Categories
Berita Blog

Onexox Patuh Shariah

one-xox-patuh-shariah

 

Untuk makluman semua, pada 9 September 2016 yang lalu syarikat telah menerima Sijil Kepatuhan Shariah yang diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shariah ONEXOX. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian ulung syarikat dalam industri telekomunikasi dan juga sebagai batu loncatan kepada kita semua untuk bergerak memasarkan ONEXOX dengan lebih yakin. Sedikit perkongsian, sebelum syarikat mendapat pengiktirafan ini, kaji selidik yang rapi serta perbincangan secara khusus telah dilakukan keatas pelbagai aspek bermula daripada laman website syarikat, setiap pelan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, skim insentif UGU, pelan pemasaran yang ditawarkan kepada pengedar, sistem Onesys, semua boring yang digunapakai, terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak perjanjian pengedar sehinggalah kepada hal ehwal kewangan syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur penindasan, gharar (ketidakjelasan/misleading) dan yang pentingnya hasil pendapatan syarikat adalah daripada sumber yang halal.

 

PENILAIAN KEPATUHAN SHARIAH

  1. Harga kad SIM dan tambah nilai:
  • Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
  • Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.

Penilaian Shari’ah:

  • Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
  • Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
  • Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.

 

2.  Pembelian ‘validity’ atau pemanjangan tempoh sah:

  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.

Penilaian Shari’ah:

  • Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
  • Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.
  • Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi ‘validity’ iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah ‘validity’ iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana, tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
  • Akad ini adalah sah disisi Syara’.

 

       3. Insentif ‘User-Get-User’:

  • Pembelian kad SIM berharga RM10 sebagai pengguna sudah melayakkan pengguna menikmati skim insentif ini.
  • Pengguna hanya perlu mengesyorkan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
  • Pengguna layak mendapat insentif 6% daripada jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan yang disyorkan.
  • Tiada yuran, tiada caj tambahan dan tiada komitmen yang dikenakan.

Penilaian Shari’ah:

  • Insentif yang diberi kepada pengguna adalah upah ( اُجْرَةْ ) keatas usaha mempromosi ONEXOX.
    Tiada bebanan kepada pengguna.

 

 4. Caj pindahan kredit:

  • Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
  • RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima. Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.

Penilaian Shari’ah:

  • Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
  • Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
  • Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.

 

 5. Pelan Data (Internet):

  • Pelan data yang ditawarkan kepada pelanggan adalah kuota data berserta dengan tempoh masa. Ini berdasarkan pada terma ‘mana yang sampai dahulu’.
  • Sebagai contoh, pelan data 500MB untuk tempoh 30 hari:

Ini bermaksud, jika tempoh langganan sudah mencapai 30 hari walaupun kuota data masih berbaki, langganan pelan tersebut dikira tamat. Baki data tidak akan di bawa ke depan. Situasi lain, jika pengguna telah menghabiskan kuota data tersebut dalam tempoh 6 hari walaupun masih berbaki 24 hari, maka langganan pelan tersebut dikira tamat.

Penilaian Shari’ah:

  • Tiada isu ketidakjelasan ( الغَرَرْ  ) dalam hal ini kerana ia telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
  • Subjek ataupun barang pembelian ( المَعْقُوْد عَلَيْه ) ialah pakej yang terkandung dalamnya data internet beserta dengan tempoh masa; ia adalah ibarat pembelian suatu makanan yang mempunyai tarikh luput.
  • Ianya bukan pembelian secara berasingan.

 

6. Pembelian ‘Season Pass’:

  • Jualan ‘Season Pass’ merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.

Penilaian Shari’ah:

  • Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).
  • Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.

#Onexox Patuh Shariah

Categories
Blog FAQ Panduan Pengguna Onexox

Bantuan Teknikal Simkad Onexox

Berikut kami berikan beberapa penyelesaian teknikal berhubung tetapan telefon sekiranya anda menghadapi masalah apabila menggunakan simkad Onexox.

1. HANDPHONE SAYA BOLEH BUAT CALL TETAPI TAK BOLEH SMS, APA MASALAHNYA?
Anda perlu lakukan setting pada handphone. Tukar nombor message centre.
Caranya…

Klik SMS >> Message setting >> Text message >> Message centre >> +60193900039
ATAU
Klik SMS >> Messaging settings >> Text mesage >> SMS Service Centre >> +60193900039

2. MASALAH TIDAK DAPAT SMS KE 22111 UNTUK TANYA BAKI DAN LANGGAN DATA INTERNET.
Sila ikut panduan berikut..

1.Klik ” SETTING”.
2. Klik “MORE”.
3. Klik “APP MANAGER”.
4. SWIPE ke kiri sehingga jumpa perkataan “ALL”.
5. SCROLL DOWN sehingga jumpa FOLDER “MESSAGING”
6. Klik “MESSAGING”
7. SCROLL DOWN sehingga jumpa perkataan “SEND PREMIUM SMS”.
8. Tukar arahan “NEVER ALLOW” ke “ALWAYS ALLOW”.
9. Selesai semuanya, klik “SAVE” dan tekan BUTTON “HOME”
10. “RESTART PHONE” kemudian periksa baki akaun anda dengan menaip teks “BAL” dan hantar ke 22111

3. HANDPHONE SAYA SEKEJAP ADA SIGNAL DAN SEKEJAP TAK ADA. HANDPHONE SAYA JUGA TAK DAPAT AKSES INTERNET BILA GUNA SIMKAD ONEXOX TETAPI KALAU GUNA SIMKAD CELCOM BOLEH ACCESS INTERNET. APA YANG PERLU SAYA BUAT?

Onexox menggunakan coverage Celcom. Di mana ada Celcom, di situ ada Onexox.
Jika simkad Onexox anda tidak ada signal atau sekejap ada sekejap tak ada atau signal sangat lemah, sila setting APN dan WCDMA pada handphone anda. Sila rujuk panduan melalui di bawah..

APN SETTING UNTUK MOBILE PHONE onexox
CARA SETTING SIGNAL MENJADI 3G/WCDMAonexox
NOTA : Sekiranya anda menggunakan telefon pintar dual sim, anda mesti masukkan simkad Onexox di slot sim 3G/4G kerana Onexox menggunakan signal 3G/4G.

4. BAGAIMANA CARA UNTUK JIMAT PENGGUNAAN DATA DAN ELAK DATA INTERNET DARI CEPAT HABIS KUOTA? ANDA PERLU UBAH SETTING UNTUK EMPAT APPLIKASI DI BAWAH..

Facebook setting:
1. buka FB
2. pilih app settings
3. pilih video auto-play
4. pilih off/wifi only

Telegram setting:
1. buka telegram klik bahagian atas sebelah kiri
2. pilih “setting”
3. pilih “when using mobile data”
4. hilangkan semua tanda “tick” dlm kotak

Whatsapp setting:
1. buka apps whatsapp
2. pilih “setting”
3. pilih “chat settings”
4. pilih “media auto-download”
5. pilih “when using mobile data”
6. hilangkan semua tanda “tick” dalam kotak

Play store settings:
1. buka play store
2. pilih “setting”
3. pilih “auto-update apps”
4. pilih “auto-update apps over wifi only”

5. MENGAPA HANDPHONE SAYA HANYA DAPAT SIGNAL ‘E’ SAHAJA DAN TAK DAPAT SIGNAL ‘H+’ SEPERTI HANDPHONE RAKAN-RAKAN SAYA?

1. Sila periksa coverage Celcom di kawasan anda, adakah dapat liputan 4G,3G,2G
2. Sila periksa handphone anda, adakah ia support fungsi 4G/3G. Terdapat banyak handphone klon di pasaran yang secara luarannya nampak canggih tetapi sebenarnya tidak support 3G. Langkah seterusnya, suba masukan simkad anda di handphone rakan anda yang berjenama lain dan jika ada perbezaan. Lakukan setting APN seperti berikut di bawah : (Ada handphone klon yang tak boleh setting apa-apa)

setting-APN-one-xox

setting-APN-one-xox

6. BAGAIMANA SAYA NAK SETTING APN ONEXOX UNTUK HANDPHONE?

Cara setting APN Onexox pada handphone.

1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names.
2. Klik di bawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai XOX.
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik di bawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Kemudian pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode.
8. Pilih WCDMA atau 3G only.
9. Restart semula HP.

7. SEKARANG SAYA DAPATI BANYAK SMARTPHONE YANG PELBAGAI VARIASI DI PASARAN. BOLEHKAH SAYA DAPAT KESEMUA SETTING APN UNTUK SMARTPHONE TERSEBUT?

Untuk dapatkan setting APN untuk pelbagai smartphone, sila klik DI SINIonexox

Rujukan : Bantuan Teknikal Simkad Onexox

Categories
Blog Pendapatan Pasif

Tips Jana Income 4 Angka Subdealer

income-pasif-onexox-4-angka

Tips Bagaimana Nak Hasilkan 4 Angka Sebulan Sebagai Subdealer??

LANGKAH PERTAMA:

Sebaik sahaja anda menjadi subdealer oneXOX, saya cadangkan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kelayakan untuk melantik ‘New Sub Dealer’. Kelayakan ini mudah dicapai kerana anda hanya diperlukan memenuhi 2 syarat iaitu:

  1. Mendaftar minima 20 pengguna oneXOX – tidak kira sama ada anda taja sendiri atau tajaan orang lain(UGU).
  2. Jumlah topup kumpulan hanya RM200 sahaja.

Sebaik sahaja anda melepasi syarat di atas, anda secara automatik dilantik sebagai Dealer.

Jika anda lewat memenuhi syarat di atas, anda berada dalam keadaan tidak selamat, sebab mungkin ada di antara user yang anda taja ingin upgrade sebagai SubDealer atau user baru yang ingin terus menjadi SubDealer. Bila mereka dapati anda tidak layak melantik mereka dan terpaksa menunggu terlalu lama, besar kemungkinan mereka akan cari Dealer lain yang telah layak. Akibatnya anda akan rugi kerana kehilangan prospek bakal SubDealer.

Pesanan saya jangan tamak seperti lantik isteri, anak, dan lain-lain pada hal kita seorang sahaja yang bekerja.
Rugi!! Ini bukan sistem LEVEL seperti yang biasanya diamalkan oleh kebanyakan MLM. Sila fahami betul-betul sistem TIER di OneXOX.

 

LANGKAH KEDUA:

Setelah anda melepasi langkah pertama, anda sudah berada dalam zon selamat TETAPI tidaklah selesa. Cuba lakukan promosi habis-habisan untuk lantik SubDealer selain dari dapatkan user.

CONTOH:

Dealer ini baru menaja 70 orang sahaja, tetapi dari 70 orang itu lebih 20 adalah SD. Anda lihat sendiri berapa ramai di Tier 2 (Hasil kerja SD di Tier 1), setiap hari user bertambah dalam rangkaiannya walaupun ketika dia tidur..

GRAF PRESTASI GROUP INI

graf_prestasi_Top_Up_JUN

Indicator

A = Semasa belum lantik new SD – ramai SD yang rasa kecewa sebab terima insentif kecil sahaja menyebabkan ramai yang undur diri sebab TIDAK SABAR.
B = Selepas berjaya melantik beberapa new SD – insentif mula dari ratus & kini sudah 4 angka setiap bulan & yang paling menarik insentif TERUS MENINGKAT!
C = Percayakah anda? Group Topup ini sedang menuju ke angka JUTA RM – Hanya masa menentukannya. Anda kira sendiri kalau 1% sahaja dari 1 juta.
Anda fikirkan sendiri, berapa ramai di Tier 3, Tier 4 dan seterusnya…

Apabila anda dapat melantik ramai SubDealer, seolah-olah anda mempunyai sebuah kedai dengan cawangan yang banyak. Jika kedai anda tidak dapat menjual pada hari ini, tentu ada kedai cawangan lain yang buat jualan. Ini adalah benar!! Saya telah lalui sendiri, setiap hari mesti ada user baru yang sertai group saya. Sebab itu walaupun baru hampir 4 bulan rangkaian saya telah melebihi angka 1000 user di mana setiap kali mereka topup saya akan dibayar oleh oneXOX. Logiknya, mana mungkin saya dapat cari 1000 user dalam masa yang singkat??

 

LANGKAH KETIGA:

Akhir sekali, letakkan target untuk dapatkan 25 dealer di Tier 1 untuk melayakan anda bergelar Area Dealer (AD). Area Dealer layak untuk dapat komisyen sehingga Tier 8. Untuk capai target ini anda perlu lantik seramai mungkin SubDealer pada langkah ke dua sebab mungkin ada SD yang tidur sahaja. Tahukah anda, jika anda sudah bergelar AD di bawah anda akan terdapat beratus-ratus SD dan beribu user. Adalah tidak mustahil dalam jangka waktu beberapa tahun sahaja jumlah topup kumpulan anda akan melebihi RM1 juta.

Tahukah anda, jika jumlah topup kumpulan RM1 juta, berapa komisyen yang anda dapat? Jika 1% sahaja pun, jumlah komisyen bulanan anda ialah RM10,000.00 tidak termasuk lain-lain pendapatan. Buktinya telah ramai AD menikmati komisyen ini walaupun baru 1 tahun sahaja. Sehingga hari ini tidak ada komisyen AD yang semakin kurang sebaliknya semakin bertambah dan berganda, mengapa??? Jawapan ada di LANGKAH KEDUA.

Saya tidak berhajat untuk jelaskan langkah untuk Master Dealer…. sebab MA akan tercapai dengan sendirinya bila 3 LANGKAH di atas berlaku.

Categories
Blog Dealer OneXOX Pengedar Onexox Subdealer ONEXOX

Iklan Jawatan Kosong Pengedar ONEXOX

pengedar-onexox4

 

PERKARA : IKLAN JAWATAN KOSONG PENGEDAR ONEXOX DI SELURUH MALAYSIA

Pihak kami di XOXPREPAIDPLAN.COM dengan ini mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan pengedar atau subdealer Onexox seperti berikut:

Bil Jawatan Sesi Pengambilan
1 Pengedar ONEXOX Open

SYARAT :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Sekiranya anda bukan warganegara Malaysia, sila kemukakan pendaftaran perniagaan (SSM).

Kami amat mengalu-alukan semua usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk sertai kami sebagai pengedar simkad Onexox dan mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi.

INFO SYARIKAT :
One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

One XOX Sdn Bhd menawarkan insentif lumayan yang berterusan kepada pengedar yang membuat pengaktifan SIM kad ONEXOX. Dengan kos perniagaan mampu milik yang sangat minima, pengedar akan mendapat akses penuh. untung runcit ke atas jualan SIM Pack, 5% untung runcit daripada jualan tambah nilai dan 10% insentif tambah nilai daripada jumlah tambah nilai yang setiap kali dibuat oleh pelanggan ONEXOX yang telah didaftarkannya; walau dimana sahaja tambah nilai dibuat berdasarkan kepada pusat-pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn Bhd.

Insentif tambahan yang lebih lumayan menanti apabila seseorang pengedar berjaya ke peringkat pengedaran yang lebih tinggi.

FAEDAH :

  1. Berpeluang menjana pendapatan pasif RM4 – 5 ANGKA Sebulan.
  2. Gaji dibayar setiap 15 haribulan.

 

Ya, saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

sub-dealer-onexox-pengedar-ONEXOX

admin-xox-prepaid-plan

 

Pihak kami akan hubungi anda untuk memberikan maklumat lanjut tentang peluang perniagaan ONEXOX.

Categories
Berita Blog

Onexox Melakar Sejarah Capai 1 Juta Pengguna Hanya 2 Tahun 3 Bulan

Tanggal 30 Mac 2016, Onexox melakar sejarah manis yang tersendiri di mana tepat jam 4.11 petang, 1 juta pengguna telah didaftarkan. Ini adalah satu kejayaan terbesar Onexox dalam sejarah Telco di Malaysia iaitu bilangan pengguna mencecah 1 juta dalam tempoh 2 tahun 3 bulan. Syabas ONEXOX dan syabas kepada CEO, DMT, MD, AD, Dealer, Subdealer dan semua pengguna Onexox.

1-juta-pengguna-one-xox-mac-2016

Setiap hari semakin ramai pengguna yang bertukar kepada Onexox kerana mereka semakin yakin dan ramai yang telah kenal jenama Onexox serta kelebihannya berbanding Telco lain yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Pada peringkat awal, ramai pengguna Onexox telah port out atau terminated disebabkan tidak sabar dengan pelbagai dugaan seperti kesukaran mendapatkan topup, langganan internet yang agak lambat dan lain-lain lagi. Keadaan ini sebenarnya menjadi lumrah kepada kesemua Telco yang baru. Memang Telco baru tidak mampu menyediakan prasarana yang lengkap dan kakitangan teknikal yang berpengalaman. Namun itu cerita lapuk! Sekarang Onexox semakin gah dengan 1 juta pengguna dalam tempoh 2 tahun 3 bulan dan Onexox sendiri telah diakui sebagai Telco yang patuhi syariah.

Buktinya, ramai pengguna yang telah terminated mendaftar semula dan banyak dealer yang tidur sebelum ini telah bangun dan bergerak cergas. Sehingga kini lebih 3200 Subdealer dan Dealer Onexox sedang menikmati pendapatan sehingga 3, 4 dan 5 angka sebulan. Seluruh negara bakal menghijau.

Sekarang ini proses pemindahan prepaid XOX ke prepaid Onexox sudah hampir selesai. Semestinya ini adalah berita gembira buat semua pengedar Onexox kerana selepas ini mereka semua akan terima insentif di mana sahaja user topup. Dijangkakan akan berlaku peningkatan sehingga 15% untuk insentif topup berbanding sebelum ini.
Kita tunggu dan lihat. Pelbagai penambahbaikan bakal diumumkan April nanti.

Sekian untuk kali ini.

# Onexox Melakar Sejarah Capai 1 Juta Pengguna Hanya 2 Tahun 3 Bulan

Categories
Berita Blog

Tempoh Sah Kredit Onexox 850 hari Dengan Topup RM10

Anda rasa terbeban kena selalu topup sebab tempoh sah kredit yang terlampau pendek?
Inginkan tempoh sah kredit Onexox 850 hari dengan topup RM10 sahaja?

topup-RM10-tempoh-sah-kredit-onexox-850-hari

Promosi terbaru dari Onexox. Semua nombor Starter Pack Onexox yang didaftarkan bermula 01 MAC 2016 layak mendapat tempoh sah 850 hari atau validity 2 tahun 4 bulan dengan hanya membuat topup RM10 sahaja. Promosi ini akan berjalan selama 3 bulan bermula dari 1 Mac 2016 sehingga Jun 2016.

Terma & syarat :

  1. Topup RM10 dalam masa 24 jam selepas aktifkan simkad. Untuk mengaktifkan simkad SP Onexox, anda hanya perlu buat panggilan pertama berjawab.
  2. Topup RM10 mestilah dalam satu transaksi sekaligus.
  3. Tempoh sah 28 bulan akan diaktifkan dalam tempoh 14 hari selepas topup RM10 dilakukan.

Bagaimanapun, mekanisma topup RM50 masih berjalan seperti biasa. Sekiranya ada pengguna SP baru yang terlepas tempoh topup promosi 24 jam untuk RM10, pengguna tersebut masih layak mendapat tempoh sah 28 bulan dengan membuat topup RM50 sekaligus dalam tempoh 30 hari selepas pengaktifan simkad Onexox.

Rujuk di sini http://xoxprepaidplan.com/promo/percuma-lanjutan-tempoh-sah-expired-sehingga-28-bulan/onexox

Categories
Blog Bonus Ebook OneXOX Pendapatan Pasif

Percuma Ebook Onexox Bernilai Tinggi

Syyhh, kami akan kongsikan pengalaman kami dan rakan-rakan kami menjana pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan dengan bisnes ONEXOX! Bukan saja menjana pendapatan, malah kini kami guna handphone FREE dan kami tak perlu risau tentang topup langsung!

Ebook PALING HOT “BONGKARKAN”kan inci demi inci sistem, teknik dan strategi bagaimana anda mampu menjana EMPAT hingga LIMA ANGKA sebulan dalam bisnes ONEXOX!

Ebook ini ‘TERPAKSA’ diterbitkan kerana bisnes ONEXOX tidak memerlukan ‘engagement’ yang kuat dengan pelanggan. Dengan kapasiti pengguna hampir mencapai 1 JUTA dalam tempoh 2 tahun, menunjukkan pengguna semakin YAKIN dengan ONEXOX.

Bisnes ONEXOX MESTI anda rebut!! Dalam ebook ini anda akan didedahkan..

✔ Bongkar rahsia licik bagaimana cara nak buat income dari handphone anda!
✔ Beberapa rahsia ‘sulit’ bagaimana orang buat duit ‘gila-gila’ tak masuk akal!
✔ Cara nak buat untung dengan pantas yang orang lain tak mahu anda tahu!

Anda boleh muatturun PERCUMA kerana EBOOK ini menjelaskan segala-galanya dari A to Z.

ebook-onexox

Percuma Ebook Onexox Bernilai Tinggi

Download Percuma Panduan Eksklusif Bernilai RM90 Ini Sekarang!

100% PERCUMA!

Isikan Nama & Email Anda Di bawah Untuk Mendapatkan Panduan Eksklusif Ini.

onexox

tandaEmel anda selamat
dengan kami.

Pemberian Percuma Ini Terhad Untuk 300 Orang Terawal Saja!

Categories
Berita Blog

Pendaftaran Onexox Tertinggi Januari 2016

SETIAP HARI SEMAKIN SEMAKIN RAMAI SERTAI ONEXOX

Bulan Januari 2016 baru sahaja berakhir dengan pelbagai kejayaan dicapai oleh Onexox. Untuk maklumat anda semua, kini Onexox semakin menjadi sebutan ramai dan semakin dikenali dari Perlis hingga ke Sabah sebagai Telco yang menawarkan perkhidmatan paling jimat, murah dan tanpa kos yang tersembunyi.

 

PENDAFTARAN TERTINGGI

Untuk Januari 2016, rekod pendaftaran tertinggi dalam sehari dicatatkan pada 29 Januari 2016 iaitu sebanyak 2,671 pendaftaran. Rekod pendaftaran tertinggi dalam sebulan juga dicatatkan dalam bulan Januari 2016 iaitu melebihi 60,400 pendaftaran dan dijangka akan mencapai jumlah 1 juta pengguna dalam beberapa minggu lagi.
Pencapaian ini amat sukar ditandingi oleh mana-mana telco yang baru bertapak termasuk telco-telco gergasi yang lain dan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan yang bersifat program (bukan telco).

Subdealer dan Dealer Onexox yang bermula dengan gigih menjaja simkad RM10 di pasar-pasar malam, pasar tani, kaki lima, depan bank dan sebagainya tanpa rasa segan dan malu pada suatu ketika dahulu, kini telah mula menunjukan taring dengan membuka premis-premis sendiri hampir seluruh bandar dari utara hingga ke Sabah dan Sarawak. Kini hamper semua negeri di Malaysia mempunyai Center Onexox!

 

 

mini-telco-onexox

 

SIREH PULANG KE GAGANG

Pihak kami agak terperanjat, apabila sebahagian dari ahli XOXPREPAIDPLAN.COM yang dulunya telah tinggalkan onexox sama ada telah “terminated” atau “port out” tiba-tiba kembali menggunakan simkad koman RM10 Onexox dan sebahagiannya terus sertai sebagai pengedar Onexox melalui pakej-pakej yang ditawarkan. Tahniah sekali lagi dari pihak kami.

Seperti mana yang diketahui umum, Onexox tidak ada iklan gula-gula free itu dan ini. Semua adalah jelas dan telus. Anda boleh lihat dan rasai sendiri, banyak program dan telco lain di luar sana yang mencanangkan iklan FREE itu dan ini tetapi pada masa yang sama terdapat pelbagai muslihat dan putar belit yang akhirnya merugikan pengguna seperti “jerat” PPU, kelajuan internet yang disekat, iklan yang entah apa-apa masuk ke handphone pengguna di samping caj panggilan yang tidak munasabah.

Di kesempatan ini, pihak kami mengalu-alukan rakan-rakan yang telah kembali semula kepada Onexox dan tahniah kepada mereka yang terus mengambil kesempatan menjadi Subdealer atau Dealer Onexox yang ternyata tersangat murah jika hendak dibandingkan dengan agen-agen telco lain yang pastinya bermodalkan ribuan RM dan wajib mempunyai premis sebelum memulakan perniagaan. Konsep mini Telco yang digunakan oleh Onexox ternyata membuahkan hasil dengan menawarkan pakej pendaftaran yang sangat rendah sebagai pengedar dan tidak mewajibkan premis untuk memulakan perniagaan.

Sekian untuk kali ini.

Categories
Blog Bonus

Website | Landing Pages Promosi OneXOX Percuma

website-promosi-percuma-one-xox

Sebagai penghargaan kepada anda yang sertai kami sebagai subdealer Onexox, pihak kami dengan ikhlas hati berikan anda PERCUMA Video Panduan Membina Minisite| Landing Pages ONE XOX. Tawaran terhebat ini adalah hadiah yang amat berharga atas kepercayaan anda mendaftar sebagai subdealer di XOXPREPAIDPLAN.COM. Minisite | Landing Pages ini bakal membantu anda besarkan bisnes ONEXOX dan sekaligus memudahkan usaha anda untuk mencapai income pasif 4 – 5 angka sebulan dalam bisnes ini.

Sebenarnya ramai yang PM kepada admin supaya sediakan sebuah landing page bagi membantu mereka mempromosi simkad ONEXOX. Atas permintaan tersebut, admin dengan berbesar hati telah berusaha untuk hasilkan video tutorial panduan lengkap bagaimana menghasilkan sebuah minisite | Landing Pages yang menarik dan sangat interaktif untuk memudahkan prospek memahami penjimatan simkad ONEXOX dan konsep perniagaan sekiranya mereka mendaftar sebagai subdealer/pengedar ONEXOX. InsyaAllah, Minisite | Landing Pages ini bakal membantu dan memudahkan kerja anda membuat promosi dan memberi penerangan tentang simkad ONEXOX.

Ciri-ciri Minisite | Landing Pages yang disediakan adalah :

  1. Direka khas untuk usahawan profesional.
  2. Boleh diintergrate dengan borang pendaftaran online.
  3. Data prospek dihantar terus ke handphone anda.
  4. DIJAMIN 100% SELAMAT!
  5. Lengkap dengan penerangan produk simkad ONEXOX.
  6. Memudahkan anda mengembangkan network bisnes.
  7. Menjimatkan masa buat anda dan prospek.
  8. Website mesra dan mudah difahami.
  9. Online setiap hari-available 24 jam.

Bagaimana Minisite | Landing Pages ini membantu anda?

  1. MEMUDAHKAN anda terangkan bisnes ONEXOX kepada prospek yang tinggal jauh.
  2. MEMUDAHKAN anda besarkan jaringan network ONEXOX.
  3. MEMUDAHKAN anda menerangkan peluang bisnes ONEXOX sekiranya anda kurang mahir.
  4. MENJIMATKAN masa anda. Berikan sahaja alamat website untuk rujukan sekiranya prospek minta alamat website.

Dapatkan segera Professional Minisite | Landing Pages ini secara PERCUMA kerana bonus yang kami sediakan ini amat terhad.

Lihat Sampel Minisite Onexox : KLIK DI SINI onexox

Like dan lawati kami di Facebook untuk dapatkan info dan promosi happy hours terkini dari Onexox.