Categories
Top Up Pin

Xox Top up Pin

Home » Top Up Pin » Xox Top up Pin

Cara Top up Pin Onexox

XOX TOP UP PIN | Dalam tips kali ini, kami akan berikan panduan top up pin nombor prepaid Onexox. Langkah pertama sila dapatkan slip top up, kad gores atau kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7 Eleven. Pin topup juga boleh dibeli melalui online banking atau dari mana-mana agen topup.

Selepas anda beli pin 16 digit, sila ikut kaedah di bawah untuk top up akaun prepaid anda menerusi. Ada dua kaedah yang anda boleh gunakan iaitu melalui kod USSD atau topup melalui sms.

Kaedah USSD

Top up akaun sendiri

dail  *150*2*<Pin kod 16-angka>#

Top up akaun pengguna Onexox yang lain

dail *150*2*<Pin Kod 16-angka>*<nombor telefon>#

Contoh:

dail *150*2*<Pin Kod 16-angka>*010300XXXX#

Kaedah SMS

Top up akaun sendiri taip REC<jarak>PR<jarak><Pin Kod 16-angka> dan hantar ke 28899

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Baca artikel cara topup dan semak baki akaun Xox

Like kami di FB