Anda rasa terbeban kena selalu topup sebab tempoh sah kredit yang terlampau pendek?
Inginkan tempoh sah kredit Onexox 850 hari dengan topup RM10 sahaja?

topup-RM10-tempoh-sah-kredit-onexox-850-hari

Promosi terbaru dari Onexox. Semua nombor Starter Pack Onexox yang didaftarkan bermula 01 MAC 2016 layak mendapat tempoh sah 850 hari atau validity 2 tahun 4 bulan dengan hanya membuat topup RM10 sahaja. Promosi ini akan berjalan selama 3 bulan bermula dari 1 Mac 2016 sehingga Jun 2016.

Terma & syarat :

  1. Topup RM10 dalam masa 24 jam selepas aktifkan simkad. Untuk mengaktifkan simkad SP Onexox, anda hanya perlu buat panggilan pertama berjawab.
  2. Topup RM10 mestilah dalam satu transaksi sekaligus.
  3. Tempoh sah 28 bulan akan diaktifkan dalam tempoh 14 hari selepas topup RM10 dilakukan.

Bagaimanapun, mekanisma topup RM50 masih berjalan seperti biasa. Sekiranya ada pengguna SP baru yang terlepas tempoh topup promosi 24 jam untuk RM10, pengguna tersebut masih layak mendapat tempoh sah 28 bulan dengan membuat topup RM50 sekaligus dalam tempoh 30 hari selepas pengaktifan simkad Onexox.

Rujuk di sini http://xoxprepaidplan.com/promo/percuma-lanjutan-tempoh-sah-expired-sehingga-28-bulan/onexox