Categories
Blog Pendapatan Pasif User Get User

Kelebihan Program User Get User

Apakah Maksud Program User Get User yang ditawarkan oleh Onexox?

User Telco Onexox sangat BERTUAH kerana dengan mendaftar simkad XOX yang berharga RM10, mereka boleh jana income pasif dengan mudah hanya menggunakan handphone sahaja. Rugi sangat kalau lepaskan peluang buat income tepi dengan cara yg sangat mudah ini. Bagaimana caranya? Apakah kelebihan program user get user? Apa yang LEBIH MENARIK melalui program User Get User (UGU), jika anda SYORKAN pada rakan anda guna prepaid ONEXOX, anda akan diberi komisyen 5% dari jumlah topup atau tambah nilai handphone mereka. Tidak kira di mana saja mereka topup, anda akan tetap dapat komisyen. Hebatkan? Pembayaran komisyen akan dilakukan setiap 15 haribulan.

Melalui program user get user, anda hanya rekemen lain-lain pengguna menggunakan talian Onexox dan anda

  • Tak perlu ada komitmen bulanan
  • Tak perlu ada KPI untuk melayakkan anda terima insentif user get user.
  • Anda hanya terima duit shj setiap bulan.

Anda cuma rekemankan saja, segala urusan pengaktifan, pendaftaran dan juga pengeposan adalah dealer anda yang uruskan. Sangat mudah tanpa perlu keluar modal dan pening kepala. Cuba anda bayangkan, jika rakan anda menggunakan simkad tersebut selama 10 – 15 tahun, selama itulah anda akan menerima pembayaran komisyen setiap bulan. Ini yang dikatakan pendapatan TANPA BATASAN melalui program User Get User!  Bonus akan dibayar pada 16hb berikutnya, dan jika bonus bawah RM50 akan dibayar melalui akaun topup dan jika melebihi RM50, akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda!

 

Okay, siapakah yang layak menyertai program UGU?

  1. Program ini terbuka kepada semua pelanggan ONEXOX sahaja.
  2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
  3. Pelanggan layak mendapat 5% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
  4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
  5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana DEALER/Agena yang sah untuk mendaftar dan langgan langganan.
  6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika dealer mendaftarkan langganan kenalannya.

 

Apakah KELEBIHAN Program User Get User?

Banyak kelebihan yang anda dapat dalam program UGU ini. Antaranya adalah

  1. 5% ganjaran ke atas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh  ONEXOX Sdn. Bhd. sahaja.
  2. Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan.
  3. Ganjaran terkumpul (RM1 dan ke atas sahaja) pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya diantara 16-20 haribulan (hari bekerja).
  4. Jumlah ganjaran dibawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.
  5. Jumlah ganjaran RM50 dan keatas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih.
  6. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
  7. Melalui program UGU ini, silap-silap kos panggilan, Internet dan SMS anda menjadi percuma seumur hidup!

Jom pihak kami tunjukkan kiraan ringkas bagaimana anda boleh buat duit mudah melalui program UGU ini.

Sebagai contoh anda membawa 20 rakan anda menjadi pengguna ONEXOX dan setiap seorang akan topup RM100 sebulan. Maka, dalam sebulan 20 rakan X RM100 = RM2000. Dan insentif anda adalah 5% daripada RM2000 = RM100! Semakin ramai anda rekemen orang guna simkad Onexox, income anda menjadi semakin tinggi.

Sebelum anda buat income mudah dalam program UGU, anda kena jadi pengguna simkad Onexox terlebih dulu. Untuk daftar simkad, anda boleh klik button di bawah. Harga simkad cuma RM10 sahaja. Tiada caj penghantaran dikenakan. Daftar sekarang dan buat duit dengan simkad ONEXOX.

Beli Simkad

Like kami di FB

Hak Cipta Terpelihara XoxPrepaidPlan.com