai sangat pengguna coverage sama kat satu tempat, pun boleh mengganggu kelajuan internet. Sama macam hari raya, bila semua orang berkumpul kat satu kawasan.
Apa pun, jika nak guna internet yang laju, elakkan melanggan plan yang ada kuota untuk highspeed data. Selebihnya adalah basic internet. Basic internet, kelajuannya bawah 100kbps. Kelajuan ni, hanya cukup untuk kita bermesej. Nak tengok video macam tak lepas. Onexox, dengan plan 44gb atau 100gb, adalah plan yang kesemua data adalah highspeed data. Tak ada kuota kelajuan.
Onexox juga tak kawal penggunaan data untuk app tertentu, atau untuk penggunaan hotspot. Maksudnya, kalau nak guna semua 100gb untuk hotspot pun boleh. Takde masalah. Tak ada pecahan data, dan onexox tak kawal penggunaan data. Kita kawal sendiri nak guna ke mana. Jika dah biasa dengan komitmen bil bulanan telefon yang tinggi, dan nak cuba penggunaan 100gb data highspeed, boleh cuba onexox dengan komitmen bulanan RM89 sahaja (Tak termasuk sst).
Plan data buffet B59DB dan B89DB kini boleh didapati di ONEXOX AFFILIATE ONLINE STORE. Anda boleh beli simkad secara online dan tiada sebarang caj penghantaran yang dikenakan. Mudah sahaja!! Untuk pendaftaran simkad, anda boleh klik button di bawah untuk daftar sendiri. Tanya lah dulu orang sekitar line internet onexox atau celcom macam mana. Kalau ok, insyaAllah onexox ni berbaloi. Pilih ONEXOX BLACK!