SETIAP HARI SEMAKIN SEMAKIN RAMAI SERTAI ONEXOX

Bulan Januari 2016 baru sahaja berakhir dengan pelbagai kejayaan dicapai oleh Onexox. Untuk maklumat anda semua, kini Onexox semakin menjadi sebutan ramai dan semakin dikenali dari Perlis hingga ke Sabah sebagai Telco yang menawarkan perkhidmatan paling jimat, murah dan tanpa kos yang tersembunyi.

 

PENDAFTARAN TERTINGGI

Untuk Januari 2016, rekod pendaftaran tertinggi dalam sehari dicatatkan pada 29 Januari 2016 iaitu sebanyak 2,671 pendaftaran. Rekod pendaftaran tertinggi dalam sebulan juga dicatatkan dalam bulan Januari 2016 iaitu melebihi 60,400 pendaftaran dan dijangka akan mencapai jumlah 1 juta pengguna dalam beberapa minggu lagi.
Pencapaian ini amat sukar ditandingi oleh mana-mana telco yang baru bertapak termasuk telco-telco gergasi yang lain dan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan yang bersifat program (bukan telco).

Subdealer dan Dealer Onexox yang bermula dengan gigih menjaja simkad RM10 di pasar-pasar malam, pasar tani, kaki lima, depan bank dan sebagainya tanpa rasa segan dan malu pada suatu ketika dahulu, kini telah mula menunjukan taring dengan membuka premis-premis sendiri hampir seluruh bandar dari utara hingga ke Sabah dan Sarawak. Kini hamper semua negeri di Malaysia mempunyai Center Onexox!

 

 

mini-telco-onexox

 

SIREH PULANG KE GAGANG

Pihak kami agak terperanjat, apabila sebahagian dari ahli XOXPREPAIDPLAN.COM yang dulunya telah tinggalkan onexox sama ada telah “terminated” atau “port out” tiba-tiba kembali menggunakan simkad koman RM10 Onexox dan sebahagiannya terus sertai sebagai pengedar Onexox melalui pakej-pakej yang ditawarkan. Tahniah sekali lagi dari pihak kami.

Seperti mana yang diketahui umum, Onexox tidak ada iklan gula-gula free itu dan ini. Semua adalah jelas dan telus. Anda boleh lihat dan rasai sendiri, banyak program dan telco lain di luar sana yang mencanangkan iklan FREE itu dan ini tetapi pada masa yang sama terdapat pelbagai muslihat dan putar belit yang akhirnya merugikan pengguna seperti “jerat” PPU, kelajuan internet yang disekat, iklan yang entah apa-apa masuk ke handphone pengguna di samping caj panggilan yang tidak munasabah.

Di kesempatan ini, pihak kami mengalu-alukan rakan-rakan yang telah kembali semula kepada Onexox dan tahniah kepada mereka yang terus mengambil kesempatan menjadi Subdealer atau Dealer Onexox yang ternyata tersangat murah jika hendak dibandingkan dengan agen-agen telco lain yang pastinya bermodalkan ribuan RM dan wajib mempunyai premis sebelum memulakan perniagaan. Konsep mini Telco yang digunakan oleh Onexox ternyata membuahkan hasil dengan menawarkan pakej pendaftaran yang sangat rendah sebagai pengedar dan tidak mewajibkan premis untuk memulakan perniagaan.

Sekian untuk kali ini.