PENGENALAN
Satu lagi kejutan dibuat oleh ONEXOX. Bermula 15 September 2019, ONEXOX telah melancarkan pakej BLACK terbaharu mereka iaitu Plan Buffet B89DB ONEXOX BLACK. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di bawah:
- Bayaran bulanan mahal & tidak sepadan dengan kuota data
- Data Unlimited TETAPI kelajuan data hanya beberapa hari kemudian slow macam siput
- Ada pecahan data untuk youtube, whats app, facebook, instagram dan sebagainya
- Ada pecahan data hujung minggu & tengah malam
- Terikat dengan kontrak seperti 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun dan lain-lain.
Plan Buffet B89DB ONEXOX BLACK inilah Plan yang paling tepat sebagai pilihan anda. Plan ini tampil dengan panggilan tanpa had kesemua telco, 200 SMS percuma dan Plan data yang berfungsi seakan-akan unlimited data. Data ini adalah highspeed dan tiada pecahan untuk youtube, whats app, facebook, instagram dan sebagainya. Wooow!! Anda boleh henjut penggunaan data ini sesuka hati anda.
Bagaimana Plan Buffet B89DB berfungsi?
Secara mudah dan ringkas, setiap bulan anda akan mendapat data permulaan sebanyak 20GB setiap cycle. Selepas habis 20GB yang pertama, anda akan menerima lagi 20GB seterusnya secara PERCUMA. Sekiranya tambahan 20GB ini habis, anda akan menerima lagi 20 GB. Secara puratanya, tambahan 20 GB ini akan diberikan sebanyak empat kali dan anda boleh kira berapakah jumlah kesemua data yang anda dapat untuk setiap bulan termasuk dengan data permulaan 20 GB.
Analogi Buffet kat Hotel
Plan baru Data Buffet ONEXOX dah macam makan buffet kat hotel. Anda bayar sekali sahaja dan anda boleh tambah berkali-kali. Kalau anda makan macam tak cukup, anda masih boleh tambah lagi kan? Sampailah anda rasa cannot go(terlalu kenyang). Analogi ini samalah juga dengan buffet data ONEXOX. Sebelum data anda kosong, sistem akan tambah lagi 20GB, kemudian anda guna lagi dan sebelum data kosong, sistem akan tambah lagi 20GB. Contoh tambahan data adalah seperti rajah di bawah.
Kesemua data tambahan ini adalah high speed dan bukan basic data. Paling menarik anda tak perlu buat bayaran tambahan. Bukan setakat data sahaja besar. Panggilan ke semua rangkaian adalah UNLIMITED!
Detail Plan Data, Minit dan SMS B89DB
- 20 Gb + Buffet data. Rujuk penjelasan audio di atas.
- Unlimited call ke semua rangkaian
- 200 SMS setiap bulan
- Internet berkelajuan tinggi 4G (Bergantung kepada liputan kawasan anda)
- Liputan terbesar di malaysia – Coverage Celcom
- TIADA ada pecahan data yang menghadkan penggunaan anda.
- TIADA pecahan data hujung minggu & tengah malam.
- TIADA kontrak. Anda boleh port out bila-bila masa
- Black list diterima
- Bayaran bulanan RM89 + 6% SST.
Secara ringkasnya, apa yang pengguna dapat sekiranya langgan plan Onexox Black B89DB ni ditunjukkan dalam jadual di bawah
Bagaimana nak daftar?
Plan data buffet B89DB kini boleh didapati di ONEXOX AFFILIATE ONLINE STORE. Anda boleh beli simkad secara online dan tiada sebarang caj penghantaran yang dikenakan. Mudah sahaja!! Untuk pendaftaran simkad, anda boleh klik button di bawah.
Plan ini adalah TERHAD. Anda boleh klik button whats app di bawah untuk dapatkan info lanjut. InsyaAllah pihak kami akan bantu anda dan beri panduan langkah demi langkah bagaimana nak daftar plan terbaik ini.
Soal Jawab Plan Buffet B89DB ONEXOX BLACK
SOALAN:
Saya berminat daftar plan data buffet ini. Adakah saya mesti guna
nombor baru atau saya boleh kekalkan nombor lama?
JAWAPAN:
Ada 2 pilihan. Anda boleh pilih sama ada menggunakan nombor baru
atau kekalkan nombor lama anda ke pakej ini. Sekiranya anda ingin guna nombor baru, anda boleh pilih dari senarai yang kami berikan.
Sekiranya anda ingin kekalkan nombor lama, pastikan syarat-syarat
di bawah dipenuhi.
Syarat Kekalkan Nombor Lama (MNP-Mobile Number Portability)
Untuk pelanggan pasca bayar:
1. Pastikan anda ialah pemilik akaun.
2. Langganan anda dalam berkeadaan aktif tanpa sebarang tunggakan
bil dan tiada ikatan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
3. Jika anda mempunyai talian tambahan, kesemua talian mesti
dipindahkan bersama ATAU dipisahkan terlebih dahulu jika ada
diantara talian tambahan tidak mahu dipindahkan.
4. Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang
kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.
Untuk pelanggan prabayar:
1. Pastikan anda ialah pemilik langganan.
2. Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
3. Langganan anda dalam keadaan aktif.
4. Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang
kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.
Nota:
1. Proses pengaktifan mengambil masa 1-5 hari bekerja daripada tarikh
permohonan dibuat.
2. Pengedar kami tidak dibenarkan menjadi wakil anda untuk
berurusan dengan mana-mana pihak jika terdapat sebarang kesulitan
semasa permohonan MNP.