Categories
SP Happy Hour

Cara Beli Happy Hour ONEXOX

Pengenalan

Apakah season pass happy hour? Season Pass Happy Hour adalah promosi data, minit masa berbual dan SMS yang ditawarkan oleh ONEXOX pada masa-masa tertentu sahaja. Harga data, masa berbual dan SMS yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga pakej biasa. Jadi, bila ada promo Happy Hour dari ONEXOX, anda boleh beli pada masa yang telah ditetapkan dan paling best kesemua data, masa berbual dan SMS akan masuk dalam season pass akaun prepaid anda. Untuk pengguna BLACK, kesemua data, masa berbual dan SMS yang dibeli akan accumulate(terkumpul) dalam akaun BLACK anda. Untuk posting kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah kepada semua pengguna simkad ONEXOX cara beli Happy Hour ONEXOX.

Contoh Promosi Happy Hour ONEXOX

  • Data 10 GB tambahan percuma 2 GB DAN 100 minit masa berbual untuk RM50 (Jumlah = 12 GB dan 100 minit panggilan)
  • Data 5 GB, tambahan percuma 1 GB untuk RM30 (Jumlah = 6 GB)
  • Data 10 GB, tambahan percuma 3 GB untuk RM50 (Jumlah = 13 GB)
  • Data 5 GB tambahan percuma 50 minit panggilan untuk RM30 (Jumlah = 5 GB dan 50 minit panggilan)
  • Data 10 GB tambahan percuma 50 minit panggilan untuk RM50 (Jumlah = 10 GB dan 50 minit panggilan)
  • Dan lain-lain tawaran lagi bergantung kepada ONEXOX.
cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Jika diteliti betul-betul, setiap tawaran tidak sama. Sebagai kesimpulannya, setiap kali ada promo Happy Hour, pengguna ONEXOX perlu perhatikan adakah pakej tawaran hari itu berbaloi untuk dibeli.

Bila Tawaran Terbaru Happy Hour?

Ada 4 cara nak tahu bila ada tawaran happy hour Onexox.

  • Melalui SMS. Pihak ONEXOX akan blast SMS tawaran setiap kali ada Happy Hour.
  • Melalui menu USSD code *150#. Caranya dail *150#. Seterusnya pilih menu Season Pass & Happy Hour (menu 6 untuk Prepaid dan menu 4 untuk Black). Kalau tiada tawaran Happy Hour untuk hari tersebut, tiada sebarang paparan kat menu tersebut.
  • Melalui Apps MyXOX. Boleh download dari Playstore atau Apple Store.
  • Melalui FB page https://www.facebook.com/subdealeronexox/ . Anda boleh LIKE FB page  https://www.facebook.com/subdealeronexox/ untuk sentiasa dapatkan info promosi Season Pass Happy Hour dan lain-lain promosi dari ONEXOX.

Cara Beli Happy Hour ONEXOX

Untuk beli Happy Hour, pastikan kredit anda mencukupi untuk harga promo happy hour yang ditawarkan pada hari tersebut. Untuk tutorial kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana anda boleh langgan promosi Happy Hour melalui SMS. Mudah sahaja.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Gambarajah di atas menunjukkan contoh SMS promo happy hour dari ONEXOX.

RM0: Dapatkan lebih data dalam bulan September dengan Happy Hour 10GB + 3GB @ RM50. Balas YES utk beli. Terhad utk 1 unit. Sah pd 3/9

CARA BELI

Sebaik sahaja anda terima SMS tersebut, anda cuma perlu reply YES ke 22111. Pastikan kredit anda mencukupi. Rujuk gambar di bawah.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Sekiranya langganan anda berjaya, anda akan menerima SMS seperti di bawah.

RM0: (SP) Thank you for your purchase of Happy Hour Promo 10GB + 3GB. Dail *132# to check latest balance. To subscribe or activate data, key DATA FATW2 / DATA FAT500 / DATA FAT1 / DATA FAT2 / DATA FAT5 / DATA FAT10 and send to 23388.

NOTA TAMBAHAN

Paparan baki di bawah menunjukkan baki akaun prepaid nombor ONEXOX sebelum langganan happy hour. Perhatikan baki data season pass adalah sifar.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Paparan baki di bawah menunjukkan baki akaun prepaid nombor ONEXOX selepas langganan happy hour berjaya. Perhatikan baki data season pass dah jadi 13 GB.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Selepas langganan berjaya, anda boleh guna pada bila-bila masa, boleh kongsikan atau jual kepada keluarga dan sesiapa sahaja yang menggunakan simkad Onexox. Anda juga boleh simpan data atau masa berbual seberapa lama yang anda suka dan ianya bergantung kepada tempoh sah simkad anda.

Panduan Video Cara Beli Happy Hour ONEXOX

Anda juga boleh tonton video ringkas di bawah bagaimana anda boleh beli promo season pass happy hour ONEXOX

Sekian tutorial untuk kali ini. Moga bermanfaat.

Categories
Blog SP Happy Hour

Season Pass Happy Hour Onexox

Season Pass Happy Hour Onexox adalah promosi data atau minit masa berbual yang ditawarkan oleh Onexox mengikut masa tertentu sahaja. Harga data dan masa berbual yang ditawarkan lebih murah dari harga pakej biasa. Anda boleh beli pada masa yang telah ditetapkan dan paling best kesemua data dan masa berbual akan masuk dalam season pass.

Selepas langganan, anda boleh guna pada bila-bila masa, boleh kongsikan atau jual kepada keluarga dan sesiapa sahaja yang menggunakan simkad Onexox. Anda juga boleh simpan data atau masa berbual seberapa lama yang anda suka dan ianya bergantung kepada tempoh sah simkad anda.

Berikut adalah contoh-contoh promosi Season Pass Happy Hour yang Ditawarkan

Season-Pass-Happy-Hour-1

Season-Pass-Happy-Hour-2

Season-Pass-Happy-Hour-3

Terbukti pakej Season Pass Happy Hour ONEXOX sangat murah dan menjimatkan. Anda boleh dapatkan info promosi Season Pass Happy Hour melalui kaedah di bawah:

  1. USSD menu. Dail *150# tekan call. Kemudian pilih no. 6 dan diikuti dengan no.4.
  2. Melalui SMS dari pihak Onexox.
  3. Melalui portal selfcare Onexox.
  4. Melalui page https://www.facebook.com/subdealeronexox/. Anda boleh LIKE page https://www.facebook.com/subdealeronexox/ untuk sentiasa dapatkan promosi Season Pass Happy Hour dan lain-lain promosi dari Onexox.

Untuk pendaftaran simkad jimat ONEXOX, sila klik DI SINI  ONEXOX-BLACK

FREE POSTAGE!!

Categories
Berita Blog FAQ

Onexox Season Pass

Nikmati Perkongsian TANPA HAD! Terbaru Onexox Season Pass

onexox-season-pass

Yang ditunggu telah tiba. Onexox dengan bangganya melancarkan Onexox Season Pass. Khas buat semua warga Onexox yang setia! Kini anda boleh nikmati lebih penjimatan dan kehebatan data berkelajuan tinggi Onexox apabila anda melanggan pakej-pakej ONEXOX SEASON PASS.

Melalui pakej Onexox Season Pass, anda boleh kongsi kuota data, masa berbual dan sms ke semua nombor Onexox. Perkongsian ini adalah untuk kesemua nombor Onexox bukan hanya kepada rakan dan keluarga seperti yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang lain!

Kelebihan Season Pass Onexox :

  1. Tempoh sah data, masa berbual dan kuota SMS dalam Season Pass adalah mengikut tempoh sah akaun prabayar anda! Sekiranya tempoh sah prabayar anda sah sehingga tahun 2020, baki Season Pass anda juga sah sehingga 2020. Fuyoooo!
  2. Begitu juga dengan segala tempoh sah data, masa berbual dan SMS yang dikongsikan kepada penerima, ia juga akan mengikut tempoh sah akaun prabayar penerima berkenaan.

News-OneXOX-prepaid

pakej-Season-Pass-terkini-one-xox

SOAL JAWAB Onexox Season Pass

1. SIAPAKAH YANG BOLEH MELANGGAN SEASON PASS?

  • Semua pelanggan XOX Mobile boleh menikmati keistimewaan Season Pass.

2. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MELANGGAN SEASON PASS?

  • Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)
  • Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pembelian melalui kad kredit atau perbankan internet.
  • Untuk pelanggan Onexox, anda boleh dail *150*6# untuk melanggan pakej Season Pass.
  • Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.

NOTA:

Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.

3.  APAKAH PAKEJ SEASON PASS YANG DITAWARKAN?

  • Terdapat 3 pakej Season Pass yang ditawarkan iaitu VOICE(pakej panggilan), DATA(pakej intenet) dan COMBO(pakej data + panggilan). Rujuk gambar rajah di atas.

 

4. BERAPA RAMAIKAH RAKAN DAN KELUARGA YANG BOLEH BERKONGSI KREDIT MASA BERBUAL, DATA DAN SMS DENGAN SAYA?

  • Tiada had. Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan pada PENGHANTAR untuk setiap perkongsian yang berjaya.
  • Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)

NOTA:

Untuk pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA.

5. APAKAH HAD MAKSIMUM PERKONGSIAN?

  • Masa berbual – Tanpa Had
  • SMS – Tanpa Had
  • Data – 10GB

6. BERAPA LAMAKAH TEMPOH SAH?

  • Tempoh sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.

7. SETELAH SAYA MEMBELI MINIT MASA BERBUAL DAN SMS, BILAKAH TEMPOH PENGGUNAAN BERMULA?

  • Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (TEMPATAN SAHAJA).

NOTA:

  • Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
  • Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
  • Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.

8. APAKAH CAJ BLOK BAGI MINIT MASA BERBUAL BAGI SEASON PASS?

  • Caj blok bagi Season Pass adalah 60 saat.

9. SETELAH SAYA MELANGGAN DATA, BILAKAH TEMPOH PENGGUNAAN BERMULA?

  • Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).

 

NOTA:

Data minimum Season Pass yang boleh dilanggan adalah pakej 1GB (valid 30 hari). Kod untuk pakej ini adalah DATA FAT1. Untuk langganan data 1GB harian(DATA FATD1), pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi iaitu RM3 kerana untuk pakej ini, kredit anda akan digunakan dan bukannya data pada season pass.

10. BOLEHKAH SAYA TERUS MENGGUNAKAN SEASON PASS SEKIRANYA AKAUN PRA BAYAR SAYA TELAH DISEKAT?

  • Anda tidak boleh meggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data).

NOTA:

Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.

11. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYEMAK BAKI SEASON PASS?
✔ Melalui Menu USSD

  • Pelanggan XOX Prepaid : Menu USSD (*132# atau *139*1#)
  • Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*150*4#)

✔ Melalui SMS

  • Pelanggan XOX Prepaid : Hantar BAL / SP BAL ke 23388
  • Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111 / 23388

✔ Melalui MyXOX app

  • Log masuk / Daftar masuk
  • Klik My Account
  • Klik Account
  • Kemudian Klik Profile

12. BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN KOD PIN SAYA SEKIRANYA SAYA TERLUPA?

  • Pelanggan XOX Prepaid : Hantar PIN ke 23388
  • Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111 / 23388

13. BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA DAPATKAN PANDUAN PENGGUNA SEKIRANYA SAYA PERLUKAN BANTUAN MENGENAI SEASON PASS?

  • Sila hantar HELP ke 22111 / 23388 (Boleh digunakan oleh pelanggan XOX Prepaid & ONEXOX)

14. APAKAH SEASON PASS HAPPY HOUR?

  • Season Pass ‘Happy Hour’ adalah promosi yang ditawarkan pada setiap hari Khamis 12 pm – 4 pm, walaubagaimanpun pakej mungkin berbeza mengikut promosi yang ditawarkan.

season-pass-one-xox-happy-hour

  • Kebiasaannya, promosi untuk Season Pass Happy Hour akan dimaklumkan melalui SMS. Di bawah adalah contoh SMS promosi yang akan diterima oleh pengguna Onexox sekiranya ada promosi.

RM0: SEASON PASS HAPPY HOUR! 2GB hanya RM29! TOP-UP sekarang! Jadi yang terawal melanggan pakej ini. Terhad 10K langganan terawal. Promo bermula 5/8/16 jam 11 pagi.