Categories
Prepaid ONEXOX Prepaid Xox

AKAUN DA DAN MA

Home » Prepaid ONEXOX » AKAUN DA DAN MA

Dalam artikel kali ini kami akan membahaskan apa itu akaun DA dan MA di ONEXOX. Masih ramai pengguna simkad ONEXOX yang belum memahami tentang pembahagian DA dan MA yang diwujudkan untuk prepaid ONEXOX.

akaun da dan ma

DA bermaksud Akaun Dedikasi dan MA bermaksud Akaun Utama.

Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?

Dengan pelan fleksi 2 dalam 1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA. Akaun MA adalah akaun kadar biasa manakala akaun DA adalah akaun jimat yang diwujudkan untuk pengguna merasai kadar cas yang lebih murah.

Akaun DA akan digunakan terlebih dahulu ketika anda membuat panggilan dan SMS sehingga habis, dan seterusnya baki kredit MA akan digunakan. Untuk langganan internet, kredit akaun MA akan digunakan terlebih dahulu, sekiranya tidak mencukupi kredit akaun DA akan diambil. Anda tak perlu pening fikirkan mekanisme baki kredit akaun mana yang akan digunakan kerana ianya automatik.

Pembahagian kredit Akaun DA dan Akaun MA

Setiap kali anda topup atau tambah nilai, pembahagian kredit akan berlaku seperti di bawah:

  • Topup RM10 : RM4 dikreditkan ke DA dan RM6 dikreditkan ke MA
  • Topup RM30 : RM20 dikreditkan ke DA dan RM10 dikreditkan ke MA
  • Topup RM50 dan ke atas : Semuanya dikreditkan ke DA

Tips Penjimatan untuk Prepaid ONEXOX

Kalau anda inginkan penjimatan lebih untuk segmen prepaid ONEXOX, anda boleh ikut tips di bawah:

  1. Top-up RM50 dan ke atas untuk memastikan semua kredit berada dalam akaun DA bagi mendapatkan kadar cas yang lebih murah tanpa risau kerana anda telah pon mendapat tempoh sah kredit yang panjang iaitu tidak perlu top-up setiap bulan. Guna kredit anda sehingga habis, baru anda top-up semula.
  2. Beli minit panggilan ketika Happy Hour atau Minit panggilan season pass sedia ada kerana kadar cas minit panggilan paling murah berbanding DA dan MA iaitu 9 sen seminit ke semua rangkaian

Ketelusan Kami di ONEXOX

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

Daftar Sekarang dan Dapatkan Pelan Prepaid Terbaru Tanpa Had ULTIMATE 35

PLAN ULTIMATE DATA 35

Internet dan strim sepuasnya pada harga yang membingungkan!!! Klik link di bawah untuk dapatkan info lanjut plan ULTIMATE 35

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.