Bagaimana nak panjangkan tempoh kredit simkad ONEXOX?
ONEXOX memang terkenal dengan tempoh sah kredit yang panjang. Dengan melanggan pakej promosi Welcome Deal prepaid ONEXOX, anda boleh guna kredit sampai dekat nak habis, barulah anda topup. Konsep validity yang panjang ini memang amat bersesuaian dengan kepatuhan syariah ONEXOX. Tiada paksaan dan tekanan kepada setiap pengguna ONEXOX disebabkan validity yang pendek. Dalam tutorial kali ini, kami akan tunjukkan bagaimana anda boleh beli validity simkad ONEXOX dengan menggunakan kaedah SMS.
Siapa yang boleh beli validity simkad ONEXOX?
Semua pengguna simkad ONEXOX PREPAID boleh beli validity ini untuk panjangkan tempoh simkad. Sekiranya simkad ONEXOX PREPAID anda telah dibarred atau diblocked, anda perlu topup dulu sekurang-kurangnya RM5 untuk tujuan mengaktifkan atau membuka kembali talian simkad anda.
Dalam tips kali ini, pihak kami berikan panduan kepada semua pengguna ONEXOX yang terlepas TEMPOH SAH KREDIT 28 bulan atau pengguna yang ingin panjangkan tempoh kredit ONEXOX sedia ada, anda boleh beli tempoh sah dengan harga RM18 untuk 6 bulan & RM25 untuk 12 bulan. Anda boleh ikut cara di bawah atau rujuk info grafik yang diberikan.
- SMS Valid 6 ke 22111 untuk dapatkan tempoh sah 6 bulan
- atau SMS Valid 12 ke 22111 untuk dapatkan tempoh sah 12 bulan
Sekiranya anda berminat menjadi pengguna prepaid ONEXOX, anda boleh klik button di bawah untuk pendaftaran. Percuma kredit RM5 dan Percuma postage.