AMARAN PENDAFTARAN PALSU

Assalamualaikum wbr dan salam hormat kepada semua pengedar simkad ONEXOX yang dikasihi. Merujuk kepada beberapa teguran dari pihak HQ sebelum ini mengenai amaran pendaftaran palsu simkad ONEXOX, sekali lagi diingatkan agar semua pengedar dapat mematuhi garis panduan pendaftaran yang telah ditetapkan oleh HQ.

AMARAN KERAS!!!

  1. Merujuk kepada pengumuman yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini, sila ambil maklum bahawa pendaftaran yang dibuat menggunakan dokumen salinan, ubah suai, “scan” dokumen asal di skrin telefon, atau yang sama dengannya akan disekat serta merta tanpa notis. Akaun pengedar juga akan disekat serta merta tanpa notis.
  2. Selain itu, pendaftaran pasport yang alamat tidak lengkap juga akan disekat bersama-sama akaun pengedar. Sila pastikan anda memasukkan alamat pengguna warga asing yang lengkap. Jika hotel, masukkan alamat lengkap hotel termasuk poskod, daerah dan negeri. Begitu juga jika alamat tempat kerja atau asrama.
  3. Sekiranya anda terlibat, pengguna dikehendaki menghubungi talian khidmat pelanggan untuk proses pengesahan. Akaun pengedar hanya akan dibuka selepas proses pengesahan selesai.
  4. Merujuk kepada nombor 1, bagi senarai kesalahan yang dinyatakan, hibah bagi bulan berkenaan akan dibatalkan bagi kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan berulang, akaun pengedar akan ditamatkan.
  5. Peringatan seperti ini telah diberikan banyak kali sejak 2014 lagi namun pihak syarikat sentiasa membuka ruang & peluang kepada pengedar yang terlibat. Namun didapati ada segelintir pengedar masih membuat salah laku termasuk yang berstatus AD yang menyebabkan syarikat dikompaun oleh SKMM.
  6. Selain daripada risiko saman, pengedar juga perlu sedar bahawa perlanggaran garis panduan ini juga berisiko menjejaskan status lesen syarikat sebagai pengendali rangkaian mudah alih.
  7. Kami sedia maklum bahawa para pengedar sedang menghadapi waktu yang sukar. Bagaimanapun, undang-undang yang ditetapkan oleh SKMM & badan berkuasa juga perlu terus dipatuhi agar tidak berlakunya kegiatan salah laku yang telah & akan menjurus kepada kerugian pihak syarikat & pihak pengedar sendiri. Gunakan saluran yang telah disediakan seperti Affiliate dan Upload Sim bagi pendaftaran jarak jauh. KLIK DI SINI untuk baca panduan pendaftran menggunakan Affiliate XOX STORE.

Kepada semua pengedar ONEXOX, sila berhati-hati. Patuhi garis panduan pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila emailkan ke enforcement[at]onexox.my

Semua peniaga dinasihatkan agar turut sama membantu menyampaikan info ini kepada semua pengedar rangkaian masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Dapatkan Pelan Prepaid Tanpa Had ULTIMATE 35

AMARAN PENDAFTARAN PALSU

Dah sedia untuk maju terusssss dengan #Ultimate35 baharu! Internet dan strim sepuasnya pada harga yang membingungkan!!! Data Tak habis-habis dan Tempoh sah tak mati-mati….

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.