Categories
Kempen

Jom Topup Kaw Kaw

Home » Kempen » Jom Topup Kaw Kaw

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pengguna setia simkad Onexox. Kami ada berita baik buat anda semua. Untuk makluman semua, Kempen Jom Topup Kaw Kaw akan dilanjutkan sehingga 21 April 2024. Woooooooowwwwww! Ini memang terbaik. Anda masih berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik lagi mempersonakan sepanjang kempen ini. Mana tahu kali ini nasib anda memang bertuah.

Kempen ini adalah eksklusif untuk SEMUA pelanggan Prabayar ONEXOX dengan tambah nilai minimum RM10 bagi setiap transaksi sepanjang tempoh kempen untuk berpeluang memenangi hadiah menarik. Mekanisme untuk “Kempen Jom Topup Kaw Kaw” adalah seperti di bawah:

  • Tempoh Kempen : 22 Mac 2024 hingga 21 April 2024
  • Produk Kempen : SEMUA pelanggan Prabayar ONEXOX sahaja
  • Mekanisme Kempen : Pelanggan melakukan tambah nilai minimum RM10 bagi setiap transaksi melalui semua saluran XOX yang sah untuk layak mendapat ganjaran rawak daripada DATA, minit, SMS, produk rumah elektrik dan paling best sehingga kepada Perodua Axia. Setiap transaksi RM10 akan berhak mendapat ganjaran secara rawak.

Tunggu apa lagi bro dan sis?? Jom topup kaw kaw nombor Onexox Prepaid anda hari ini juga! Untuk dapatkan maklumat lanjut dan memo serta terma dan syarat mengenai kempen ini, anda boleh KLIK DI SINI

Berikut adalah senarai pemenang bertuah untuk siri sebelum ini.

Like dan lawati kami di Facebook untuk dapatkan info dan promosi happy hours terkini dari Onexox.