Pengenalan

Apakah season pass happy hour? Season Pass Happy Hour adalah promosi data, minit masa berbual dan SMS yang ditawarkan oleh ONEXOX pada masa-masa tertentu sahaja. Harga data, masa berbual dan SMS yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga pakej biasa. Jadi, bila ada promo Happy Hour dari ONEXOX, anda boleh beli pada masa yang telah ditetapkan dan paling best kesemua data, masa berbual dan SMS akan masuk dalam season pass akaun prepaid anda. Untuk pengguna BLACK, kesemua data, masa berbual dan SMS yang dibeli akan accumulate(terkumpul) dalam akaun BLACK anda. Untuk posting kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah kepada semua pengguna simkad ONEXOX cara beli Happy Hour ONEXOX.

Contoh Promosi Happy Hour ONEXOX

  • Data 10 GB tambahan percuma 2 GB DAN 100 minit masa berbual untuk RM50 (Jumlah = 12 GB dan 100 minit panggilan)
  • Data 5 GB, tambahan percuma 1 GB untuk RM30 (Jumlah = 6 GB)
  • Data 10 GB, tambahan percuma 3 GB untuk RM50 (Jumlah = 13 GB)
  • Data 5 GB tambahan percuma 50 minit panggilan untuk RM30 (Jumlah = 5 GB dan 50 minit panggilan)
  • Data 10 GB tambahan percuma 50 minit panggilan untuk RM50 (Jumlah = 10 GB dan 50 minit panggilan)
  • Dan lain-lain tawaran lagi bergantung kepada ONEXOX.
cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Jika diteliti betul-betul, setiap tawaran tidak sama. Sebagai kesimpulannya, setiap kali ada promo Happy Hour, pengguna ONEXOX perlu perhatikan adakah pakej tawaran hari itu berbaloi untuk dibeli.

Bila Tawaran Terbaru Happy Hour?

Ada 4 cara nak tahu bila ada tawaran happy hour Onexox.

  • Melalui SMS. Pihak ONEXOX akan blast SMS tawaran setiap kali ada Happy Hour.
  • Melalui menu USSD code *150#. Caranya dail *150#. Seterusnya pilih menu Season Pass & Happy Hour (menu 6 untuk Prepaid dan menu 4 untuk Black). Kalau tiada tawaran Happy Hour untuk hari tersebut, tiada sebarang paparan kat menu tersebut.
  • Melalui Apps MyXOX. Boleh download dari Playstore atau Apple Store.
  • Melalui FB page https://www.facebook.com/subdealeronexox/ . Anda boleh LIKE FB page  https://www.facebook.com/subdealeronexox/ untuk sentiasa dapatkan info promosi Season Pass Happy Hour dan lain-lain promosi dari ONEXOX.

Cara Beli Happy Hour ONEXOX

Untuk beli Happy Hour, pastikan kredit anda mencukupi untuk harga promo happy hour yang ditawarkan pada hari tersebut. Untuk tutorial kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana anda boleh langgan promosi Happy Hour melalui SMS. Mudah sahaja.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Gambarajah di atas menunjukkan contoh SMS promo happy hour dari ONEXOX.

RM0: Dapatkan lebih data dalam bulan September dengan Happy Hour 10GB + 3GB @ RM50. Balas YES utk beli. Terhad utk 1 unit. Sah pd 3/9

CARA BELI

Sebaik sahaja anda terima SMS tersebut, anda cuma perlu reply YES ke 22111. Pastikan kredit anda mencukupi. Rujuk gambar di bawah.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Sekiranya langganan anda berjaya, anda akan menerima SMS seperti di bawah.

RM0: (SP) Thank you for your purchase of Happy Hour Promo 10GB + 3GB. Dail *132# to check latest balance. To subscribe or activate data, key DATA FATW2 / DATA FAT500 / DATA FAT1 / DATA FAT2 / DATA FAT5 / DATA FAT10 and send to 23388.

NOTA TAMBAHAN

Paparan baki di bawah menunjukkan baki akaun prepaid nombor ONEXOX sebelum langganan happy hour. Perhatikan baki data season pass adalah sifar.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Paparan baki di bawah menunjukkan baki akaun prepaid nombor ONEXOX selepas langganan happy hour berjaya. Perhatikan baki data season pass dah jadi 13 GB.

cara pengguna beli promo seson pass happy hour ONEXOX

Selepas langganan berjaya, anda boleh guna pada bila-bila masa, boleh kongsikan atau jual kepada keluarga dan sesiapa sahaja yang menggunakan simkad Onexox. Anda juga boleh simpan data atau masa berbual seberapa lama yang anda suka dan ianya bergantung kepada tempoh sah simkad anda.

Panduan Video Cara Beli Happy Hour ONEXOX

Anda juga boleh tonton video ringkas di bawah bagaimana anda boleh beli promo season pass happy hour ONEXOX

Sekian tutorial untuk kali ini. Moga bermanfaat.