Categories
Berita Blog

Onexox Melakar Sejarah Capai 1 Juta Pengguna Hanya 2 Tahun 3 Bulan

Home » Berita » Onexox Melakar Sejarah Capai 1 Juta Pengguna Hanya 2 Tahun 3 Bulan

Tanggal 30 Mac 2016, Onexox melakar sejarah manis yang tersendiri di mana tepat jam 4.11 petang, 1 juta pengguna telah didaftarkan. Ini adalah satu kejayaan terbesar Onexox dalam sejarah Telco di Malaysia iaitu bilangan pengguna mencecah 1 juta dalam tempoh 2 tahun 3 bulan. Syabas ONEXOX dan syabas kepada CEO, DMT, MD, AD, Dealer, Subdealer dan semua pengguna Onexox.

1-juta-pengguna-one-xox-mac-2016

Setiap hari semakin ramai pengguna yang bertukar kepada Onexox kerana mereka semakin yakin dan ramai yang telah kenal jenama Onexox serta kelebihannya berbanding Telco lain yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Pada peringkat awal, ramai pengguna Onexox telah port out atau terminated disebabkan tidak sabar dengan pelbagai dugaan seperti kesukaran mendapatkan topup, langganan internet yang agak lambat dan lain-lain lagi. Keadaan ini sebenarnya menjadi lumrah kepada kesemua Telco yang baru. Memang Telco baru tidak mampu menyediakan prasarana yang lengkap dan kakitangan teknikal yang berpengalaman. Namun itu cerita lapuk! Sekarang Onexox semakin gah dengan 1 juta pengguna dalam tempoh 2 tahun 3 bulan dan Onexox sendiri telah diakui sebagai Telco yang patuhi syariah.

Buktinya, ramai pengguna yang telah terminated mendaftar semula dan banyak dealer yang tidur sebelum ini telah bangun dan bergerak cergas. Sehingga kini lebih 3200 Subdealer dan Dealer Onexox sedang menikmati pendapatan sehingga 3, 4 dan 5 angka sebulan. Seluruh negara bakal menghijau.

Sekarang ini proses pemindahan prepaid XOX ke prepaid Onexox sudah hampir selesai. Semestinya ini adalah berita gembira buat semua pengedar Onexox kerana selepas ini mereka semua akan terima insentif di mana sahaja user topup. Dijangkakan akan berlaku peningkatan sehingga 15% untuk insentif topup berbanding sebelum ini.
Kita tunggu dan lihat. Pelbagai penambahbaikan bakal diumumkan April nanti.

Sekian untuk kali ini.

# Onexox Melakar Sejarah Capai 1 Juta Pengguna Hanya 2 Tahun 3 Bulan