Categories
Berita Blog

Bank Islam Visa Debit Card-i ONEXOX

Home » Berita » Bank Islam Visa Debit Card-i ONEXOX

Setelah beberapa edisi perbincangan dengan wakil Bank Islam, kerjasama dua hala ini telah berjaya direalisasikan pada hari ini 24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438H. Kad I-debit Bank Islam untuk rakan niaga ONEXOX secara rasmi dilancarkan dan ianya sejajar dengan konsep patuh syariah yang telah diiktiraf oleh panel syariah ONEXOX.

Bank-Islam-Visa-Debit-Card-i-pengedar-ONEXOX

ONEXOX, jenama prabayar XOX Mobile bekerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) bagi melancarkan Bank Islam Visa Debit Card-i ONEXOX yang menyediakan pelbagai manfaat kepada pengguna khususnya pengedar syarikat itu.

 

Kelebihan i-Debit Bank Islam ONEXOX ialah tiada lagi caj RM3 untuk bayaran hibah melalui bank khas untuk pengguna dan pengedar ONEXOX. Selain itu, banyak kelebihan yang diperolehi dengan kad i-debit Bank Islam ONEXOX. Antaranya adalah:

  1. Peluang memenangi hadiah wang tunai bulanan dan suku tahun.
  2. Akaun pelaburan tanpa had dan tiada tempoh tetap pelaburan.
  3. Bilangan pengeluaran tanpa had.
  4. TAP Perbankan Mudah Alih-i TAP menggunakan satu cip inovatif berteknologi yang memaparkan menu perbankan didalam telefon mudah alih dengan paparan skrin yang mesra pengguna tanpa perlu bergelut untuk mengingati kata laluan dan arahan mahupun memuat turun aplikasi.